Views

3D2N GENTING HIGLANDS PART II

ASSALAMMUALAIKUM

Setelah sekian lama menyepi. bila nak start menulis,terasa kemalasannya. Kreaviti untuk menulis jugak menurun.Maka story menjadi basi. H A H A H A.. Sekian. Muqadimah dari aku.

Okayh,seperti dijanjikan inilah sambungan dari entry 3D2N GENTING HIGLANDS PART 1 tempoh hari .Ramai tak yang menunggu??hehehe
Sebelum nak mulakan menaip,aku terpaksa merujuk gambar-gambar semasa berada di sana terlebih dahulu sebagai rujukan peribadi.Bukan disebabkan lupa akibat faktor umur ye tetuan. Ini disebabkan,aku ingin bercerita melalui gambar saja. Akibat terlampau lama tak menaip.karat membeku dilubuk fikiran.heheh


     
Ini gambar second day berada di puncak Genting Higlands. Pada hari ini,kami akan bermain-main disekitar Taman Permainan. Nanak pulak Boss sponser tiket untuk All Park. Raya sakan lah kami.hehehe. Situasi di atas dimana kami sedang menunggu staff yang belum tiba. Copatt laa weii... !
Masuk nih,adalah kali ketiga aku menjejak kaki di sini. First waktu lepas PMR,second datang bercuti bersama family sidia.And sekarang nih.
Apa yang ingin aku ceritakan ialah,untuk kali ketiga ini kebanjiran pelancong terlampau ramai.Adakah faktor cuti sekolah?Yekee?tapi nak jumpa orang Malaysia pun payah yang ada pun group kami,yang lain semua pelancong dari luar. 



Hoyeahhh ! kami ingin terbang. Sejuk yang tidak dibuat langsung. Time nih nampak ramai dan meriah,selepas itu,kami semua berpecah. Yelah kaum ibu,memang serender dah bab-bab permainan yang extrem nih. Nak tak nak perlulah bawa haluan masing-masing.


Terasa ambil gambar di sini,feeling ada kat luar negara pulak. Tambahan pulak,seperti group kami saja yang dari Malaysia. hahah. Bajet.


Cakkk ! Tetiba kami tiba di Kota London. hehehe BTW sedikit keciwa sebab taksempat masuk dalam perut bas untuk bergambar. Tengok uncle dan anak dia tu..mengawal ketat akan keselamatan Bas London sehinggakan kami tidak dapat masuk pun . Okayh tipu je !


Keadaan di sini terlampau sejuk serta berkabus. Bila terlampau berkabus atau hujan,mereka akan stopkan permainan,di atas faktor-faktor keselamatan pelancong . Disebakan cuaca yang tak menetu serta kebanjiran pelancong yang ramai,kami terpaksa beratur panjang untuk bermain satu-satu permainan. Walaupun takbanyak yang dapat kami main pada hari tersebut.

Antara permainan yang sempat aku dan cik farah jamah :


Space shot
Permainan yang menguji kekuatan jantung ada.hehe. Benda ni sama je macam kita naik lift.bezanya ianya lebih laju,laju dan laju.Takdapat aku lupakan saat ia menghempas diriku.Terasa jugakla kesentapannya.hehe
Yang sedikit cuak,aku punya sit penghadang keselamtan tu macam longar sedikt,adakah sebab benda tu besar sedikit ataupun badan aku terlampau halus? 

CorkScrew
Habis je permainan Space Shot , kami terus bergegas beratur di sini. Sedang asyik leka bermain,tetiba hujan mahu turun. Apa lagi,dieorang pun terpaksa memberhentikan permainan,Namun begitu aku dan Cik Farah tetap tegar berbaris,sedangkan perut mula berkeroncong lagu terukir dibintang.Ada la kira-kira 1jam setengah kami beratur. Baru dapat naik... Tungang terbalik kami dekat atas tu.Hahah sangat best !sayangnya beratur bukan main lama,naik taksampai 15minit.Keciwa sekali lagi.

Carrousel atau bahasa utaqanya doi pusing..
Game ini,naik hanya secara santai saja. So ini sajalah yang sempat aku dan cik farah sempat naik,sebelah petang hujan turun dengan harmoni bersama . Jadi kami terpaksa akur jugak !
Apa pun takrugi sponser kami bos,sebab kami tak pandai mensia-siakannya.
Sila bawa kami lagi Boss..hahahaha (Harap Boss takjumpa blog nih)
Pada hari yang sama,cuma ini disebelah malam,selepas solat maghrib dan selepas mandi manda di suhu yang sejuk ini,Makan malam di First World Cafe,seterusnya kami secara nekad beramai-ramai mogok di depan pintu masuk 4D,hasilnya kami dikurung dengan rantai besi ini. Tipu lagi ! Sebenarnya memang kami dihadapan pintu masuk 4D pun,tapi beratur secara aman saja.

Lepas jugak hajat untuk menonton 4D.......

next story........coming PART III










★Thankiss sebab bace★

Views

Perfume Tahun Baru 2013

ASSALAMMUALAIKUM

Hye semua. Selamat tahun baru...Lamanya tak berblogging. Huhuhu .Why?? aduhh.. tak tahu la kenapa,sibuk sangat kebelakangan nie . Sampaikan nk BW pun tak sempat , sehari terasa pantas je masa berlalu. Korang dah baca belum 3D2N Genting Higlands? kalau belum .. sila sentuh sini ... Hehe BTW ini bukan sambungan dari entry tersebut. Ramai yang bertanya. Mana Part 2? hewhew..sabar-sabar. Part 2 akan menyusul, cuma sekarang nie cik eyra belum sempat lagi nak menaip.

Cuma cikeyra nak kongsi ini :

Opss..jangan tenung lama-lama.. Motif gambar di atas cikeyra just nak kongsi Perfume 2013..bukan kongsi pakai yee,just kongsi tengok je.hehehe. Perfume by Escada ... Pemberian Sidia gitu gitu .. hakhakhak...Nak kata dia beri sempena mybesday, mybesday lambat lagi . Bila ditanya kenapa kasi jawabnya "sajaa" . Huh apa punya jawapanla . Lastly aku yg jawab "Ouhh,kira perfume tahun baru laa yee"...




*sesaja nak update,kepada yang mengikuti kisah cikeyra yang lepas,mengenai Tuhan jagakan dia . Alhamdulilah,kesihatannya makin pulih. Aku bersyukur sangat Ya Allah dia semakin sihat,sepanjang dia berada di hospital,perasaan nie tersangatlah tidak tentu arah . Sekarang ni, dah boleh buat loyar buruk dekat kita nih.. Kira dah okayh la tu.. hehehe














★Thankiss sebab bace★

Views

3D2N Genting Highland Part 1

ASSALAMMUALAIKUM

Selamat berhujung minggu semua .Seperti mana yang dijanjikan di entry KEMBALI , Kini aku kembali menulis corat coret kisah kehidupanku. Cewahhh ....Yaa entry kali ini aku mahu membawa kalian semua turut merasai ke'happy'an, keterujaan,kegediskan dalam percutian ini .Sekaligus memupuk semula semangat waja untuk aku ber'blogging' semula. Ku akui semangat yang semakin terkubur layu ini,perlu disemai dan dibajai. Okayh! Stop menggunakan ayat-ayat yang sedikit skema. muntah .

Trip yang telah diaturkan.Trip yang sengaja di plan 2,3minggu sebelum tarikh tersebut, telah direncanakan oleh ahli lembaga. Kami sebagai kakitangan ini, hanya melonjak-lonjak kegumbiraan, apabila Boss membuat keputusan untuk mengadakan Trip Percutian Ke Genting Highlands. Apa yang perlu kami lakukan,hanyalah menghadirkan diri. Segala Kos ditanggung. Bererti FREE . Yahooooo !

16/12/12
Dinanti-nantikan oleh segenap penjuru kakitanggan mejakerusi pintu tingkap.okayh!takde kena mengena. Tikus-tikus mula mengaturkan pesta muda mudi, sementara ketiadaan kami di pejabat selama 3hari ini.

Bertolak dari Kulim . Melalui aturcara majlis,kami akan berhenti berehat di R&R Bukit Merah,tetapi disebabkan berlakunya penyelenggaraan di sana. Kami dipaksa berehat di R&R lain.Seingat ku mungkin di alor pongsu.Ouh kurang pasti.Tiba-tiba daya ingatanku luput . Sarapan pagi yang di sponser oleh company.Nasi lemak sebungkus, bihun goreng telur mata sekotak, air kotak teh bungga & soya . Blurrr...
Sarapan pagi kah ini??

Setelah beberapa jam,aku menidurkan diri di dalam bas. Akhirnya bas berhenti di Tanjung Malim,untuk menyantap makan tengahari di Restoran Nasi beriani gam Prima Tanjung Malim.

Sila jangan tertipu.Nasi dan 2 ketul paha ayam ini telah aku bahagikan sama rata dengan cik farah. Aku bukanlah bernafsu seperti ini, sepertimana kalian sangkakan. Ehh...Terimakasih kepada penaja.

Setibanya ke puncak Hotel First World, Genting Highlands pada jam 3.30petang. Tetapi masih belum dapat Check-inn bilik,kerana bilik masih lagi penuh. Operasi Check-inn bilik dapat dilakukan pada jam 5petang. Sementara itu.Mari kita meninjau-ninjau sekaligus melawat kawasan Genting Highlands.

 Grrr.. Sejuknya.......
Bangunan warna warni itulah Hotel First World yang akan kami menginap selama 3D2N.
*Terfikir sejenak,macam mana dieorang cat bangunan itu? anyidea?please answer me..


Seperti yang dijanjikan jam 5petang. Check-inn bilik. Opss terlupa nak snap gambar bilik. Maafkan saya* gaya zizan. 7.45 siap sedia untuk makan malam.

Senyum gumbira nak pergi makan..

Makan Malam di Restoran Kampung Genting Highlands. Sangat berpuas hati.Makanan yang disediakan berkonsep bufet, makanan memang meriah sangat.Rambang mata nak pilih,tengok ni sedap,tengok itu sedap..ouhhh..tolonggggg !

Tempat pun cantik. Model 2 orang ni lagu cantik. hehehe. Kak Mira with blogger cik Salju . Untuk pengetahuan am anda.blogger cik salju nih lah,yang mencapak aku kedalam dunia blogger nih.Thanks akak !
Aiskrim Vs Kopi susu panas. 
Perghh sejuk-sejuk macam nih feel dia lain macam sikit


Jemput minum
Aneka rempah. Sila tenung beramai-ramai label yang tetera.

Selesai makan malam dan menilik malam masih muda, Kami mahu bersiar-siar,sambil menghirup kesejukkan malam di puncak Genting.
 Yeahh. Kami mahu terbang..
 Bestt! Muka tahan kesejukkan
Uikss.ada show pulak..

Hah,selesai sudah 1 hari perjalanan. Jadi apa yang berlaku kepada keesokkan harinya pulak? Jom tunggu next entry 3D2M Genting Highlands Part 2 pulak. Hakhak, Dah macam drama bersiri sudah.









★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...