Views

Surat daripada MARA !!!

Kejadian berlaku 20Minit yang lalu.....
Dapat surat dari Majlis Amanah Rakyat (MARA).... terkejut beb,dah la aku sendiri yg ambil dari abg posmen,time tu aku ada kat luar tengah cuci kereta,lama kot takbasuh kereta dekat sebulan lebih kot,bukan malas,saja tak nak cuci,cuci weekands,hari isnin dah kotor balik.sakit hati je tau ! Jalan nak ke ofis memang banyak lori tanah keluar masuk.Sebab tu kereta aku cepat betul berhabuk,memandangkan esok nk hang out with myBFF ,aku gagahi jugaklah cuci,kang kawan aku tgk kereta aku macam ni,mau muntah hijau dia.hahah.So sampai jee surat dekat tangan aku,dengan rakusnya aku buka !
nampak kee?aishh gambar blurr la pulak. Nak tahu tak MARA bagi surat apa??Inilah surat Pengurangan Kadar Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran . Wahh bestnya, taklupa juga ucap Alhamdulilah. dapat jugak pengurangan ni,MARA sangat baik hati ! yaa aku akui itu ! Jumlah perbelanjaan RM38,840.00 tapi kena bayar RM 19,420.00, syukurlah takbanyak sangat, Dalam surat ni jugak beritahu lagi 3minggu dieorang akan hantar 1 lg surat ,untuk menyatakan baki yg masih tingal,taksabar nak tengok berapa lg yg tingal,walaupun aku sendiri dah dapat agak berapa,sebab memang aku dah start bayar pun every month :)

★Thankiss sebab bace★

Views

Mcd Vs Kfc = Buku & Fail

28haribulan memang di tunggu setiap bulan,tarikh yang paling dinanti-nantikan,tarikh ape?ceceh,kepada sesiapa yg bekerja,takkan takfaham-faham lagikan,tarikh dapat gaji lah..heheh,Pagi-pagi datang ofis,dengan muka confident je,letak bontot terus on PC, connect to internet search bank online,sepantas kilat sign in banking online.Yeaahhh 'oit oit gaji dah masuk' kecoh beritahu 1 ofis pekhbaran baik ini.Tapi aku ingat aku lah yg paling cepat,rupa-rupanya ofismate aku,siap dah pegi tekan kat mesin ATM lagi,rupanya ada yg lebih taksub dari aku.Ciss!

Macam biasalah lunch time pukul 1.00pm,takde masa nk bercinta cintun lebih masa dengan kerja-kerja yg xpernah habis nih,tepat pukul 12.59pm terus jee angkat bontot pergi ATM,selesai je berurus niaga kat ATM, ATM mana harus dirahsiakan,hanya watak-watak yg terlibat jee tahu,termasuk situkang lap cermin di kedai sebelah. Terasa nak makan sesuatu,tapi malas nk drive jejauh,memandangkan Mcd yg paling dekat,kita makan Mcd je lah.

 MacChicken...My ofismate makan nih,dialah yg cucuk duit pagi-pagi tu,hehehe,sorii cik farah,opss termention pulak.hakhak
aku biasalah,berhantu sikit dengan segala jenis ayam.Yummmmm


Nak dijadikan cerita,habis je time kerja,aku pun bergegas balik ke rumah,elok sampai kat depan pintu rumah,my second brother ajak keluar kejap.Katanya nak belanja KFC bucket.huh?so dah orang nak belanja, ape lagi cepat jee lah,solat asar,mandi terus keluar pulak.Heii,ingat senang ke adik nak belanja?hehe.

 Kedatangan KFC bucket ke rumah
 sos thai tu,siapp pergi beli lagi,suka makan dengan sos nih.takcaya.cubalah.sedap!
KFC yang baru tuh,pedaas & rangup dia punya trademark..

Selesai je santap apa yg ada,terasa serbersalah terhadap badan,makan banyak fastfood kan xelok untuk badan.tapi REZEKI jugak tidak boleh DITOLAK,betul kan?Jadi untuk menembus rasa bersalah tu,terus aku jadi rajin pada malam itu,dengan Men'Vaccum setiap habuk yg ada,walaupun sebesar zarah.huh over tau.Tiba-tiba dapat ilham..

terasa nak kemas bahagian personal document,memang dah lama berazam nak buat,tapi xda masa jee,hahah konon xda masa,macam ade anak 10 kan. Personal document ni macam letak semua sijil-sijil akedmik & kokurikulum dalam 1 fail,susun cantik-cantik.Sebelum ni memang dh buat tapi bila nak guna main tarik je,pastu tak simpan balik. 1 fail lagi surat-surat bayaran pinjaman MARA,surat hutang dan resit pembayaran balik setiap bulan.Haa,kepada sesiapa yg buat pinjaman ketika belajar dulu,tak kira lah MARA ke PTPTN ke,sila jalankan tanggunjawab anda segera,ingat lah pada generasi akan datang,mereka jugak memerlukan.Cehh nasihat tu beb,padahal baru je bulan lepas aku skip buat pembayaran.Okayh la tuh,bayar jugak last month sesak sikit.

Tengah best-best kemas...
tiba-tiba tertengok buku ni,teringat zaman sekolah dulu.Sampai sekarang aku tak percaya,macam mana aku boleh ambil kos ini.Mungkinkah disebabkan oleh beliau??buku ni memang aku simpan sampai sekarang,segala basic mengenai akaun ada kt dalam nih,so apa2 kemusykilan inilah rujukan aku,lagi-lagi buku ini pemberian abg senior akaun kepada aku,Memang sayang habiss lah dkt buku ni,Mula-mula dapat buku nih,aku buat tidur malam taw.weii gediknya,opss jgn fikir bukan-bukan,tujuan aku buat macam tu sebab nak kasik ilmu tu meresap masuk dalam kepala hotak aku ni lah, mungkin disebabkan beliau jugak la aku terambil subjet ni,ciss nampak sangat tak ikhlas ambil subjet nih.huh

Bahasa Mandarin?hah memang pernah menuntut,tapi lama tak praktik kan.

sekadar perkongsian:-


aku yakin,mesti korang lebih teror dari aku,aku setakat basic boleh la,tu pun tercungap-cungap.haha

★Thankiss sebab bace★

Views

Kucing Meow Meow Meow

Telatah si comel yang memikat hati 

aloo loo,sy gurau je..ur not fat,seyesss !

soo sweet~

Wahh mok,bukan main ko eyh ! patutla timun aku asyik hilang jee..



 nakalnya !
 Curik contatlens saya eyh !
Opsss......terlebih sudey~

erm,comel sangat sangat...suka laa,muah muah muahh,tapi apakan daya,just mampu tgk dari jaoh je,..tak mampu nak pegang,belai-belai, kalau lah aku tak alergik dgn kucing,memang aku dah buka pusat jagaan kucing siap dgn cawangan sekali dah sekarang nih, Alergik yg terlampau sangat, just pegang 5saat dah boleh dapat kesannya..Kadang-kadang tuh tgk kucing dari jaoh rasa sayu jee.Maaf yee saya xboleh pegang awk :(



★Thankiss sebab bace★

Views

KFC so gooood !!!

Apa macam terliur tak??? Kali nih bukan nk sembang,tapi memang terbaekla KFC crunch,baru je makan lunch tadi.Cik eyra memang suka sangat,sedap tak terhingga,mula-mula macam ragu-ragu gak nk try,yelaa iklan kadang-kadang tak serupa bikin,bukan boleh pakai sangat an.nampak gempak bagai. Tapi ade akak kat ofis menceritakan dari pengalaman & kisah benar yg dialami sendiri oleh beliau,jiwa ini memberontok ingin dapatkannya.Ini memang lain dr yg lain,tak macam KFC tomyam,tak sedap langsung,buang duit jee beli,Tapi yg KFC crunch ni soooo good taw...


okayh nie real picture,atas tadi tuh plastik punya..hehe,dalam gambar nampak macam sama je dgn spicy kan?tapi inila KFC crunch,rasa pun lain dan lebih sedap!

 my ofismate,sedap hingga tak terkata

ce teka sapa? tak puas hati,dapat ayam kecik.sungguh berkecil hati di tika ini..

selamat menjamu selera ~

★Thankiss sebab bace★

Views

MYBFF wedding 23Jun2012

Okayh,msa untuk update blog..wink3*
bertambah best lg,mengarang sambil makan dadih..eh jap minum dadih,eh makan..jap jap jap...mna 1 nih makan dadih or minum dadih?HAHA whatever lah...
kelmarin aku pergi ke majlis perkhawinan BFF aku,taksangka hang kawen dulukkan,ingat lagi masa sekolah,masing-masing tolak bila diusik sapa kawn dulu "hang la kawen dulu,aku lambat g" pastu 'ehh,xdaklaa,ang la kawen dulu' ...TAPI tengok la sape kawen dulu.Ternyata kan?hehe


Time ontheway ke Majlis beliau..See, i told u...Penang dilanda jerebu yg teruk.Nih masa kat atas Jambatan Pulau Pinang. Memandangkan aku dr Penang area tanah besar ,Kena lalu jambatan untuk menyeberang ke sana.Nak naik feri pon boleh,tp lambatlah. Lagipun,dah bosan naik feri.Dulu time sekolah,2minggu sekali mesti naik feri,sebab nak balik rumah.Sekolah asrama la katakan.

*Sedikit selingan,Inilah sekolah ku rumah ku 

Ce tgk bahagian atas tuh.Ade tak Cik Eyra? Ape? xdak? memang la xdak,sbb memang xdak kt situ pon..kan dah cakap aku lalu Jambatan.hukhuk..Sila jangan lempang saya...

Dari tadi membebel,baru sekarang nak tunjuk gambar pengantin...Ini lah dia MyBff... Saidatul akma & pasangannya Ridzuan. Seyes muka dieorang berdua seiras,org-org tua kta,kalau muka seiras serasi.Amin~Time aku sampai nih,memang dh lewat sangat sangat sangat.Sorii yee sayang terpaksa tunggu,rasa bersalah sangat,sebab pengantin terpaksa tunggu dah la dia ada photoshoot kt luar,aku lak pegi buat onar.huhu sumpah taksengaja !Kebetulan hari tuh,aku ada kenduri rumah toksedara.Dahla tuh,sesat pulak..adeh sangat mengaibkan orang penang sesat di penang,Melilau carik jalan.Apa lagi mengelabah la,tengok jam dah lewat.Call member aku Nurul,dia pon pening pass dekat pengantin perempuan,pengantin perempuan pass dekat pengantin lelaki...Aduhhh main pass2 tepon pulak.Lastly,alhamdulilah.sampai jugak....yeahhh...
Haa,inilah Nurul,also MYBFF...Lama gilew takjumpa,lepas SPM langsung takjumpa.Just takjumpa je,tapi kiteorang tak lostcontant,xda alasan untuk itu,sekarangkan zaman canggih..bukan zaman purbala kala...
Sampai-sampai jee,aku terus heret Nurul naik atas pelamin untuk bergambar.Sungguh takmalu...just nak ambil berkat okayh.

Segak-segak kawan aku nih.Okayh untuk pengetahun,kiri & kanan nih,masih lagi solo okayh..hakhak...Aku dah copp nak jadik pengapit nurul time dia kawen nanti,dan jugak mengugut beliau 'ang nak ak jadik pengapit ang ka atau jadik pengapit ank ang,bek ang pilih mna 1' hahah....sungguh kejam dunia ini.

 Lastly,ucapan kepada Puan Saidatul Akma & En.Ridzuan..Selamat Penggantin Baru,Semoga berbahgia hingga keakhir hayat dan semoga kamo berdua diberkati.Amin~
*Ucapan khas untuk en.suami.Sila jaga kawan saya baek2 naaa...

hehehe...Okbai~~~~

Nurul jom onetojuss, sape lak pasni..aku ke ang ^^



★Thankiss sebab bace★

Views

Jumaat datang lagi

Okayh sekali lagi mood nak update blog sudahh malii....terasa macam nk buat entry apa yg dilakukan seharian hari ini.Walaupun aku tahu,xda sapa pun pedulik...Lantak kau lah nak buat apa pon,ade aku keesah? 
Hari ini,sama jugak seperti hari-hari lain,bangun seawal 6.30pagi solat subuh,lepas tuh walaupun sekadar 10minit aku akan tetap sambung tidur jugak.hehe..Cukup 10minit ,aku pun bangun untuk mandi,bersiap apa yg patut & minum air suam, a'ah memang aku jadikan minum air suam pagi2 sebagai rutin harian. Tepat pukul 7.45pagi aku pun bertolak,disebabkan jarak dari rumah aku ke ofis memakan masa yg lama,mestila kena bertolak awal.Selalu kalau bertolak 7.45pagi boleh sampai dalam 8.20pagi,kalau pagi tuh baik,abg lori pun tak banyak dalam 8.15pagi dah boleh sampai, so korang bayangkanlah sendiri jauh tak? Antara rutin harian aku jugak,sebaik tiba je kt ofis, aku akan ushar2 jap blog,tgk apa yg patut.Cukup time 8.30pagi dh boleh start buat kerja,,opss tidak-tidak,sebelum mulakan kerja kita kena breakfast dulu,betul x?hakhak so aku nak bancuh oat dulu.

 Antara yg menjadi pilihan :
1.Minum bijiran radix nih,memang jadik pilihan utama aku diwaktu pagi.

2. Nesvita,bila rasa nak bertukar angin.
3. Nasi lemak nih,kira last lah.Makan bila teringin jee

*Gambar-gambar diatas mintak dekat pak cik google,nasib dia kasik.hehe

8.30pagi hingga 1.00ptg kerja,kerja & kerja.Takde benda yg menarik untuk diceritakan,walaupun ade sedikit aktiviti mengulat dilakukan. Tak boleh senaraikan di sini.Bahaya <---konon artis glomour,
Tepat pukul 1.00ptg mata aku menjeling-jeling kearah ofismate aku sambil menunjuk jam dinding yg sudah kelihatan dgn isyarat mata,dgn harapan dia tergoda dgn lirikan mataku yg ayu..hahah, Tetiba terpaksa melayan akak ofis yg sibuk bercerita mengenai kejadian mesteri yg berlaku...Jemm takboleh keluar lagi.Layan  jee.5 minit masa berlalu,tak kira kali nih mesti nekad,angkat beg dan cabut.....hari nih decided nak lunch dekat foodcourt Giant.

Aku nak makan Nasi ayam

Kawan aku pulak makan tomyam

*jugak diambil dekat pak cik google,Tq pak cik..
Okayh.walaupun deria bau aku hilang disebabkan selsema,janji perut kenyang hati pun dah suka,jom kita jejalan. Tetiba masuk kedai kasut Vern's, 
disebabkan my ofismate yg beriya-iya sgt aku pun masuk.Kononnya just nak temankan je,tetapi apakan daya,sepesis pantang tgk macam aku nih sgt bahaya jika di bawa ke mana-mana sistem jual beli dilakukan. Maka terbeli lah iyaa...





aku beli yg nih.tgk berkenan.takcakap banyak,terus bungkus.bawa balik.
Inilah dinamakan shopping secara tak disengajakan..huhu
Okayh,dah pukul 2ptg.Time's out,kena balik ofis~Kerja macam biasa,mengulat sedikit,tepat 5.30ptg,aku nak balik...hahaha...Muka yg monyok bertukar jd muka gembira & bahagia perangai tak berubah dari sekolah,kolej,sampai dah kerja.Asal balik jee no 1. 

Okayh.selamat berhujung minggu semua :)

★Thankiss sebab bace★

Views

Sebuah Keikhlasan~

Assalammualaikum
&
Selamat Malam 
Malam nih taknak berceloteh banyak juz nk post benda yg simple jee. Nilai sebuah keikhlasan? ikhlas sesuatu yg sukar untuk dinilai...kan?kadang-kadang diri sendiri pun confuse mengenainya,Tapi hanya Allah yg tahu keikhlasan seseorang itu. Walaupun kita jugak sukar mentafsir lalu mulakanlah sesuatu perkara dgn niat kepadaNya.

"jalan ke syurga dibentangi dgn perkara yg tidak disukai,manakala jalan keneraka dibentangi dgn syahwat"..riwayat al-Bukhari & Muslim

bukan suatu suratan atau kebetulankan,tapi inilah dia...ganjaran yg akan dapat nanti tidak ternilai dgn wang ringgit. Hidup memerlukan cabaran barulah menjadi rempah ratus yg sedap.

Lastly,apa yg aku tulis nih,bukan nak tunjuk bagus & menasihati org, aku hanya berkongsi pengalaman hidupku ^^


Sekadar renungan bersama 

★Thankiss sebab bace★

Views

Kenapa kita bersin?

Erm,balik dari kerja tadi sampailah sekarang ,tak henti-henti dari bersin..
sakit hidung & sakit dada nih dibuatnya..kenapa yee?Mungkin daripada masalah jerebu yg sgt berleluasa sekarang?Pagi-pagi pun dah boleh nampak suasana jerebu tuh,niat nak berhenti beli nasi lemak berlauk kat tepi jalan pun terpaksa dibatalkan.Tapi yg pelik nih,ada jugak segelinter manusia yg masih membuat pembakaran terbuka dalam keadaan jerebu nih..Adakah dia masih lagi bermimpi?jerebu laa weeii bukan kabus sejuk ! rasa nak penampar je org macam tuh kan,tak faham-faham.Okayh sedekit intro dari aku..
Intro?cam ganas je intro aku.
Sebenarnya entry kali nih,nak berkongsi sedikit pengetahuan yg aku ada.Mabe kebanyakkan org dah tahu,tapi still nak kongsi jgk..sharing is carring ^^ 

Kenapa kita bersin???
ini kerana ia merupakan suatu mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya bendasing,kuman,virus atau debu.Ketika itu tubuh sedang merespon melalui membran hidung ketika mendetekasi adanya bendasing dan outomatik tubuh akan menolak bakteria tersebut. Udara yg mengembus kuat dgn tekanan yg tinggi dari paru-paru mendorong keluar melalui hidung dan mulut.
Tahukah anda.. pada saat kita bersin,secara refleks maka otot-otot yg ada dimuka kita menegang dan jantung kita akan BERHENTI BERDENYUT? atau berhenti berdetak untuk sementara? kononnya ball kan tulisan kasi suspenlah??? setelah selesai bersin maka jantung kembali berdenyut. Oleh itu,dalam Islam kita perlu mengucapkan 'Alhamdulilah' ertinya 'segala puji bagi ALLAH' kerana jantung kita sudah berfungsi normal seperti biasa...

Alhamdulilah :) kerana jantungku masih lagi berdenyut...

*kecepatan bersin adalah 161km/jam. 
Awas jgn tahan dari bersin ia akan mempengaruhi fungsi tubuh

★Thankiss sebab bace★

Views

Happy Monday

Yeepyyy...hooreyyy...tetiba je happy semacam,hakhak...mestila happy,esok cuti...yeaahhh,Cuti hari sabtu dan ahad, tak sama dengan cuti Hari Isnin taw..keseronokkan serta kebahagian dia tuh lain macam gua cakap luuu....Ehh,cuti apa lak nih?cuti gantilah sebab hari ini (ahad) kan Israk Mikraj,nak buat apa eyh esok?kalau esok carik baju raya best jugakkan..jeng jeng jeng...
Apa-apa pun,layan dulu gambar happy Monday nih...








Opss...terover sudah..Okayh,kepada yg kerja esok.kerja baek-baek,namo curik tulang eyh
hahahaha...jeles tak jeles tak...


★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...