Views

3D2N Genting Highland Part 1

ASSALAMMUALAIKUM

Selamat berhujung minggu semua .Seperti mana yang dijanjikan di entry KEMBALI , Kini aku kembali menulis corat coret kisah kehidupanku. Cewahhh ....Yaa entry kali ini aku mahu membawa kalian semua turut merasai ke'happy'an, keterujaan,kegediskan dalam percutian ini .Sekaligus memupuk semula semangat waja untuk aku ber'blogging' semula. Ku akui semangat yang semakin terkubur layu ini,perlu disemai dan dibajai. Okayh! Stop menggunakan ayat-ayat yang sedikit skema. muntah .

Trip yang telah diaturkan.Trip yang sengaja di plan 2,3minggu sebelum tarikh tersebut, telah direncanakan oleh ahli lembaga. Kami sebagai kakitangan ini, hanya melonjak-lonjak kegumbiraan, apabila Boss membuat keputusan untuk mengadakan Trip Percutian Ke Genting Highlands. Apa yang perlu kami lakukan,hanyalah menghadirkan diri. Segala Kos ditanggung. Bererti FREE . Yahooooo !

16/12/12
Dinanti-nantikan oleh segenap penjuru kakitanggan mejakerusi pintu tingkap.okayh!takde kena mengena. Tikus-tikus mula mengaturkan pesta muda mudi, sementara ketiadaan kami di pejabat selama 3hari ini.

Bertolak dari Kulim . Melalui aturcara majlis,kami akan berhenti berehat di R&R Bukit Merah,tetapi disebabkan berlakunya penyelenggaraan di sana. Kami dipaksa berehat di R&R lain.Seingat ku mungkin di alor pongsu.Ouh kurang pasti.Tiba-tiba daya ingatanku luput . Sarapan pagi yang di sponser oleh company.Nasi lemak sebungkus, bihun goreng telur mata sekotak, air kotak teh bungga & soya . Blurrr...
Sarapan pagi kah ini??

Setelah beberapa jam,aku menidurkan diri di dalam bas. Akhirnya bas berhenti di Tanjung Malim,untuk menyantap makan tengahari di Restoran Nasi beriani gam Prima Tanjung Malim.

Sila jangan tertipu.Nasi dan 2 ketul paha ayam ini telah aku bahagikan sama rata dengan cik farah. Aku bukanlah bernafsu seperti ini, sepertimana kalian sangkakan. Ehh...Terimakasih kepada penaja.

Setibanya ke puncak Hotel First World, Genting Highlands pada jam 3.30petang. Tetapi masih belum dapat Check-inn bilik,kerana bilik masih lagi penuh. Operasi Check-inn bilik dapat dilakukan pada jam 5petang. Sementara itu.Mari kita meninjau-ninjau sekaligus melawat kawasan Genting Highlands.

 Grrr.. Sejuknya.......
Bangunan warna warni itulah Hotel First World yang akan kami menginap selama 3D2N.
*Terfikir sejenak,macam mana dieorang cat bangunan itu? anyidea?please answer me..


Seperti yang dijanjikan jam 5petang. Check-inn bilik. Opss terlupa nak snap gambar bilik. Maafkan saya* gaya zizan. 7.45 siap sedia untuk makan malam.

Senyum gumbira nak pergi makan..

Makan Malam di Restoran Kampung Genting Highlands. Sangat berpuas hati.Makanan yang disediakan berkonsep bufet, makanan memang meriah sangat.Rambang mata nak pilih,tengok ni sedap,tengok itu sedap..ouhhh..tolonggggg !

Tempat pun cantik. Model 2 orang ni lagu cantik. hehehe. Kak Mira with blogger cik Salju . Untuk pengetahuan am anda.blogger cik salju nih lah,yang mencapak aku kedalam dunia blogger nih.Thanks akak !
Aiskrim Vs Kopi susu panas. 
Perghh sejuk-sejuk macam nih feel dia lain macam sikit


Jemput minum
Aneka rempah. Sila tenung beramai-ramai label yang tetera.

Selesai makan malam dan menilik malam masih muda, Kami mahu bersiar-siar,sambil menghirup kesejukkan malam di puncak Genting.
 Yeahh. Kami mahu terbang..
 Bestt! Muka tahan kesejukkan
Uikss.ada show pulak..

Hah,selesai sudah 1 hari perjalanan. Jadi apa yang berlaku kepada keesokkan harinya pulak? Jom tunggu next entry 3D2M Genting Highlands Part 2 pulak. Hakhak, Dah macam drama bersiri sudah.









★Thankiss sebab bace★

Views

Kembali

ASSALAMMUALAIKUM
Selamat pagi Jumaat kawan-kawan bloger sekalian. Membiarkan blog bersawang, seperti tidak bertuan,tidak berpenghuni itu adalah kepakaranku..Hewhew..Terima kasih kepada bloger-bloger yang masih  singah kemari dan bertanya pekhabaran daku terutama blogger jaakechik . Terharu T_T.

Alhamdulilah...sidia semakin hari semakin meningkat kesihatannya.Walaupun tidak 100% sembuh,tapi aku cukup bersyukur dengan peningkatan kesihatanya dari sehari ke sehari . Dia jugak telah kembali bertugas seperti biasa, cuma still kena jaga pantang makan, takboleh makan seberangan .Parut operations pun masih lagi muda.

Okayh ! cukup sampai di sini dahulu. Aku mahu sambung tugasan di pejabat.InsyAllah, aku akan kembali dengan entry yang bakal aku updatekan taklama lagi.. jeng jeng jeng ...

★Thankiss sebab bace★

Views

Tempahan di Jiakreatif

ASSALAMMUALAIKUM..
Hai readers...salam hari-hari.heheh actualy entry ni auto publish taw. Maaf laa sejak kebelakangan nih mood cikeyra tak berapa nak ok lah . Kepada yang dah follow entry yg lepas "Tuhan jagakan dia" terimakasih banyak, kata-kata semangat serta perangsang itu lah yang membuatkan cikeyra terus menulis . Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan ia akan membuatkan kami lebih cekal untuk menghadapi masa yang mendatang :) Motivate diri sendiri

Beberapa minggu yang lepas cikeyra ada membuat tempahan di jiakreatif dan barangan yang ditempah itu telah pun selamat sampai :) tetapi seperti mana yang diketahui , cikeyra belum sempat untuk share dgn korang semua. So cikeyra telah memilih hari ini, untuk berkongsi dengan korang semua mengenai barangan tersebut. Teruja tak ? pls pls..teruja lah..

 Kotak Tisu <Liverpool>
 Car neck pillow<Liverpool>
Car neck pillow + kotak tisu. Comel tak??

Why? Kenapa? harus Liverpool? ..Hehehe sebenarnya cikeyra nak hadiahkan untuk sidia. Sempena besdaynya pada 29/10/2012 hari tue. Dia memang minat sangat dengan Liverpool, hingga membuat tindakkan memaksa cikeyra turut terlibat sama menyokong pasukan bola sepak kegemarannya. Tah hape-hape lah. Pada mulanya cikeyra pun blurr jugak. tak tahu nak hadiahkan apa,entah macam mana terpandang blog jiakreatif nih . Terus dapat idea nak hadiahkannya. Tapi tup tup sidia pulak jatuh sakit, Jadi terpaksalah cikeyra hold kan dulu sampai dia betul-betul sembuh . Dah sembuh baru kasik. 

Anyway, thanks kepada jiakreatif kerana telah bertungkus lumus menyiapkannya. Ribuan terimakasih di ucapkan. Kepada pembaca sekalian .Sila lah berkunjung ke blog beliau jika ada masa terluang..ececeh promote sekali.Nghehehe...

*taksabar nak tunggu dia sihat seperti sediakala :)










★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...