Views

Majlis Repsesi 1February & 2February 2014

ASSALAMMUALAIKUM

Cerita dah basi kot tapi baru nak updatekan,apa boley buat, sekarang ni tengah berjinak-jinak dengan kotmimen baru.Yelah dulu nak buat apa pun just fikirkan diri sendiri je,rasa nak makan,makan..rasa nak buat apa pon main bedal je,but now nak kena jaga husband..sebenarnya tak susah pun nak jaga encik suami ni,senang tak cerewet cuma yang tak biasanya, masa untuk kita, kena bahagi dengan masa nak melayan suami,baru-baru kahwin ni kita tak tahu lagi apa yang dia nak..Contohnya pagi-pagi sebelum pergi kerja mesti bancuhkan segelas milo panas untuk dia, roti sapu jem 2 keping..cukup..before married takdanya nak buat-buat air bagai ni..bangun subuh,mandi,bersiap terus pergi kerjaa...

************************************
Selesai akad nikah pada 31Jan2014,Manakala Majlis Repsesi berlangsung pada 1Feb2014,aku malas nak bebel banyak-banyak sebenarnya,layan gambar je lah...

Gila posing kawan-kawan aku ni,macam aku jugak..hahahah..Time ni pengantin laki takdatang lagi,so kita posing gila-gila dulu...muhehehe...kang dah sampai confirm nak control ayu punyaa..
With My BFF,cik Farah...nindia orang kuatku..merangkap segala-galannya...dia pun tak lama dah ni..jengjeng..
 Pengapit bakal biras..senang cerita awek adik ipar aku lahh...
props :)




Mata stim  mengantok,tapi maintain senyum ye cik abang :)
thank sahabat sudi datang..
Family my husband,apa bendalah yang lawak sangat,lupaa dah..hee
sahabat yang datang dari joah nuh..keyL..bercinta dari zaman kolej,alhamdulilah dah bertunang pun,tak lama lagi makan nasi minyak dieorang pulak..
Sahabat baik dari zaman sekolah lagi,dah jadi ibu pun kan,tunggu kemunculan my junior pulak lepas ni ye sai..hahah tenkiu datang sayang..mmuaxx
Outdoor :)
Lalang pun jadi cantikkan..ke pengantin yang terlampau cantik eyh?bhahaha

*************************
Majlis repsesi 2 February 2014





 Muka tahan lapar..lapar gilaa la time nih,membuak-buak,hahahah..Nikmat sungguh jadi raja sehari,apa taknya,nak makan orang dah hidangkan,order je nak makan apa,pelayan siap hantar ke meja..hahaha jadi pengantin pun gelojoh pasal makan..
 With my family
 Family..eeii geram betoi kat budak bam bam ni
 layann



 outdoor



Sekian~
terima kasih semua,yang telah banyak membantu secara langsung atau pun tidak,keluarga dan sahabat-sahabat,anda memang telah banyak membantu,tanpa anda semua majlis ini takkan berjayakan.Tak lupa jugak yang mendoakan kebaikan untuk saya dan suami,sayang anda semua. Alhamdulilah setelah banyak yang kami harungi pahit manis bersama,akhirnya kami disatukan sebagai suami isteri,terima kasih Ya Allah di atas kurniaanMu


★Thankiss sebab bace★

Views

65 Hari Bergelar 'Puan'

ASSALAMMUALAIKUM

Alhamdulilah..syukur dengan rahmat Allah S.W.T yang masih lagi memberi nyawa kepadaku untuk terus bernafas di bumi ini..syukur lagi sekali usia perkahwinan kami sudah masuk 65hari..eh eh rasa kejap je...biar betul,macam takpercaya lagi dalam rahimku ini dah ada penghuni,Ya Allah besarnya RahmatMu kepadaku,..

Ouhh..yang orang dok sebut bunting pelamin tu,rupanya ginilah ek..hehehe actually malu jugak nak mengaku yang aku ni bunting pelamin,macam 'eeiii,cepatnya korang'... 'ruginyaa,taksempatla nak enjoy'...ishh tapi bila difikir balik,pehal nak malu pulak,HALAL kot....Tak sempat nak enjoy?? sapa cakap tak boleh enjoy??

Seyesly,tak pelan pon nak pregnant awal dan tak rancang pun..cuma sebelum kahwin tu aku adalah terlintas kat dalam hati ni, "kalau Allah beri kami zuriat awal,maksudnya Allah tahu kami dah betul bersedia nak pikul tanggunjawab ni,andaikata Allah tak beri kami zuriat lagi,kami belum betul bersedia lagi,sesungguhnya Allah tahu kemampuan hambaNya'

Jom layan gambar kahwin dulu,lupakan about pregnant-pregnant tu dulu,kita cerita next entry pulaklaa..
 inilah dia imamku..
 abah..waliku
 abah sendiri yang nikahkan kami..tenkiu so much abah..i love youu...
 alhamdulilah dengan sekali lafaz,kini sah bergelar isteri...Puan Nadzirah tau..dah Puan okayh..nghee

 Cincin untuk my husband
cincin kahwinku
Majlis akad nikah ini berlangsung di Masjid Baru Sg Bakap,selepas asar pada 31/01/2014 Jumaat..Terima Kasih kepada saudara mara yang datang,kepada kawan-kawan yang turut memeriahkan suasana petang ini,sedikit sebanyak dapat jugak menghiburkan hatiku yang ketika itu sedikit gementar..dari pagi itu hingga ke petang nak akad nikah tu,aku dan anuar tak langsung berhubung tau..masing-masing sibuk dengan urusan sendiri..dan masing-masing beri ruang untuk diri sendiri,selepas selesai akad nikah barulah kami bersua muka.hehehe
Selesai Majlis akad Nikah di Masjid kesemua ahli keluarga dan para sahabat dijemput ke rumah penggantin perempuan kerana sedikit jamuan disediakan...Bolehlah nak snap snap gambar dulu,takut keesokkannya busy pulakkan..ouh yee Majlis persandingan diadakan kepada keesokkan harinya.Today lebih kurang kenduri sikit-sikit je,yang datang pun family kita-kita je dan sahabat rapat :)
Sesi berkenalan antara pengantin laki dengan keluaraga pengantin perempuan..hehehe..Hai tokwan Mat,nindia cucu menantun..heee ni tokwan sebelah abah..tok pah iaitu wife kepada tokwan baru je meninggal last year...Al Fatihah..

 with my kazen kak cik dan baby boy yang comey dan bambam...hello shaiqul..mmuahh
With mama dan tok mah,tok sebelah mama,tokwan sebelah mama dah lama meninggal since aku kecik lagi
Hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki semuanya 15 vs 15...banyak tak?masa bertunang dulu lagi meriah 19 vs 19..aish garu kepala bak hang ini disebabkan belah myhusband yang terlampau eksited nak bagi lebih-lebih..tambah punya tambah nahhh hamik kau...dalam rumah penuh dengan hantaran je..tengokla katil pun tak muat..hahaha..sabar je lah...tapi jangan pelik ye dalam gambar memang ada 12 je,nampak tak tapak yang kosong tu,yang tu aku letak cincin,manakala lagi dua kek masih lagi dalam peti ais..ehh peti sejuk..jap jap peti ais ke peti sejuk ek?? Okaylah sampai sini saja dulu,In sha Allah banyak lagi yang nak dicoretkan seperti Majlis bersanding 1 februari 2014(Perempuan),majlis bersanding 2 february 2014(lelaki),honeymoon time,cerita pasal pregnant..Haish banyak tau...cuma masa je tak cukup..ditambah dengan internet yang macam siput..

Okayh...bye bye my blog sayang...






★Thankiss sebab bace★

Views

Lagi 2minggu nak kahwin..yeahhh

ASSALAMMUALAIKUM
Arghhh..rindunya dekat blog nie...kenapalah lama sangat aku menyepi?aku tak hilang ke mana pun..masih lagi menumpang di bumi Allah ni..masih lagi menghirup udara yang Allah pinjamkan..
Alhamdulilah...lagi 2minggu aku akan bergelar "puan" hehehe...cepat betul masa berlalu..semua persiapan berjalan dengan lancar..syukur sangat,walaupun ada beberapa planning kami yang takmenjadi,contohnya tempat untuk majlis persandingan..pada mulanya nak buat kat dewan,tapi dewan full,aish ramai pulak yang nak buat majlis raya cina ni kan...nak tak nak,buat majlis kat rumahlah..mula-mula tu terkilan juga..take time jugalah nak terima..aicheh over aih..hahaha..dah aku memang gitu,bila dah plan,aku akan set dalam kepala otak,so bila plan takjadi aku mulalah nak bebai,sebabnya aku dah set dalam minda,mungkin sebab tu jugak encik tunang dari zaman bercinta sampai sekarang tak berani nak janji apa-apa dengan aku,kalau tak jadi memang bebai ooo...kesiankan..tapi sejak nak kahwin ni aku dah matang sikitt..sikitlahh...tangan ke bahu,mata ke atas..Ouhh yee..tenkiu kepada peminat setia blog ni,yang sentiasa tertunggu-tunggu bilalah aku nak upadate..hahah taksangka blog yang suam-suamku ni,ada peminat setia wehy...

Upadate terkini :
1. Kursus kahwin (done)
2. Prosedur perkahwinan di pejabat agama jawi (done) termasuk interview dengan ustaz sekali
3. Baju akad nikah (done)
4. Butik Penggantin (done)
5. Photographer (done)
6. Dj (done)
7. Gift (done)
8. Hantaran (done)
Erm...rasanya yang ini jee lah...Ya Allah permudahkanlah segala urusanku..lancarkanlah majlis kami seperti mana yang kami rancangkan...amin~


Okayh-okayh nak iklan sikit :-

saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR anda No Id:1084306,saya berada di sekitar Nibong Tebal,Jawi,Sg Bakap & Kulim.. Kepada yg berminat sila pm saya di facebook atau just wasap je di 017-5548464 dan boleh jugak email di nadzirahvitaminshaklee@yahoo.com
saya akan berikan tawaran istimewa kpd my customer iaitu:-
1) saya akan guide anda cara makan vitamin Shaklee 
2) Boleh bertanya @ menghubungi saya pada bila-bila masa(24jam)
3) Sentiasa update dgn anda jika Shaklee buat promosi harga runtuh


Nadvitaminshakleeshop <--- tolong like mypages yee kawan-kawan

untuk dapatkan harga kasih sayang,pm/wasap kat 017-5548464,atau boleh email di nadzirahvitaminshaklee@yahoo.com

terimakasih :)












★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...