Views

Bukan Cinta Rupa Paras

ASSALAMMUALAIKUM

Ujian............Sekali lagi Allah kirimkan ujianNya.. Terkedu dapat berita tentang kemalanagan itu. Kali ini,perasaan lebih sebak,lebih gelisah,lebih celaru. Awan makin mendung,menandakan hujan mahu turun. Ya,benar ramalanku dalam beberapa minit saja, hujan turun dengan lebatnya, ribut petir,guruh berdentam-dentum dengan kuatnya mengambarkan perasaan ku yang sedang bergelora.. Macam mana anuar??

Nokia C3 berdering-dering,lantas aku mengapai telefon.. 'abg anuar macam mana?' ayat pertama keluar dari bibirku.. 'kami kat hospital ni,depa nak transfer dia ke hospital penang' tegas adiknya. 'Terukka?' aku membalas.. 'hm,darah keluar banyak,patah hidung,habis muka' balasnya gelisah.Aku hanya fikir tentang dia. Ya Allah,mampukah dia hadapi ujian ini. Dia baru je sembuh dari sakit apendiks, baru je lepas opearation, takkan lagi sekali?

Lepas berbuka puasa,aku bersolat Maghrib dan hujan diluar ada menunjukkan tanda-tanda ingin reda. Aku berkira-kira,mahu pergi melawatnya,sempat ke nak pergi nih,hospital Penang pulak tu' bisik hatiku . Sebaik saja selesai solat, aku dapat mesej dari adiknya 'kak,depa takbawa abg pi lagi,depa nak cek gigi dia dulu' . Pantas aku mendail nombor anuar. beberapa kali mendail,tujuan untuk tahu statusnya.Tapi hampa T__T, dia tidak menjawab. Aku terus berusaha menelefon adiknya pulak. 'Salam dayah,Confirm ke depa tak pi lagi?'.... 'hah,kak takbawa lagi,doktor nak cek gigi dulu'... Aku membalas 'awat akak call dia takjawab pun'... 'hm,macam mana nak jawab kak,muka kena bungkus' adik membalas.

Tanpa membuang masa aku terus bersiap,jarak rumah ke hospital hanya mengambil masa 5minit saja.Sebaik tiba di Hospital Daerah Sg.Bakap,aku terus menuju kearah ibunya 'Macam mana anuar makcik' .........'Ada kat dalam,takjadi bawa pi penang kot,operate kat sini ,darah keluaq banyak sangat,takut makcik tengok' Ibunya membalas. Aku faham situasi ibunya. Ibu mana tak gelisah melihat anaknya begitu,sedangkan aku sendiri pun tak tentu arah.

Sejam berlalu, pintu bilik rawatan kecemasan dibuka, tetapi doktor tak beri masuk ramai-ramai,aku memberi peluang kepada ahli keluaraganya untuk melawat terlebih dahulu,selesai mereka melawat,aku masuk bersama mama.Ayat pertama sebaik dia melihatku 'Lepas nih kena pakai topenglah'.... Aku membalas 'Buat apa, nanti elokla,jangan macam-macam'..Walupun nadaku sedikit tegas,tapi jauh disudut hati sangat tersentuh. Mungkin dia takut,aku takdapat terima dia berkeadaan seperti ini. Ya Allah, tak terlintas langsung aku. Aku sayang dia bukan sebab rupa. Cinta rupa paras takkan kekal. Cinta rupa paras Allah boleh tarik bila-bila masa saja dia mahu. Kun Fayakun kata Allah, sapa yang boleh melawan?

Sikapnya tetap tak berubah dari zaman study hingga dah bekerja,tetap fikir akan kotmimentnya,hal diri tak diutamakan. Sehinggakan aku sendiri makan hati dengan sikapnya itu. 'macam mana keja kat bank tu,dahla abg kena memangku keja akak tu,akak tu baru je bersalin,takda sapa nak buat'...aku membalas 'abg,takpayahla fikir keja,pandai-pandaila depa uruskan,fikirkan diri tu' .Dia hanya menganguk. Namun begitu, dia tak henti-henti bertanyakan soalan 'teruk tak muka', dan berkali-kali jugak aku membalas 'takk...sikit ja' ... 'Habis tu,abg dengar depa kata terukla,kena buat surgery lahh'........ 'ishh,taklaa mana ada apa-apa tu'........... Aku taktahu nak cakap apa lagi untuk redakan dia.

Hidung disebelah kanan patah,menampakkan sedikit kulit yang terkeluar lari kesebelah kiri. Tulang sebelah kanan patah,membuatkan hidungnya sedikit jatuh kebawah. Dibahagian bawah mata dan tepi mata sebelah kanan sedikit terguris . Sebaik aku melihat keadaan matanya,aku mengungucap panjang,mana takknya,hanya beberapa inci saja hampir terkena mata. Dia masih lagi bernasib baikkan??

Anggota lain hanya mengalami calar balar, yang teruk hanya dibahagian muka. Tak kisahla muka senget ke,hidung jatuh ke. Dia tetap orang yang sama,dia tetap insan yang aku cinta, takkan ada apa yang berubah.Semakin dekat dengan tarikh,semakin banyak dugaanNya. Aku hanya mahu dia sihat. Itu keutamaan,dan itu perlu difikirkan dulu,sebelum hal lain.

Bukan cinta rupa paras yang aku kejarkan, tapi hati budi. Peribadinya yang membuatkan aku terus terpaut,sifatnya yang menghormati orang tua,sifatnya yang tidak suka bercerita atau mendengar perihal keburukkan orang lain,setiap kali aku menguntuk orang,aku pulak dimarahi,yelah kekadang tujuan kita nak menggandu je,lepas dah habis cerita,dia takbagi ulang-ulang dah,setiap kali aku cerita,dia hanya mendengar. Takda nak tokok-tokok tambah dah ,sebaliknya memberi nasihat kepadaku untuk berbaik .Prinsipnya 'Kalau kita taksuka orang mengata kita macam tu,kita jangan cakap pasal orang' Haiyaa mulut perempuankan memang macam tu...Dia cukup pantang kalau aku cakap 'tengah gosip nih',tak pasal-pasal kena marah. Perasaan selamat apabila disampingnya .Itulah kasih sebenar yang tak dapat dilunturkan.

P/s : Seyesly, entry kali ni sedikit emosi...........


Taksangup tengok orang yang kita sayang jadi macam nie kan? memang rasa macam nak katok-katok je si pemandu yang bikin orang jadi macam nie..



★Thankiss sebab bace★

12 budak busyuk:

jaakechik said...

alahai kesiannya si dia...mcm2 hal berlaku... hope cik eyra tabah yer... kalau lah jaa bwk kete sendiri dah tentu jaa drive gi tgk si anuar tu sambil jumpa cik eyra sekali. tapi payah, jaa menumpang kereta org... maaf ya.

jaakechik said...

p/s : cik eyra duk area sg bakap ke? teringat lak ada sorang member aadk jaa duk kwsn tu jugak. nama dia nur syifaa nadzirah...now kat aadk jeli, kelantan baru kawin beberapa bulan lepas.

jaakechik said...

p/s : kedai pak husin tu, jaa xtau gak area mana, sbb adik ipar yg bwk kan....heee...

Cik Eyra said...

@jaakechik
xpaa cikeyra fhm,tlg doakan semoga dia sihat seperti sediakala sudah cukup buat kami :)

Cik Eyra said...

@jaakechik
keciknya dunia ni..dia tu adik beradik cikeyra,mak ayah dia tok sedara cikeyra lah..thats mean,ayah dia adik kepada tok..heheh..ce tanya dia,kenal tak nadzirah ank makcik norly,sepupu mursalin..:)

jaakechik said...

p/s : syifaa tu adik beradik cik eyra ke mcm mana ni? xfhm la.. memula kata adik beradik.. pastu ckp mak dia tu tok sedra pulak? mana 1 ni?

ni fecebook dia kan? http://www.facebook.com/nur.s.nadzirah

p/s: jaa kenal dia asa memula masuk keje dulu, sama2 kursus kat kedah.

jaakechik said...

p/ : belum try lagi yg tu, en.suami dah takdak pyh nk kesana-sini, nak JJCM pun payah dah la..hehhehe... esok hari last jaa kat penang, lusa pepagi hari lepas subuh nak balik kelate dah.

saljurindu said...

sabar yea dengan duagaanNYA.. mungkin ada hikmah. :)

Cik Eyra said...

@jaakechik
adikberadik maksud cikeyra sedara..heheh,xpandai nak explain salasilah kluarga..

Cik Eyra said...

@saljurindu
harap mcm 2 lah,tabah hadapi semua nih..

jaakechik said...

dah okey ke dia skrg?

Cik Eyra said...

@jaakechik
alhamdulilah,makin pulih..jahitan pun dah buka,parut 2 makan masa jgklah nak sembuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...