Views

Family Day at Comeron Higlands II

ASSALAMMUALAIKUM..

Sambungan dari entry INI
Pagi-pagi selepas subuh, kiteorang punya aktiviti ialah MorningWalk, tujuannya untuk panaskan badan yang sedang membeku ini, kira-kira 1.5Km jugak kiteorang berjalan, dah macam lawatan sambil belajar sudah..Tapi sayang takde gambar, macam mana tah boleh lupa bawa camera.. yang aku ingat time tu adalah stokin stokin stokin.. Hahahahah, Sementara itu Kak chik and Kak long bertapa kat rumah untuk menyiapkan sarapan pagi, so balik daripada MorningWalk terus ngapp jee..

Sedikit aktiviti sukaneka diadakan, acara individu dan jugak berkumpulan, yang best group aku menang yeahh, mau tak menang dah ahli kumpulan aku terdiri oleh abah,syam(adik),ejat(adik),naqib(kazen) dan aku.Kumpulan dibahagikan melalui no 1,2,3....

Menu utama untuk tengahari ini.. Tadaaaaaa

Terima kasih yee mama dan ibu-ibu sedara ku sekalian, tanpa anda, confirm kiteorang kebuluran....:p

Melawat ke ladang stawberi, jarak homestay keladang stawberi ,tersangatlah dekat,jalan kaki pun boleh,taksempat nak berpeluh pun..Paling best ladang ini kepunyaan orang melayu..

Dah tiba masanya untuk myfamily check-out,tapi family Mak Chick,Mak Teh and Mak Chaq je masih lagi stay hingga esok, seronoklah korang kan.... itu lah kelebihan jadi cikgu,cuti sekolah yang panjang.Menyesal aku bantah cakap mama aku , kononnya takmau jadi cikgu,sebab dalam family aku ramai yang dah jadi cikgu, started from my tok wan, tok pah,mak chaq,pak chaq, mak chik,pak cik, kak chick , abg aa, naqib and nextt taktahu sape lagi lepas nih, sekarang nih aku hanya boleh pandang mereka dengan iri hati apabila tiba cuti sekolah..


Ondaway nak pulang, kami singgah ke ladang teh terlebih dahulu ladang teh di Bahrat, besar sungguh sampai terlopong aku melihatnya, macam mana dieorang kutip daun teh? tengok pun dah penat.. Ahh semput !


Opss tQ kepada bloger jaa, diatas kesudian berkongsi information sofware untuk combine kan gambar gambar di atas..hihih











★Thankiss sebab bace★

1 budak busyuk:

jaakechik said...

uikk bestnya jenjalan cameron. jaa dah lama x ke cameron. masa memula kawin dulu penah la kesana....heee!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...