Views

Jamuan Raya office

Assalammualaikum
26 syawal bersamaan 13.09.2012 cerita bermula.. okay-okay aku tahu,cerita yang lapuk 
dan bertapuk-tapuk, tapi belum lagi basi kan kan kan..heheh
ehh ehh, nape semua baju sama je nih? hah, merujuk kepada tajuk entry ni jamuan raya 
office kan, Inilah dia.jeng jeng.. Majlis ini bersiaran langsung di Sri Impiana In,Kulim
Jamuan raya ni dibuat untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama staff, 
developer,bankers,broker dan lain-lain, sebagai lawyer firm kami perlu berurusan dengan
 ramai orang sebab itulah majlis seperti ini perlu diadakan,secara tak langsung dapat 
makan free dengan banyak,hewhew,suke-suke
Membuat persiapan sebelum majlis bermula pada pukul 11.30pagi, masing-masing tekun.
Di mana saya? carilah..heheh
JOM tengok juadah yang di sediakan oleh kami..
Lemang. Tema raya.Mesti ada lemang kan..
 Table A- 
kuih raya, kek cokelat,apom polkodot,kerepek,jeruk buah & puding aiskrim,semua ni 
dibuat oleh staff sendiri
Table B-
Sate ayam,buah tembikal, sagu (caya tak kalau saya beritahu mak saya yg buat,hehe),dadih,
agar-agar merah & tapai
Table C
Nasi hijau, nasi kuning,ayam masak merah,daging hitam,acar,rendang ayam &
 daging,ketupat lemang,bihun singapore,keow teow goreng, mee udang,laksa..
 Makanan yang banyak ni,tak kan kami nak tengok saja, mestilah mau melantak sama.
Jemput makan~
Sementara menunggu tetamu datang, acaranya posing-posing sekejap.
Antara tetamu yang hadir, time ni pukul 1.00petang,hah time ni lah paling ramai 
orang,sampai tak menang tangan, nak jadikan cerita pinggan plastik pulak habis,
 memang mengelabah la dan time ni jugaklah boss besar turun. Semua dah tak berani
 angkat muka dah weii, keadaan kembali tenang selepas itu.
Alhamdulilah, walaupun keadaan kucar-kacir sebentar tadi,majlis tetap berakhir dengan 
baik, yelah kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menetukan, kepada para tetamu 
kami harap anda semua berpuas hati dengan majlis yang diadakan ini. 

Terima kasih,kerana sudi baca entry aku ni, keikhlasan aku menaip sangat terselah bukan??
okbai~

★Thankiss sebab bace★

Views

Keterujaan terhadap blog kian menurun

Assalammualaikum
Tajuk entry pada kali ini ialah KETERUJAAN TERHADAP BLOG KIAN MENURUN, apakah 
itu?? itu maknanya aku sudah tidak bernafsu terhadap blog ini buat sementara waktu,aku
 sendiri pun tak tahu apakah penyakit misteri yang aku alami sejak dua menjak nih, 
jangan katakan nak berBLOG WALKING, nak merangkak-rangkak pun aku tak berdaya. 
Adakala aku datang jugak menjenguk blog-blog yang lain, tapi hanya menjadi permerhati 
atau bahasa glamernya silent reader . Buat masa ini, takda lagi entry yang menarik untuk 
aku sajikan pada pengunjung blog ku ini, kalau ada yang berkunjung . Sementara waktu 
ni, aku masih lagi menjalani rawatan terapi dan memulihkan semangat dan megembalikan 
keterujaan terhadap blog ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan terus kan berjuang. 
fighting !!!

★Thankiss sebab bace★

Views

DAISO JAPAN BERHARI RAYA

Assalammualaikum..
Salam Syawal
Korang tahu tak pasal jenama Daiso Japan? sebuah kedai yang menjual barangan Japan, 
semua barang yang ada di kedai tersebut di import dari Japan tau. 
Terasa sangat membeli belah sambil berhari raya di Japan gitu..Opss, terlupa pulak nak 
nak beritahu lokasinya. Kalau untuk warga Pulau Pinang, korang mesti tahu 
Queensbay Mall kan?Hah,kedai tu terletak di tingkat 1 je, yang bestnya barangan dekat 
situ semuanya RM5 only. 
Queensbay Mall, dekat depan Mall ni ada laut ^^ angin bertiup sepoi-sepoi bahasa gitu.
Cik Eyra baru pergi 3x, hehe sebelum ni,memang tak tahu langsung pasal Daiso Japan ni, 
Cik Eyra dapat tahu dari rakan sekerja dia yang kasi information nie.

 Sibuk sangat datang ni,sebab nak beli pencuci muka Daison Japan. RM 5 jee, Sebelum ni 
beli online tapi mahal sikit lah, Cik Eyra guna pencuci ni sangat berkesan, lagi-lagi 
jenis kulit yg berjerawat & bermasalah
nie Charoal Mask dari Daiso Japan diperbuat dari arang, tapi stok belum sampai lah,so
 dapat beli pencuci muka je, takpe next time boleh pergi lagi :)
jom layan gambar Daiso Japan di Queensbay
 1*
 suasana shop Daiso Japan dari luar
 #

Macam-macam ada kat sini, memang rambang mata lah kalau pergi, sambil-sambil 
shopping, dieorang buka lagu-lagu Japan, pergi pulak dengan baju raya, Perghh..dah 
macam berhari raya dekat Japan dah..

*Selain Daiso Japan dekat Queensbay Mall,Penang dekat mana lagi yang ada Daiso Japan eyh?Kalau tahu boleh share dekat sini...

★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...