Views

Bukan Cinta Rupa Paras

ASSALAMMUALAIKUM

Ujian............Sekali lagi Allah kirimkan ujianNya.. Terkedu dapat berita tentang kemalanagan itu. Kali ini,perasaan lebih sebak,lebih gelisah,lebih celaru. Awan makin mendung,menandakan hujan mahu turun. Ya,benar ramalanku dalam beberapa minit saja, hujan turun dengan lebatnya, ribut petir,guruh berdentam-dentum dengan kuatnya mengambarkan perasaan ku yang sedang bergelora.. Macam mana anuar??

Nokia C3 berdering-dering,lantas aku mengapai telefon.. 'abg anuar macam mana?' ayat pertama keluar dari bibirku.. 'kami kat hospital ni,depa nak transfer dia ke hospital penang' tegas adiknya. 'Terukka?' aku membalas.. 'hm,darah keluar banyak,patah hidung,habis muka' balasnya gelisah.Aku hanya fikir tentang dia. Ya Allah,mampukah dia hadapi ujian ini. Dia baru je sembuh dari sakit apendiks, baru je lepas opearation, takkan lagi sekali?

Lepas berbuka puasa,aku bersolat Maghrib dan hujan diluar ada menunjukkan tanda-tanda ingin reda. Aku berkira-kira,mahu pergi melawatnya,sempat ke nak pergi nih,hospital Penang pulak tu' bisik hatiku . Sebaik saja selesai solat, aku dapat mesej dari adiknya 'kak,depa takbawa abg pi lagi,depa nak cek gigi dia dulu' . Pantas aku mendail nombor anuar. beberapa kali mendail,tujuan untuk tahu statusnya.Tapi hampa T__T, dia tidak menjawab. Aku terus berusaha menelefon adiknya pulak. 'Salam dayah,Confirm ke depa tak pi lagi?'.... 'hah,kak takbawa lagi,doktor nak cek gigi dulu'... Aku membalas 'awat akak call dia takjawab pun'... 'hm,macam mana nak jawab kak,muka kena bungkus' adik membalas.

Tanpa membuang masa aku terus bersiap,jarak rumah ke hospital hanya mengambil masa 5minit saja.Sebaik tiba di Hospital Daerah Sg.Bakap,aku terus menuju kearah ibunya 'Macam mana anuar makcik' .........'Ada kat dalam,takjadi bawa pi penang kot,operate kat sini ,darah keluaq banyak sangat,takut makcik tengok' Ibunya membalas. Aku faham situasi ibunya. Ibu mana tak gelisah melihat anaknya begitu,sedangkan aku sendiri pun tak tentu arah.

Sejam berlalu, pintu bilik rawatan kecemasan dibuka, tetapi doktor tak beri masuk ramai-ramai,aku memberi peluang kepada ahli keluaraganya untuk melawat terlebih dahulu,selesai mereka melawat,aku masuk bersama mama.Ayat pertama sebaik dia melihatku 'Lepas nih kena pakai topenglah'.... Aku membalas 'Buat apa, nanti elokla,jangan macam-macam'..Walupun nadaku sedikit tegas,tapi jauh disudut hati sangat tersentuh. Mungkin dia takut,aku takdapat terima dia berkeadaan seperti ini. Ya Allah, tak terlintas langsung aku. Aku sayang dia bukan sebab rupa. Cinta rupa paras takkan kekal. Cinta rupa paras Allah boleh tarik bila-bila masa saja dia mahu. Kun Fayakun kata Allah, sapa yang boleh melawan?

Sikapnya tetap tak berubah dari zaman study hingga dah bekerja,tetap fikir akan kotmimentnya,hal diri tak diutamakan. Sehinggakan aku sendiri makan hati dengan sikapnya itu. 'macam mana keja kat bank tu,dahla abg kena memangku keja akak tu,akak tu baru je bersalin,takda sapa nak buat'...aku membalas 'abg,takpayahla fikir keja,pandai-pandaila depa uruskan,fikirkan diri tu' .Dia hanya menganguk. Namun begitu, dia tak henti-henti bertanyakan soalan 'teruk tak muka', dan berkali-kali jugak aku membalas 'takk...sikit ja' ... 'Habis tu,abg dengar depa kata terukla,kena buat surgery lahh'........ 'ishh,taklaa mana ada apa-apa tu'........... Aku taktahu nak cakap apa lagi untuk redakan dia.

Hidung disebelah kanan patah,menampakkan sedikit kulit yang terkeluar lari kesebelah kiri. Tulang sebelah kanan patah,membuatkan hidungnya sedikit jatuh kebawah. Dibahagian bawah mata dan tepi mata sebelah kanan sedikit terguris . Sebaik aku melihat keadaan matanya,aku mengungucap panjang,mana takknya,hanya beberapa inci saja hampir terkena mata. Dia masih lagi bernasib baikkan??

Anggota lain hanya mengalami calar balar, yang teruk hanya dibahagian muka. Tak kisahla muka senget ke,hidung jatuh ke. Dia tetap orang yang sama,dia tetap insan yang aku cinta, takkan ada apa yang berubah.Semakin dekat dengan tarikh,semakin banyak dugaanNya. Aku hanya mahu dia sihat. Itu keutamaan,dan itu perlu difikirkan dulu,sebelum hal lain.

Bukan cinta rupa paras yang aku kejarkan, tapi hati budi. Peribadinya yang membuatkan aku terus terpaut,sifatnya yang menghormati orang tua,sifatnya yang tidak suka bercerita atau mendengar perihal keburukkan orang lain,setiap kali aku menguntuk orang,aku pulak dimarahi,yelah kekadang tujuan kita nak menggandu je,lepas dah habis cerita,dia takbagi ulang-ulang dah,setiap kali aku cerita,dia hanya mendengar. Takda nak tokok-tokok tambah dah ,sebaliknya memberi nasihat kepadaku untuk berbaik .Prinsipnya 'Kalau kita taksuka orang mengata kita macam tu,kita jangan cakap pasal orang' Haiyaa mulut perempuankan memang macam tu...Dia cukup pantang kalau aku cakap 'tengah gosip nih',tak pasal-pasal kena marah. Perasaan selamat apabila disampingnya .Itulah kasih sebenar yang tak dapat dilunturkan.

P/s : Seyesly, entry kali ni sedikit emosi...........


Taksangup tengok orang yang kita sayang jadi macam nie kan? memang rasa macam nak katok-katok je si pemandu yang bikin orang jadi macam nie..



★Thankiss sebab bace★

Views

Kome Nak Tak?!! My 2013 # Give Away...

ASSALAMMUALAIKUM

Hye korang , Jom join segemen nih..



Syarat pernyertaan mudah jee.. Sila klik Sini ..Segmen GA ini dibuat oleh blogger kuazue mohd
First time tengok Couple duckling & mini Awul .Teruss jerit nakkkkkkkkkkkkkk........

Hei, apa tunggu lagi jom lah join. Kasik ramai baru meriah..



★Thankiss sebab bace★

Views

Nasi Mandy di Restoran Qasar Hadramawt

ASSALAMMUALAIKUM

Selamat berhujung minggu semua..
Hehehehe... Dah boley agakkan entry kali nih nak story tentang apa... Tirai 2013 dimeriahkan dengan cerita pasal makan je.. taksesuai betul dengan azam 2013 iaitu menurunkan berat badan dengan tekunnya.BTW last year,aku dah turun sebanyak 6kg tau. Okayh saja nak gitau sebenarnay aku dah kurus...HEHEHEHE kali nih,aku nak bawa korang semua merasa makanan ala-ala arabic style gitu.

Dekat mana nak dapat?hah dekat sinilah di Restoran Qasar Hardramawt . Restoran ini terletak di jalan perda,Bukit Mertajam belakang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) jee.. Sekawasan dengan Restoran Kapitan. Tapi untuk last week my family telah memilih Restoran Qasar Hardramawt sebagai lokasi makan tengah hari, Memang semata-mata datang sini untuk lunch . Waktu operasi tengah hari sampai malam tau.

Inilah menu untuk tengah hari kami, Nasi Mandy Chicken, sesiapa taksuka ayam boleh tukar kepada Nasi Mandy Lamb,Beras yang digunakan untuk memasak Nasi Mandy ini ialah beras basmathi ala beras yang 'woo..sungguh panjang ini beras....' Hehehehe. Amacam banyak tak? kami oder dalam kuantiti 1kg nasi tau.. Gedabakk. Ayam seekor. Sesuai dimakan untuk 5-6 orang tau. Kalau datang setakat 2 orang,janganlah oder 1kg,itu mencari naahass namanya,1kg nasi nih pun kiteorang siap boleh tambah 2,3pinggan lagi.. Nak oder untuk seorang makan pun boley. Terpuluang kepada ketahanan perut koranglah.Harga untuk 1kg nasi mandy RM 55.00

Kuah ini disertakan bersama dengan Nasi Mandy. Disebabkan kami semua gila pedas,kuah disertakan ini takberapa nak kicklah jadi terpaksa minta refil dari pelayan kedai.
Ehh korang perasan tak ada bekas dekat tengah-tengah pinggan besar tu?Hah dalam bekas itulah Falsha Lamb. Takdapat nak tunjuk rupanya dekat korang sebab aku dah telan.hehehe. Sebelah kanan ada cawan kecil kan,dalam cawan tu ada air carrot susu,kami oder 1jug air terus,jadi saranan aku jika korang nak makan nasi mandy,boleh jaa nak oder 1jug lagi jimat boleh minum ramai-ramai tapi jangan order carrot susu tau sebab cepat muak,dekat sini ada jus kurma, dah oder carrot susu baru terperasan ada jus kurma,tapi apakan daya nasi telah menjadi bubur,Hewhewhew..Telan tetap telan..Woww baru sedar dah lama takbuat Kurma Milk Shake

Baiklah dekat bawah ini,aku ada sediakan beberapa keping gambar untuk santapan korang,btw gambar ini bukan koleksi peribadi aku,aku pun mintak dari pakcik google jugak.Saja nak bagi meriah entry jee.hehehe.Tapi gambar dekat bawah ini betul-betul wujud tau dekat Restoran Qasar Hardramawt .

 Ruang makan
 Menu
 Buku Menu

 Bill
Nice decoration

★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...