Views

Telinga berdesing. Ngiiiiiinggggggg

ASSALAMMUALAIKUM

Salam sayang semua.. Nak tanya ni,pernah tak korang rasa telinga tetiba berdensing? berdengung??macam ni --> ngiiiiiiiiiiiiingggggggggggg. Hoi . Bisingnya..

Sebelum ni 2,3 hari lepas hal ni terjadi kat aku. Aku biar je, aku fikir takda apa-apa kot, then siang tadi jadi lagi dan malam ni perkara yang sama berulang lagi.. Kerap sangat telinga ni ngiiiiiiiinggggggggggggg ... Kebetulan aku tengah online, so aku terus Google ... Nah, belambak keluar mengenai isu ini. Rupanya banyak sebab kenapa telinga kita berdensing ya tuan tuan dan puan puan ...

Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa berdensing telinganya hendaklah ia mengingatiku dan bershalawatlah kepadaku. Selepas itu berzikir dengan zikir " Dzakarallahu Man Dzakarni Bi Khair" Riwayat Ibnu Sunni

Dalam kitab Al' Azizi 'Ala Jami'ish Shaghir pun ada sebut tentang hadis ni. Rupanya baginda nak supaya kita sentiasa mengingatinya dan bershalawat kemudian berdoa Dzakarallahu Man Dzakarni Bi Khair yang bermaksud Allah mengingatkan orang yang mengingati ku dengan kebaikan.Ada juga berpendapat bahawa telinga berdensing kerana gugurnya daun yang melambangkan roh manusia di Luh Mahfuz . Telinga berdensing apabila ada daun yang lain gugur, tandanya ada orang meninggal dan daun yang gugur itu terkena daun kita . ermm, yeke ?

Manakala, Imam Al-Manawi pulak berkata, "Sesunggahnya telinga itu berdengung ketika datang berita baik ke roh, iaitu  Rasulullah SAW telah menyebut nama orang tersebut dengan kebaikan pada al malail 'ala (kumpulan tertinggi ) di alam roh.
Selain itu, ada jugak berpendapat bahawa syaitan sedang membisikkan perkara yang buruk di telinga kita.Ada pulak yang kata benda itu sixth sense.Dari segi perubatan, benda ini dinamakan tinnitus

Wallahualam . Sekadar perkongsian sampingan sahaja . Namun begitu, banyak-banyakkan bershalawat dan mengingati baginda Rasulullah SAW . Sebagai umat baginda, memang kita diajar dan disuruh untuk sentiasa bershalawat ke atas baginda . Banyak kelebihannya . Pesanan buat aku sendiri,yang sering alpa dengan duniawi semata-mata.

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui apa itu TINNITUS atau apa puncanya Sila Klik SINI ..





p/s : Mood aku 2,3 menjak ni memang Swings pun, Stress in my life? jangan nak tipu,kata takda.Memang 99% stress di tempat keja . Berurusan dengan orang yang tau nak melenting saja. Hoii. kau ingat kau sorang je tahu marah? kau sorang je bagus? what the fish .........Ok sekian,luahan perasaan...

★Thankiss sebab bace★

Views

Ole-ole From JaaKechik

ASSALAMMUALAIKUM

Dah lama,tak huppdate.. maka menjadi haapakkk...happrakk.. Opss jaga-jaga ada yang memerhati..Hahaha..Siapa?? anda lah. Ok. Stop. Taklawak.

Weiiii, mai lekaih..nak habaq kat hampa ni...Cek dapat nie..

*
*
*
*
*

 From jaakechik .
Tq darling... terharu sangat uolss,ekceli abgposmen dah hantar isnin(26/02/13),Btw aku yang belum sempat nak storymory.. Sibuk bak ibu beranak 10.. T_T. Maafkanlah beliau. Taksangka dapat ole-ole from jaakechick, disebabkan faktor Pengomen Setia Jaakechik. Ternyata jaa sangat pandai menghargai pengunjung di blognya. Aku pun suka benar bertengek ke blog Jaa. Suka baca entry-entry yang disajikannya. Mungkin sifat jaa yang taksombong dan mesra, membuatkan aku begitu selesa mengular ke blog beliau.Ececeh..
Kalau korang perasan,bunga matahari yang comel tu.aku dah lekat dekat petisejuk.heheh.2tahun kebelangkangan ni,aku suka benar mengumpul pelekat petisejuk,seperti yang anda lihat di atas.Baru berjinak-jinak dengan hobi baru. Tq jaa,sudi menambahkan lagi koleksi Petisejuk ibu ku.Heheh
Comel kan? Kita zoomer dekat ni. Khas untuk anda ingin memerhati.kikikiki..
Hadiah yang lagi 1, aku nak tarok kerongsang yang comel-comel kepunyaan aku,Senang dibawa ketika merantau di rantau abang, Ok.takda kena mengena dengan rantau abang dan merantau..

Sekian.
Jom Serbu ke Blog Jaakechik


★Thankiss sebab bace★

Views

Hadiah untuk 3February

ASSALAMMUALAIKUM

Boleh dikatakan entry ini,sambungan dari entry INI ... hamikk kau!kalau taknampak jugak,tak tahulah aku... hahaha
 Wooo..dapat hadiah .. 

Daripada siapa? *blushing* . hihihi Agak teruja, sejujurnya aku tak mengharapkan hadiah harijadi pun tahun ini daripada dia,yang aku harapkan agar dia sihat .. itu jee aku nak.Tetiba je dapat, eksited laa jugakkan. Yang sebenar pada mulanya kita tak mengharap pun. T_T
 Kotak hp? apalah yang dia letak dalam kotak nie yee.. Ehh,kejap.. betul ke nih?

Ehh,betul lah ada hp? hahaha.. motiff ?? Okayh . walaupun hp ni taklah seberapa, just basic hp je lah senang cita, tapi aku tahu motif dia kasi hadiah ni , sebab dia tahu awek dia nih kedekuttaikidungmasin*

Terus aku gapai hp aku ,,tengok? siap ikat getah lagi..dekat tepi sebelah kanan cover pun dah pecah-pecah  wuhuhu . Selekeh tol awek kau nih yopp.. hahaha .Opss inilah namanya jimat, ciri-ciri inilah harus ada kalau nak carik bini, pandai jaga duit belanja, Ceroh masa depan kau ! hehehhe
So dah dapat motiffnya kan? ekceli,kiteorang guna dua sims , 1 untuk maxis , 1 untuk celcom .. Hp yang ikat getah ni, aku guna untuk sims celcom . Now takyah la ,guna hp ikat getah dah untuk celcom.. hahaha. Hp yang ikat getah tuh pun dia yang kasi, dah lama dah masa tahun 2006 kowt taksilap ,masa 2006 hp tuh memang tiptop laa,zaman sekarang ni hp nih jd tiptapteko jee. Budak-budak zaman sekarang ni ipad, htc, galaksi note,samson samsung dieorang layan lah ....
★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...