Views

Tuhan jagakan dia

ASSALAMMUALAIKUM
Sambungan daripada entry new family. Seperti yang digembar-gemburkan oleh aku sendiri 
mengenai majlis perkhwinan sepupuku pada 10/11/12 (belah perempuan) dan 
17/11/12 (belah lelaki) .Dalam kemeriahan majlis itu tersimpan satu cerita.

16/11/12 di pagi Jumaat sehari sebelum majlis perkhwinan sepupuku berlangsung.Entah 
kenapa aku berasa tidak sedap hati pada pagi itu,sesekali aku menjeling kearah telefon 
bimbit yangterletak disisiku. 'Mana dia ni,selalu time nih mesti dh msg.Ishh sibuk 
sangat kee' Aku seperti takpuas hati kerana dia belum menghubungiku. Tetapi lama 
kelamaan,perasaan tidak senang itu terus menjolak hati kecilku.Lantas aku mendail
 nombor 01********Aku mendengar suaranya yg lemah dihujung talian. Dia mengadu 
sakit perut yang teramat. Aku mensyaki dia hanya tersalah makan saja.Tapi sebelum 
mematikan talian aku menasihati dia supaya berjumpa doktor untuk mengambil MC dan
 seterusnya berehat dirumah.

Jam 10.30pagi- dia menghubungiku lantas memberitahuku,dia sudah pun ke klinik,tetapi 
doktor di klinik tersebut memberi surat untuk dia membuat checkup terus ke hospital. 
ahh apa pulak nie.Bisik hati kecil ku.Sampai je dihospital doktor nak cek air kencing dan 
darah.Sementara menuggu keputusan doktor,aku sempat menghubunginya untuk
 mengetahui perkembangannya.Daripada perbualan aku dan dia tadi,aku dah dapat 
mengangak sakit perut yang dia alami itu bukanlah disebabkan tersalah makan.
Ini bukan sakit perut biasa.Yaa ini bukan sakit perut biasa! Tapi siapakah aku
untuk menyatakan sedemikian sebelum keputusan doktor yang menSAHkan.Aku bukanlah 
pelajar perubatan,tapi sedikit sebanyak aku ada terbaca mengenai appendicities atau 
dalam bahasa melayunya apendiks.

Memang tepat jangkaanku.Doktor sudah pun mengeluarkan keputusan.Kelu aku seketika.
Mujurlah pada waktu itu dia tidak sendirian,dia bersama ibunya.Daripada hospital 
kerajaan dia di transfer kan ke hospital swasta
Dia ditempatkan di KPJ,Bukit Mertajam (sumber google)
Disebabkan pada hari itu aku masih lagi bekerja,aku tidak dapat menemaninya.Tapi aku berjanji lepas kerja aku akan bergegas ke sana. Doktor memberitahu akan melakukan pembedahan ke atasnya pada pukul 9malam ini.

Sebaik habis waktu kerja aku terus bergegas pulang.Mandi untuk bersiap ke KPJ,sebelum itu aku sudah memberitahu mama mengenai keadaan beliau.Mama mahu menemaniku ke sana.

Tiba disana pada pukul 7.20malam.Dia telah bersiap sedia diatas weelchair untuk dibawa kebilik pembedahan. "ehh,kata pukul 9malam,sekarang baru pukul berapa?"

Yaa!.memang pada mulanya pembedahan akan dilakukan pada jam 9malam ni.Tetapi disebabkan dia mengalami demam,doktor mahu cepatkan waktu pembedahan. Mujurlah aku sempat berjumpa dengan dia.

Aku mengikutinya hingga ke bilik pembedahan.Aku hanya mampu melihat.Seluruh tubuhku terasa mengeletar.Selepas menghantarnya ke pintu bilik pembedahan aku menemani ibunya untuk solat maghrib terlebih dahulu. Selesai solat maghrib ibunya terus membacakan yassin.Kebetulaan aku,mama dan adik perempuannya pada waktu itu berada dalam uzur.Kami hanya mampu duduk dan berdoa.Sesekali aku mengintai kearah bilik pembedahan. Sepi.

9.15malam, aku menunggu di depan pintu bilik pembedahan.Akhirnya pintu terbuka.Aku melihat dia diusung diatas katil untuk ke wad Lavender .Tapi dia masih dalam keadaan tidak sedar.

Aku merenungnya dihujung katil.Dia berada dalam keadaan separa sedar.Apakan daya,aku tidak dapat menunggu lebih lama,kerana keesokan harinya ,majlis perkhwinan sepupuku akan berlangsung.Aku harus pergi sekarang,kerumah atok untuk membantu mereka membuat persiapan.Sebelum pulang,aku memangil namanya dan mengatakan mahu pulang.Dia hanya menganguk lemah.Selesai bersalam dengan ibu dan adiknya.Kami beredar.

17/11/12-Keesokkannya majlis berlangsung,aku diminta untuk menjadi pengapit kepada penggantin perempuan.Sepanjang majlis berlangsung aku hanya mampu tersenyum dibibir.Hati tidak!Sesekali aku memandang jam.Alhamdulilah..majlis berjalan dengan lancar.


Selesai majlis aku terus bergegas ke KPJ,aku telah menyatakan hasratku untuk menemani ibunya menjaga dia pada malam ini.Keadaannya masih lagi lemah.Yang membimbangkan kami,demamnya masih belum surut.Perutnya kelihatan kembung.Mungkin angin.Selepas pembedahan memang tidak dibenarkan makan,hanya dibolehkan minum air masak jee.Setelah memberi air suam kepadanya.dia bersendawa beberapa kali.Angin perut sebab tak makan.

18/11/12-Aku hanya dapat menjaga dia 1 malam sahaja,aku harus pulang kerana aku perlu bekerja pada keesokkan harinya.Keadaannya makin elok daripada semalam cuma demam je belum surut.kekadang tinggi kekadang menurun.

19/11/12 isnin. Taksabar menuggu waktu habis kerja.taksabar nak pergi melawat dia.Aku mahu melihat keadaannya. Hari ini,lebih baik dari semalam.dia dibenarkan minum milo tapi masih belum dibenarkan makan.

20/11/12 selasa.10.30pagi. Aku dihubungi olehnya.dia kata doktor dah benarkan dia makan Moi (bubur nasi) aku gembira mendengarnya.Aku berharap dia dapat keluar KPJ segera.Yaa itu yang aku mahu!

21/11/12 rabu. Waktu yang aku nantikan.Dia dah dibenarkan.Ya Allah syukur..
Sekarang ini,dia dah ada kat rumah.Tapi masih lagi dalam keadaan berpantang.Demam dah surut.Dah boleh bangun sendiri tapi perlahan-lahan.Tidak 100% pulih.tapi aku mengharapkan perkembangan yang positif hari demi hari. 28/11/12 (rabu) dia akan ke KPJ semula untuk rawatan susulan.

~Ya Allah.berilah nikmat kesihatan kepada kami~











★Thankiss sebab bace★

7 budak busyuk:

.::: Princess MOMOY :::. said...

rasa sedih baca entry dear
sbb pernah alami dulu semasa arwah tunang dulu
sabar ye dear
ini ujian untuk hambaNYA

Cik Eyra said...

@.::: Princess MOMOY :::.
arwah tunang sakit ni jgk ke?
pedih bila tgk org yg kita syg sakitkan..:"(

Aimacomel said...

moga beliau sihat & tak apa2.. lepas ni awak kena pantau pemakanan dia tau. bahaya apendiks ni kalau tak diambil tindakan awal..

Cik Eyra said...

@baby comel
insyAllah..sy akan lakukan yg terbaek utk dia,supaya cpt smbuh :)
terimakasih :)

jaakechik said...

sedih baca entry cik eyra kali ni, berderau bulu roma pon ye gak. teringat masa jaa kena operate perut dulu. hhuhu. btw, moga dia cepat sembuh ya.... sabar ya cik eyra...

jaakechik said...

hari ni mcm mna? si dia btambah ok dah ker?

Cik Eyra said...

@jaakechik
jaa operate perut knp?sakit jugak ke? erm,arni alhmdulilah.mak dia kta.dia dh lalu makan sikit.lega dgr..harap stp hari lebih baik dr kelmarin dan kelmarin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...