Views

Bercuti di Suria Appartment & Bukit Merah Laketown PART 2

Huhuhu...sejam lebih dok cangak depan laptop dgn harapan nak edit blog,semangat je baca tutor, TAPI hampehhh, memang betul org kata,kalau nk edit blog nih,harus tenang,,gopoh-gopoh mesti tak menjadi..
Dasyat jugak nak menuntut ilmu blog nih kan..
takpelah jom teruskan dengan entry 
Bercuti Di Suria Appartment & Bukit Merah Laketown Resort PART II
cehh,macam drama TV lak,ada part2 gitu..okayh selepas penat dengan aktiviti seharian,malam tuh memang tidur tak hingat lah,pagi tuh  bagun solat subuh,lepas tuh Bumm (tidur) balik,sedar-sedar dah pukul 9.30, so nak tak nak,kiteorang breakfast makan roti dengan tuna + mayonis je bersama dengan minuman 3 in 1,Thankz mama sebab bawakan untuk kiteorang,hehehe.Selesai breakfast,adik-adikku pun mulakan aktiviti mereka yg pertama dengan

 mandi manda dekat bawah tuh haa, aku sokodeng dari atas je,malas nk turun,sejukkkkk ramai orang sangat.
Lepas selesai mandi manda,kiteorang pun check-out pada pukul 12pm, disebabkan pagi makan roti je,time lunch kami belasah cukup-cukup...yummmm
Tadaa,dah sampai Waterpark,memang ramailah time ni, sampai takda parking,so terpaksa parking jauh sikit,bersyukur nasib ada parking jugak.
Elok-elok sampai dah pukul 1.30petang,jadi Abah pun buat pembayaran dekat kaunter. DEWASA RM29.00,KANAK-KANAK takpasti pulak,sebab kiteorang semua dah dewasa jadi buat pembayaran untuk dewasa sahaja,lupa nak pandang untuk bayaran kanak-kanak hmmm,sebelum berpoya-poya lebih kat dalam tuh,kiteorang solat Zohor dulu dekat Surau yg telah disediakan,dah selesai perkara wajib kami pun memulakan pesta air,Tetapi secara jujurnya melalui pandangan peribadi aku,Taman Tema air nih,dah tak seGah dulu,biase-biase je,seingat aku,dulu lagi best,dengan adanya warna-warna yg ceria,maybe dah lama beroperasi so cat pun mula luntur,tapi pihak yg bertanggunjawab kenalah buat sesuatu untuk menceriakan dan perlu lebih menitikberatkan kebersihan Taman Tema nih,bagi pengunjung yg first time datang mesti rasa macam 'alahaaiiii'.

 Antara aktiviti yang ada, seperti gambar di atas,Paintball,melawat ke Pulau Orang Hutan,berkayak,bagi makan itik,memancing dan lain-lain.
 aktiviti kegemaran adikku,
 gaya maw adaaaa
photography corner ...


okayh,sampai di sini,nak balik dah.Esok start kerja & sekolah



★Thankiss sebab bace★

Views

Bercuti di Suria Appartment & Bukit Merah Laketown PART 1

Hari ke hari,masa ke masa,membilang hari je...bilalah aku nk post entry nih.Lama-lama tapuk jadi basi kang,semangat yang berkorbar-kobar ketika dahulu mula luntur sikit demi sedikit,dah la keadaan kesihatan pun takmengizinkan,tp atas permintaan,aku gagahi jgk lah,caitt bajett org nak baca.Acuatly tak kisah pun ada org nak baca ke tak,yang penting my blog ni dijadikan sebagai kenangan dan kisah hidupku dan boleh dijadikan sebagai rujukan kepada anak-anak serta cucu cicitku untuk mengetahui kisah hidupku di saat muda remaja..hahaha, jauhnya pergi.

9/6/2012, today my mom besday tau. Kebetulan jatuh pada hari sabtu dan jugak minggu cuti sekolah.Apa lagi jejalanlah jawabnya.Kali nih plan nak bercuti di Bukit Merah,Laketown Resort,Perak.Adik aku yang bongsu tuh la paling excited,seminggu dah siap paking.Semangat kau adik.Pergi sekolah xda pon semangat macam tuh...Tengok gambar di atas,inilah kekurangan kereta Unser,baru letak 2,3 beg dah full.kena beli lori lah macam nih.
tapi setiap kekurangan tuh,mesti ada kebaikkannya,bahagian penumpang memang luas lah,nak bawa 1 pasukan bola sepak pun muat.


Perjalanan yang memakan masa selama 2jam telah membawa kami ke sini.Kami telah memilih Suria Apartment untuk kami sekeluarga bermalam.Tempat ini memang terbaik promote sikit sebab mempunyai pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh pengunjung seperti gym,sauna,swimming pool,mesin urut,mesin game dan banyak lagi.
 jom jom..masuk jom
 sila check-in dulu
 opss,terjumpa poster nih dekat kaunter mama berurusan semasa nak check-in bilik,
macam bestkan ada spa,tapi spa ni bukan dekat Suria Appartment taw,ia dekat dalam Laketown sebelum nak masuk waterpark.
 Ini bilik yang kitaorang bermalam.
Abah ambil 2 bilik berkembar yang boleh buka pintu tengah tuh,
sebab memudahkan kitaorang nak ulang alik dan buat macam rumah sendiri.
view dari bilik kiteorang,betul-betul depan swimming pool,
nak terus terjun dari koridor nih pun boleh :)

 Memandangkan jam pun dah menunjukkan pukul 4petang,
perut pun memendang-nendang mintak penampar 
di isi...

Tengah tengok-tengok nak pekena apa..Sekali tengok harga..
Wooo, okaylah,.makan nasi lemak jelah :)

Lepas dah kenyang makan,tiba masa nak ke gym pulak.Masuk FREE je,yang penting kena memenuhi segala peraturan pemakaian seperti baju yang sesuai,seluar dan penggunaan kasut sukan sahaja dibenarkan...

 sikurus kering 2 orang nih,xtahu tgh buat apa...

 Kelengkapan yang ada di gym

Usaha bro..usaha...

 sape cakap aku tak kuat..haiiyrkkk

 nampak MACAM dah slim sikit..hahaha

Setelah puas berpesta di gym kami beralih kepada acara swimming pulak
mandi manda yaahhooo
Seterusnya matahari melabuhkan tirainya dgn mengantikan bulan,cewah ayat..Perut yang di isi tadi dah mula kosong, so masuk bilik mandi,solat dan yummy yummy...

 Sate..saya mesti pilih iklan bank rakyat


 Ayam masak merah

 ikan siakap masak sweet sour

 kangkung goreng belacan

 Sup ekor,,,alamak lupa nak snap gambar Tomyam campur

 Dah selesai makan,takkan nak bumm (tidor) teruskan,jejalan dulu dekat Laketown, sambil shopping,cuci mata dulu. Apa apa pun sempat lagi pekena karoke jamban,hahah

on da way ke bilik terjumpa mesin urut ini,so apa lagi ambil RM1.00, masukkan kat dalam tuh..perggh best gila,segela urut belikat yang tersimpul nih di betulkan.Kena beli 1 nih.
OKAYH, disebabkan terlampau panjang sangat entry kali ini,will be countinue.
See you on the next entry,,,
Assalammualaikum


★Thankiss sebab bace★

Views

Saya dan blogger card

Waaaa,
terpaksa meraba-raba di dalam kegelapan dengan tegarnya aku menekan-nekan setiap button komputer.Yaa taksangka aku sangat tegar mengUPDATE ENTRY dalam gelap gulita seperti ini.Bukan sebab kitaorang berhutang dengan TNB,ini disebabkan rumah ini,diserang hendap oleh kekatu sejenis binatang yang keluar selepas hujan . Oleh itu,dengan penuh bergayanya kami melancarkan perang dengan sanak-saudaranya dengan menutup semua suis lampu untuk beberapa seketika..Nahh hamikk kau !
entry pada kali nie,just nak beritahu...
aku menang
wahh,first time dapat sangat teruja...hakhakk tQ pada Fiqah

cantikkkk sangat...yang penting aku sangggattt suka....



★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...