Views

Lagi 2minggu nak kahwin..yeahhh

ASSALAMMUALAIKUM
Arghhh..rindunya dekat blog nie...kenapalah lama sangat aku menyepi?aku tak hilang ke mana pun..masih lagi menumpang di bumi Allah ni..masih lagi menghirup udara yang Allah pinjamkan..
Alhamdulilah...lagi 2minggu aku akan bergelar "puan" hehehe...cepat betul masa berlalu..semua persiapan berjalan dengan lancar..syukur sangat,walaupun ada beberapa planning kami yang takmenjadi,contohnya tempat untuk majlis persandingan..pada mulanya nak buat kat dewan,tapi dewan full,aish ramai pulak yang nak buat majlis raya cina ni kan...nak tak nak,buat majlis kat rumahlah..mula-mula tu terkilan juga..take time jugalah nak terima..aicheh over aih..hahaha..dah aku memang gitu,bila dah plan,aku akan set dalam kepala otak,so bila plan takjadi aku mulalah nak bebai,sebabnya aku dah set dalam minda,mungkin sebab tu jugak encik tunang dari zaman bercinta sampai sekarang tak berani nak janji apa-apa dengan aku,kalau tak jadi memang bebai ooo...kesiankan..tapi sejak nak kahwin ni aku dah matang sikitt..sikitlahh...tangan ke bahu,mata ke atas..Ouhh yee..tenkiu kepada peminat setia blog ni,yang sentiasa tertunggu-tunggu bilalah aku nak upadate..hahah taksangka blog yang suam-suamku ni,ada peminat setia wehy...

Upadate terkini :
1. Kursus kahwin (done)
2. Prosedur perkahwinan di pejabat agama jawi (done) termasuk interview dengan ustaz sekali
3. Baju akad nikah (done)
4. Butik Penggantin (done)
5. Photographer (done)
6. Dj (done)
7. Gift (done)
8. Hantaran (done)
Erm...rasanya yang ini jee lah...Ya Allah permudahkanlah segala urusanku..lancarkanlah majlis kami seperti mana yang kami rancangkan...amin~


Okayh-okayh nak iklan sikit :-

saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR anda No Id:1084306,saya berada di sekitar Nibong Tebal,Jawi,Sg Bakap & Kulim.. Kepada yg berminat sila pm saya di facebook atau just wasap je di 017-5548464 dan boleh jugak email di nadzirahvitaminshaklee@yahoo.com
saya akan berikan tawaran istimewa kpd my customer iaitu:-
1) saya akan guide anda cara makan vitamin Shaklee 
2) Boleh bertanya @ menghubungi saya pada bila-bila masa(24jam)
3) Sentiasa update dgn anda jika Shaklee buat promosi harga runtuh


Nadvitaminshakleeshop <--- tolong like mypages yee kawan-kawan

untuk dapatkan harga kasih sayang,pm/wasap kat 017-5548464,atau boleh email di nadzirahvitaminshaklee@yahoo.com

terimakasih :)












★Thankiss sebab bace★

Views

Perkahwinan. Coming soon !

ASSALAMMUALAIKUM

Hoii. Cepatnya masa berdetik rasanya baru kelmarin aku BERTUNANG . Tup tup nak kena uruskan persiapan nak kahwin. Giler tak suka. Opkos laa gumbiraa tersangat . Pening pun ada, bercampur pulak dengan kerja kat ofis yang berlambak . Nak memikir itu ini.. arghh rilekss.. tarik nafas dalam-dalam,hembuss.. Kami ada masa 3bulan je lagi nak uruskan semua ni,.Ya Allah permudahkanlah segalanya.

For the first step dah settle dengan menghadiri kursus perkahwinan,kami pergi kursus sebelum puasa hari tu lagi,sijil pun dah dapat :) . Second bertunang pada 17/08/2013 dan for the next step, after raya haji nak booking dewan,untuk belah laki dieorang kena booking khemah sebab nak buat kenduri kat rumah,katering, butik penggantin . Awal bulan 11 nak buat HIV test, prosuder perkahwinan, baju akad nikah (kuning cair/ putih) belum decide, en tunang nak sangat warna putih, tapi aku nak warna lain selain putih . Kad jemputan,banner,photographer.Nampaknya bulan 11 nih banyak kerja nak kena buat. Kepada my blog,maaf lah kerana terpaksa men-anak tirikan kamu.Mak nak kahwin nak,tak sempat nak belai kau nak.Bulan 12 nak cari barang hantaran,gift dan kena pastikan 90 % siap.

Ya Allah.. apa yang kami rancang ni harap berjalan dengan lancarlah. Ekceli tak sabar nak try baju pengantin after raya haji nih, wahai badan tolonglah jangan gemok.

Berkenanlah baju pengantin kain songket macam ni, last week pergi servey butik pengantin dekat butik tu ada baju macam ni,first time tengok dah suka, dalam dok belek-belek baju ni, mak andam gitau "hah ni lah design baju kahwin apek dan leuniey" ehh seyesly? tak tahu pulak aku. hahaha..Mak andam suggestkan kat kami kalau untuk majlis di dewan iaitu sebelah perempuan, penggantin lelaki elok pakai kort..

Manakala untuk majlis di sebelah lelaki, di suggestkan memakai pakaian tradisional macam baju apek dan leuniey tuu. Okayh kami setuju jugak dengan cadangan beliau, dan en.tunang jugak memberi lampu hijau untuk aku memilih baju kahwin untuk kedua majlis mengikut citarasaku.. Wahh bonuss untukku.... tapi boleh percaya ke??takpa kita tunggu dan lihat...hihihi

p/s : pls comment atau cadangkan apa yang patut untuk kami..betul ke kami punya perancangan ni,atau ada yang kami terlepas pandang. Harap uols dapat membantu :)



★Thankiss sebab bace★

Views

R&R RTC "Satu hentian,pelbagai perkhidmatan"

 ASSALAMMUALAIKUM

Alhamdulilah,selesailah sudah Majlis Konvokesyen My brother , Kami lajak tidur satu malam lagi dekat Putrajaya,nasib baik tumpang rumah sedara boleh la jugak mengada-ngada kejap nak balik kejap tak nak kan..Itulah kepentingan silaturahim ye adik-adik.

Disebabkan nak menghantar si Hisyam yang baru lepas konvo tu ke Gombak, memang kena keluar awal pagi lah,takut jem,kebetulan today is tuesday,my sedara memang confirm lah nak kena keluar pergi kerja,kiteorang pun tak nak susahkan dieorang,so jom lah kita bergegas keluar menghirup udara pagi di Putrajaya yahooo.... nanak lagi Hisyam ada kelas pukul 11pagi nih. Lepas je,breakfast nasi lemak dan roti tisu cicah susu manis dekat kedai mamak area Putrajaya,kami terus on da way ke Gombak.syok gak makan santai pagi-pagi sambil memandang sinis kepada mereka yang tergopoh-gapah pergi kerja.bhahah

Dah selesai segala macam,kami terus lah pulang ke Pulau Pinang, semasa dalam perjalanan pulang,kami terperasan satu R&R ni.. R&R RTC, ehh tak pernah nampak pun sebelum ni, rasanya R&R baru ni...R&R ni dekat area Gopeng, satu hentian rehat yang menghubungkan lebuhraya utara-selatan(PLUS) dengan pusat transformasi luar bandar. R&R RTC di bina bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai khsusnya pengguna lebuhraya untuk berhenti berehat dan bersantai.

RTC atau nama dalam kad pengenalannya rural transformasi central ni dibina dikawasan seluas 3.2 hektar iaitu kira-kira 500 meter dari RTC dan bersebelahan PLUS. Memang besar gila tempat ni,siap ada supermarket Mydin lagi,dalam Mydin ada First Lady,kedai emas wah chan,kedai cermin mata,kedai henset..ish3 bayangkan lah, pasar basah pun ada,rasa-rasa nak beli sotong,ikan,ayam ke hah boleh lah singgah,balik nanti boleh terus masak..Memang sesuai dengan punchlinenya "satu hentian,pelbagai perkhidmatan"


Tandas memang glamor lah cakap lu,ada label gambar dekat setiap pintu masuk tandas,so tak payah lah nak terhendap-hendap "eh,jamban duduk ke cangkung ek" tengok je dekat pintu tu sebelum nak membuang hajat. Surau yang sangat selesa memang berbeza daripada R&R yang lain.

Menu dekat sini,macam best-best jugak,tapi yang tak best bila aku nak order "maaf dik,tak ada"... ehh wakluu, kalau takda,tak payah lah letak dalam menu,ni sampai dua tiga menu takda,hangin jugak, nasib baik i bukan pregnet, kalau tak mau meleleh gak air liur anak aku..ehhh jaohnya berangan..Takpa lah,aku maafkan,hentian ni pun baru lagi,mungkin dieorang nak tengok macam mana sambutan pelanggan..think positif,think positif..


 Jom layan gambar, dah tak tahu nak membebel apa..








p/s: apa macam,best tak? lenguh kaki jugak nak ronda-ronda ni...













★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...