Views

Throwback 17-08-2013

ASSALAMMUALAIKUM

Selamat Hari Malaysia yang ke 50.Apa itu hari Malaysia?? Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan perseketuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963 . Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu,Borneo Utara(kini Sabah),Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Okayh sedikit intro dan sedikit sebanyak tentang Hari Malaysia,untuk info lebih jelas silalah google sendiri atau klik je kat  SINI ... Hari Malaysia nih sama penting juga tau dengan Hari Merdeka yang disambut setiap tahun pada 31 ogos. So kepada semua calon SPM sila ingat betul-betul,mana tau kang ada soalan macam gini,tak leh jawab malu satuu kampung weiiii....

************************************************
Today dah 17-09-2013, that's mean dah sebulan aku bergelar tunangan orang..hihihi..how feel?? hmm,best kot..hahaha..Ishh,dah sebulan baru nak hupdate??teruk betoi bak hang...
Kami memilih 17-08-2013 bersamaan 10 Syawal sebagai tarikh mengikati tali pertunangan..Aicehh,ayat gila sekema.Majlis berlangsung pada pukul 11 pagi,kau tau-tau je lah,rumah aku dengan rumah bakal tunang aku just ambil masa 5minit je pun,so bila dia call gitau rombongan dah gerak,terus sejuk kaki tangan dibuatnya,tak sempat aku nak tarik nafas,rombongan anak pak razak yang datang untuk meminang anak pak rodzy dah sampai,adehhhh...Muka macam taknak senyum je kan..Aku nerves gila weii,seyess rasa macam nak nyorok bawah katil je time tu..Huh,agaknya macam ni lah feel kepada semua bakal suami yang nak salam tangan tok kadi kan,entah-entah lagi hebat macam kena pukul dengan tsunami, agaknya?? *camera 360
Pihak lelaki telah memilih tema warna Gold sebagai tema hantaran mereka,Manakala pihak perempuan memilih warna biru purple,pada diawal planning aku nak pilih biru putih sebagai tema hantaran untuk diberikan kepada pihak lelaki,tetiba jadi biru purple..*tetiba kan..hahaha Pihak lelaki menghantar sebanyak 19 dulang hantaran dan pihak perempuan juga membalas 19 dulang hantaran.
Rombongan pihak lelaki dan diselit juga kaum keluarga pihak perempuan,time ni aku kat dalam bilik jantung dok dup dap dupp dappp...*lagu dangdut .. ketika itu aku ditemani oleh 2 sahabat baikku,yang sibuk ajak aku berposing bagai...padahal jantung dah nak tercabut nih,geram pulak dengan 2 ketul manusia nih..hahahah
Inilah sahabat baik merangkap orang kuat majlis pertunanganku sebelum,semasa dan selepas majlis. Thankz dear farah...ohh terlupa farah jugak selaku makandam yang melilit tudung,memakaikan maskara Maybellin Volume Express dimataku dan secalit Lipice sher color...So simple je aku tachap,bedak pun takpakai, motif?? nak gitau muka licin lettew..bhahahaha.. *camera 360
Sahabat baik dari dulu dan sekarang,fatin pun baru je lepas bertunang 4 syawal hari tu..Tahniah atinn..hihihi,memang 2 ketul ni je kawan yang aku jemput,yang lain semua ahli keluarga dan jiran sebelah rumah,kepada kawan-kawan yang lain maafla,majlis buat kecil-kecilan je..kawen nanti wajib aku jemput ampa semua naa..*camera 360
Bersama bakal ibu mertua ku....sengih takmau mau,dalam jiwa sapa tauu,berkelana kesuma dewi ehh..lepas acara menyarung cincin,aku pun pergila bersalaman dengan semua mak-mak sedara,opss bakal mak mak sedara,over tau hihihihi..,ingat lagi time nih mak su beliau sempat lagi tegur ''aii,sejuk tangan" ...hahaha aku mampu tersengih-sengih je,kantoi sudah aku punya nerves..hahahaha,apa laa aku ni,tak reti langsung nak cover perasaan,baru bertunang,belum akad nikah lagi,gamaknya macam manalah kan..huhuhu cannot imgine lah..
Selesailah sudah perbincangan antara 2 pihak keluarga,kata sepakat telah dipersetujui.. Alhamdulilah.Majlis berlangsung dengan lancar sekali..Pagi tadi bukan main kenyang tau,nasi lemak yang sebungkus tu pun tak luak aku makan,.dah selesai semua,rombangan pun dah balik,apa lagi taruk nasi kuah atas laa,dengan laksa semangkuk,bubur gandum aku belasah,hah anak raksasa punya makan.,time ni kalau mak mentua lalu belakang pun tak perasan,hahaha...tapi kalau lalu depan aku nampakk  arr, hah baru step pertama,the next step bakal menyusul In Sha Allah...Doakan yer...
Okayh..cukup-cukup...kalau boley semua gambar aku nak upload...bawa bersabar cikeyra..sampai di sini je lahh......
p/s: Thank to all yang banyak membantu untuk menjayakan Majlis Pertunangku,terutama kepada mama,abah,anis,hisyam,ejat,mak chaq,mak teh,mak cik,mak lang,pak lang selaku wakil jurucakap pihak perempuan and to all my family members,taklupa juga kepada farah dan fatin yang sama-sama meraikan majlis ni...dan tak lupa jugak kepada rombongan pihak lelaki yang hadir...Walaupun majlis ini berlangsung secara sederhana,tapi dengan kehadiran kamu kamu semua,membuatkannya tip top sekali..Tskk T_T. terharu bak hang...
Ucapan aku ni dah macam nak buat folio sekolah dah kan...saborr jelahh...dah lama tak membebel dalam blog gini,tup tupp jadi pah bedah...
comey tak kiteorang??bhahaha..k bai


★Thankiss sebab bace★

5 budak busyuk:

jaakechik said...

salam cik eyra, maaf baru sempat terjah sini...

alamak aihhhh lena[a yg banyak benau dulang hantaran tu, tu baru tunang, nanti dah kaein berpuluh-puluh le gamoknya.. hihi..

btw korang berdua ni sepadan. hihi. eh, cik eyra si dia dah sihat sepenuhnya ke skrg?

p/s : bertunang pun bagi duit? ke mmg utara style nya mcm tu? seriyed first jaa tgk ni tau..

Yaya Mohd said...

salam..

ow..tunang 17.8? sama tarikh dgn wedding mber yaya..hehe..
ow..kire da sbln lebh juga jdi tunangan org ye..bila lgsung nye wedding? tahun depan? ^_^

Cik Eyra said...

@jaakechik
wslm..hihi nanti kawen hantaran sikit jee laa...tq jaa,dy dah okayh,just parut kt muka je tinggal sikit..
mengenai hantaran duit tu,adalah wang tanda...tp tpulang kpd individu nk beri ke takk..

Cik Eyra said...

@cik yaya
ouhh yeke..hihi,in sha Allah dlm proses...

Yaya Mohd said...

jangan ikat lelama tuu..
pkra yg baik elok dsegerakan..
hehe..

^,^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...