Views

Bercuti di Suria Appartment & Bukit Merah Laketown PART 1

Hari ke hari,masa ke masa,membilang hari je...bilalah aku nk post entry nih.Lama-lama tapuk jadi basi kang,semangat yang berkorbar-kobar ketika dahulu mula luntur sikit demi sedikit,dah la keadaan kesihatan pun takmengizinkan,tp atas permintaan,aku gagahi jgk lah,caitt bajett org nak baca.Acuatly tak kisah pun ada org nak baca ke tak,yang penting my blog ni dijadikan sebagai kenangan dan kisah hidupku dan boleh dijadikan sebagai rujukan kepada anak-anak serta cucu cicitku untuk mengetahui kisah hidupku di saat muda remaja..hahaha, jauhnya pergi.

9/6/2012, today my mom besday tau. Kebetulan jatuh pada hari sabtu dan jugak minggu cuti sekolah.Apa lagi jejalanlah jawabnya.Kali nih plan nak bercuti di Bukit Merah,Laketown Resort,Perak.Adik aku yang bongsu tuh la paling excited,seminggu dah siap paking.Semangat kau adik.Pergi sekolah xda pon semangat macam tuh...Tengok gambar di atas,inilah kekurangan kereta Unser,baru letak 2,3 beg dah full.kena beli lori lah macam nih.
tapi setiap kekurangan tuh,mesti ada kebaikkannya,bahagian penumpang memang luas lah,nak bawa 1 pasukan bola sepak pun muat.


Perjalanan yang memakan masa selama 2jam telah membawa kami ke sini.Kami telah memilih Suria Apartment untuk kami sekeluarga bermalam.Tempat ini memang terbaik promote sikit sebab mempunyai pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh pengunjung seperti gym,sauna,swimming pool,mesin urut,mesin game dan banyak lagi.
 jom jom..masuk jom
 sila check-in dulu
 opss,terjumpa poster nih dekat kaunter mama berurusan semasa nak check-in bilik,
macam bestkan ada spa,tapi spa ni bukan dekat Suria Appartment taw,ia dekat dalam Laketown sebelum nak masuk waterpark.
 Ini bilik yang kitaorang bermalam.
Abah ambil 2 bilik berkembar yang boleh buka pintu tengah tuh,
sebab memudahkan kitaorang nak ulang alik dan buat macam rumah sendiri.
view dari bilik kiteorang,betul-betul depan swimming pool,
nak terus terjun dari koridor nih pun boleh :)

 Memandangkan jam pun dah menunjukkan pukul 4petang,
perut pun memendang-nendang mintak penampar 
di isi...

Tengah tengok-tengok nak pekena apa..Sekali tengok harga..
Wooo, okaylah,.makan nasi lemak jelah :)

Lepas dah kenyang makan,tiba masa nak ke gym pulak.Masuk FREE je,yang penting kena memenuhi segala peraturan pemakaian seperti baju yang sesuai,seluar dan penggunaan kasut sukan sahaja dibenarkan...

 sikurus kering 2 orang nih,xtahu tgh buat apa...

 Kelengkapan yang ada di gym

Usaha bro..usaha...

 sape cakap aku tak kuat..haiiyrkkk

 nampak MACAM dah slim sikit..hahaha

Setelah puas berpesta di gym kami beralih kepada acara swimming pulak
mandi manda yaahhooo
Seterusnya matahari melabuhkan tirainya dgn mengantikan bulan,cewah ayat..Perut yang di isi tadi dah mula kosong, so masuk bilik mandi,solat dan yummy yummy...

 Sate..saya mesti pilih iklan bank rakyat


 Ayam masak merah

 ikan siakap masak sweet sour

 kangkung goreng belacan

 Sup ekor,,,alamak lupa nak snap gambar Tomyam campur

 Dah selesai makan,takkan nak bumm (tidor) teruskan,jejalan dulu dekat Laketown, sambil shopping,cuci mata dulu. Apa apa pun sempat lagi pekena karoke jamban,hahah

on da way ke bilik terjumpa mesin urut ini,so apa lagi ambil RM1.00, masukkan kat dalam tuh..perggh best gila,segela urut belikat yang tersimpul nih di betulkan.Kena beli 1 nih.
OKAYH, disebabkan terlampau panjang sangat entry kali ini,will be countinue.
See you on the next entry,,,
Assalammualaikum


★Thankiss sebab bace★

5 budak busyuk:

Errah Najwa said...

bestnyer jejalan..xpenah smpai lagi ke sini..hope 1 day...insyaallah

Cik Eyra said...

Suria appartmnt mmg best,waterpark tuh kureng skit..hee

saljurindu said...

bila nak pegi lg? cik eyra sponsor cam ari tu.. hehehehehe :)

lovehunter said...

hai cik eyra, i jelous la tgk u p gym..huhuhu besttt yew..

saljurindu said...

di tang http://saljurinduabadi.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-jaakechik-corner.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...