Assalammualaikum
Sana sini semua update pasal raya kan.Raya memang best, nanak lagi dapat cuti seminggu muahahaha, terasa dunia seperti ana yang punya,lagi bagus kalau dapat cuti sebulan,Syawal kan sebulan..Hahaha ketawa lagi...Cuba korang cakap gitu kat boss, confirm dia bagi korang cuti teruss.Tak caya,cubalah...
Raya for this year,no pitcure....why? sebab tak sempat nak ambil gambar la, kalau ada pun dalam kamera kazen-kazen (cousin), tak sempat nak curik gambar dari diarong lagi. Seperti biasa dah menjadi tradisi our family,sehari sebelum raya,semua akan balik kekampung rumah tok wan & tok Pah berkumpul untuk berbuka puasa bersama dan menyambut syawal pada keesokan harinya. Menu berbuka jangan cakaplah. Gilerr punya banyak, apa taknya dari tok wan sampai ke bapak saudara serta anak cucu semua hantu makan.Kalau nak senaraikan semua menu, boleh pengsan. Mungkin genetik family barangkali genetik suka atau kuat makan?? fikir sejenak....selepas berbuka puasa dan solat Maghrib, maka persiapan untuk membakar sate dijalankan, seperti tempat, arang, sate dan lain-lain. 250 cucuk sate ayam dan 50 cucuk sate perut.Setelah semua persiapan di buat. Kami ke tepikan dulu hal duniawi dengan solat Isyak berjemaah yang di imamkan oleh Abah ku dan seterusnya bergemalah Takbir Raya. So kepada semua anak lelaki termasuk cucu-cucu yang bergelar lelaki, Semua diwajibkan baca sorang sekali Takbir Raya. Test power bak kata abahku.. hahah. Tepat pukul 10.15malam aktiviti membakar sate dijalankan dan telah dijayakan oleh kami. Jumlah sate yang telah berjaya di habiskan 50 cucuk sate perut dan 150 cucuk sate ayam.Baki sate yang ada sambung bakar esok. Dalam sejarah raya tahun ini jugak, no bunga api dan jugak mercun.Tak ke hairan?Yelah cucu-cucu tokwan Mat semua dah besar lah,yang paling kecil pun dah tingkatan 1.Ermm tak meriah lah takda Mercun..Tak best, tak best... Next year pastikan ada bunga api dan Mercun yea wahai kazen-kazen yang dicintaaiiiik, jangan bagi alasan terlupa nak beli lagi!!
0 budak busyuk:
Post a Comment