Views

10/11/2003-10/11/2012

ASSALAMMUALAIKUM
10/11/12 ^_^
cantikkan tarikh nie..
nanak pulak jatuh hari sabtu,berduyun duyun je orang pilih tarikh ni nak buat Majlis 
Khawin,.kepada mykazen,selamat penggantin baru untuk korang, ikut kepada planning 
awal nak akad nikah pada 10/11/12 tapi tok kadi ada urusan lain yang takdapat 
dielakkan.Jadi terpaksalah upacara akad nikah berlangsung pada 9/11/12, Inilah yang 
dikatakan kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan :) sudah tertulis kamo 
berdua akan menjadi suami isteri pada 9/11/12 ..Alhamdulilah,majlis berjalan dengan
 lancar..Entry pada kali ini aku bukanlah nak bercerita mengenai Majlis Perkhawinan ini,
Tapi mengenai tarikh 10/11/2003 , apa yang ada pada tarikh 10/11/2003 ? jeng jeng 
 suspen tak? hahah Aku akan bercerita mengenai Majlis Perkhawinan pada next entry ok!
Hmm...10/11/12?hari ini menyikap kembali perkenalanku dengan sidia pada 
10/11/2003..Masa tu aku berada dalam tingkatan 2.Memang taksesuaikan,makabah 
suruh pergi sekolah belajar,ko sibuk nak berkenalan dengan sidia bagai.Adoii. 
Gedikssnya aku, jatuh cinta pandang pertama? ada ke istilah ini.Bukan ke istilah Cinta 
monyet ini lebih sesuai? Yaa inilah istilah yang diguna pakai untuk budak sekolah yang 
gediks nak bercinta pada alam persekolahan. Termasuk aku? Beza aku dengan sidia cuma 
setahun.Sama sekolah ke?Ur senior? semestinya TIDAK,aku hanya bersekolah di sekolah 
harian biasa je, sidia bersekolah asrama penuh.Habis macam mana boleh kenal?
Kebetulan sepupu (lelaki) dia myclasmate masa sekolah rendah dulu,dari situlah 
permulaan kami.Masa mula mula abah & mama dapat tahu,dieorang marah jugak.Mak 
mana tak marah anak dia baru form 2,sidia pulak form 3, tapi lastly dieorang ok jugak,tapi 
100% dibawah permantauan mereka. Pada hari ini 10/11/12 cukuplah 9tahun kami 
bercintun.Habis bila lagi? dah tau dah,soalan yg paling femes kekawan bila jumpa aku,rata-
rata kawanku junior kepada sidia, nampak sgt aku ni kurang pandai berbanding rakan-
rakanku yg lainkan. Sedih !Jawapanku. InsyAllah tak lama dah. Bertahun berkawan 
semestinya aku jugak impikan ending yg bahgia seperti pasangan lain. Tempoh perkenalan
 yg panjang ni berbagai dugaan yg kami lalui,bergaduh tu perkara biasa. Tentangan dari
 family aku terutama my mom jugak tak kurang hebatnya.Suka,duka,air mata dah jadi 
sebahagian perjalanan kisahku.Apa yang aku dan dia harapkan sekarang ialah kami dapat
 disatukan dengan ikatan yg sah.Ya Allah, permudahkanlah urusan jodohku dengan 
Mohd Anuar bin Abd Razak. Aku berdoa agar dialah teman hidupku hingga ke akhir hayat 
dan juga diakhirat.amin.

Kek pemberian sidia,masa ulangtahun ku yang ke-23
huhu.aku da tua beb !

sapa eyh??
saya tahu awak tengah berusaha sekarang, 

P/s: kekawan selalu cakap muka kami seiras,kalau seiras maknanya jodoh panjang.yeeke?





















★Thankiss sebab bace★

Views

GoodLuck SPM

ASSALAMMUALAIKUM...

gugugaga chakk..hahah 3 suku aku hari nih....
JUST short entry.....
cikeyra nak ucapkan selamat maju jaya kepada calon-calon SPM 2012.hoho nak wish 
bagai macamlah terkenal sangatkan.Kepada bloger-bloger yang sedang menduduki SPM
 tahun ni harap dapat buat yg terbaek kayh ! fokus kepda paper exam.
Tapi janganlah sampai abaikan kesihatan taw.PMR(2004) & SPM(2006) mempunyai 
kenangan yg sama iaitu cikeyra jatuh sakit pada paper yg terakhir. Paper akhir 
PMR(2004) adalah subjek KEMAHIRAN HIDUP pada hari itu cikeyra selesema 
teruk,hidung tak henti-henti mengeluarkan sesuatu & mengalir dengan lajunya
sampai satu tahap cikeyra takdapat nak menahannya lagi dan meminta excuse
 untuk ke toilet sambil di follow oleh cikgu yang menjaga dewan peperiksaan 'ishh kacau
 betul la dok ikut2 pegi toilet,nak seyhhh hingus pon taksenang' ...Selesai je habis 
menjawab kesemua soalan cikeyra terus beredar dari dewan tanpa menunggu masa 
tamat.dan habis PMR cikeyra terus demam.
SPM(2006) paper akhir ialah subjek KIMIA , pada hari itu cikeyra mengalami sakit kepala 
yg melampau + selesema yg boleh tahan hebatnya,terasa macam nak hantuk-hantuk
 kepala kat dinding.Dah la paper killer. Selesai menjawab cikeyra terus beredar tanpa 
menyemak kembali jawapan-jawapan tersebut. Tawakal je lah...
Alhamduliah kedua paper ini, lulus...hehehe..
Gambar kenangan di kelas 5 Perdagagan Sekolah Menengah Teknik Tunku Abd Rahman,Penang (TARP)
*apa yang inginku sampaikan ialah jaga kesihatan sebaiknya pada musim peperiksaan ini.jangan sampai jatuh sakit macam aku nih..huhuhu

★Thankiss sebab bace★

Views

Girls Outing

ASSALAMMUALAIKUM..
Selamat berhujung minggu semua. Cuti memang bestkan.Lagi-lagi dapat luangkan masa 
dengan yang tersayang. Cukuplah 5 hari, pergi kerja balik kerja,sehari-sehari habis masa 
dekat office je,bak kata Ofismata aku 'kita ni lama-lama tua kat sini jelaa'... Hehehe..
ingat tak lagi kedai yang menjual barangan japan iaitu Daiso Japan <---cubit saya. 
Takpayah susah nak pergi shopping kat Jepun dekat Malaysia ni pun boleh.Jimat 
duit,masa dan tenaga. Tajuk entry pun Girls outing,maksudnya??keluar jejalan sambil beli 
dan belah..hehe Sasaran utama pada hari ini ialah Daiso Japan at Queesbay Mall..
ini lah tempat feveret aku..buat masa inilah..
okayh,sebenarnya gambar ni diambil time nak balik dah pun,sedang menuju ke kereta,tapi
 korang anggap je lah,kiteorang baru sampai.ehh boley pulak macam  tu kan. Oh oh..lupa 
nak perkenalkan watak 'Girls outing' yg terlibat pada kali ni ialah my mom,sis and me..
Wahh..gila babas lah...banyak woo stok,teruja habis aku time ni,gumbira rasa. Yelah dah 
beberapa kali aku datang,asyik habis jee..Kali ni memang kaw laa. Best seller dekat
 Daiso Japan menda alah ni lah. Mungkin permintaan yang mengalakkan daripada 
pengunjung sehinggakan mereka buat rak khas untuk letak mende ni. Syabas !
 4 Botol Mask muka
 2 Botol Pencuci Muka
we are family now ~yeahhh
kalau boleh,memang nak beli banyak lagi,tapi bajet pun celah gigi je wehy ! kang tengah 
bulan ni,tak pasal-pasal kena tokak mende ni pulak,yee dak?
 Dalam toilet pun jadi..hehe
 Penat jalan,perut pun menjerit mintak di isi..tapi yang berjalannya kaki bukan perut,tapi perut yang mintak dipenuhi? mengada-ngada punya perut..hahahah..okayh tak kelakar pun
-Burger Samurai < mama>
-macChicken dulex< my sis>
-macChicken * orang yg belanja oder biasa-biasa jee.huhuh
 ini air sakura kowt.Air yg partners dgn burger samurai tue..Rasanya,boley laa..Aku tak berapa suka sangat dengan air berkarbonat ni. Takut kena potong kaki* huhuhu
Mampu minum coffee MacD jee..tak mampu minum made in Starbucks punya.hehe.Teringat 
kata-kata mama time aku cakap 'Ma, jom pekena kopi starbucks' ...Sekali mama aku 
balas 'Sabaq-sabaqla minum kopi kat rumah' ..Adehh penat aku gelak dengan adik aku 
siang tadi..hahaha Kononnya lepas makan terus nak balik,
tetiba mama ajak masuk Guardian pulok doh...

 Tak tahulah,apa yg ditenung-tenungkan tue...
 Berus gigi..kalau tak tahu,sahh la tak gosok gigi..hihih
Facial Scrub by Simple..
Hasil dari meneroka ke dalam Guardian tadi,aku dapat menangkap 2 benda
 ni.huhu.Kopaklah aku bulan ni
Bila diamati sepenuhnya,bulan nie aku paling banyak pehabis duit..huhu
Barang yang aku dah beli minggu lepas
 make-up remover Lips & eye by Loreal
 Cleansing milk,also make-up remover untuk muka by Loreal
LipIce....Okayh.aku suka lipice ni,sebab dia merah ikut darah kita..heheh

Sudah tiba masa untuk aku menginsafi diri dan mengikat nafsu 
membeli buat masa dan ketika ini~



★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...