Views

Bestnya Penang

ASSALAMMUALAIKUM

Aku dapat request dari bloger jaa untuk cerita apa yang best dekat Penang nih. Jaa seorang bloger dari Kelantan , now jaa sedang menjalani kursus Intensif PJJ di USM Penang.Katanya jika ada masa terluang dia nak jalan-jalan area sini. Untuk mengenali bloger ini silalah berkunjung ke JAAkechick CORNER

Errr...macam mana nak mulakan eyh. Okayh entry ni,aku buat 3 in1 lah yee......

1.Cerita tempat-tempat yang dirasakan best di Penang
2.Sambungan dari entry Surat dari KPJ Penang
3.Me'review kembali entry yang lepas-lepas

***********************************************

After ambil surat dari KPJ,Penang, Kami terus ke Quesbay Mall. Tujuan ke sana,nak duduk-duduk makan jagung bakar dekat depan Quesbay tue, tapi disebabkan kami tiba terlalu awal, cuaca pun masih panas lit lit,kami ambil keputusan untuk lepak dalam Quesbay Mall dulu. Bestnya Quesbay Mall ni sebab di dalamnya ada satu kedai yang menjual barangan jepun "Daison Japan". Berada dalam kedai tersebut membuatkan anda seolah-olah benar berada di Japan,yang bestnya lagi harga barang semuanya RM5 only tau.

The Best Seller dekat Daison Japan nih ialah Chocoral Mask . Memang dah macam pisang goreng panas okayh,pernah dua kali aku ke sini semata-mata nak borong Chocoral Mask,malangnya dua kali itu jugak kehabisan stok.T____T

Cuaca dah redup sikit,jadi bolehlah jalan-jalan depan Quesbay Mall.Banyak sungguh gerai-gerai yang menjual makanan di persisiran pantai Qusebay Mall nih. Semua menjual makanan yang hampir sama,laksa,bihun sup,nugget,jagung bakar,snek dak keropok. Cuma terpulang pada kita untuk memilih gerai yang mana. Planning awal sidia nak makan jagung bakar,entah macam mana terpandang gerai 'BIHUN SUP QB' . Amboiii, nama gempak beb . Tetiba teringin nak makan sebab tergoda dengan nama BIHUN SUP QB itu sendiri.hihihihi. Aku makan BIHUN SUP AYAM QB manakala sidia makan BIHUN SUP DAGING QB.


BTW, terlupa nak snap gambar gerai. Yang ada gambar pengunjung gerai saja. Sila pasrah.

Lepas pekena BIHUN SUP QB nih, Kami meneruskan perjalanan ke Batu Ferringhi . Berbalik kepada motip utama ialah menelan jagung bakar. Sebenarnya sidia yang beria-ria sangat nak makan jagung bakar.kasihanilah beliau.

Gambaran sekitar di Batu Ferringhi.. Tengah makan jagung bakar,entah macam mana,aku boleh terkeluar cerita tentang BURGER BESAR kat dia. Time tu jugak buat keputusan nak makan BURGER BESAR. Aduhaaiiiiiii,perut..... Lepas solat maghrib di Masjid yang berdekatan. Kami pun meneruskan misi.

Kepada yang berada disekitar sini,mesti tidak asing lagi dengan Restoran de pauh garden, De pauh garden ni terletak di tanah seberang sekitar Permatang Pauh berhampiran dengan Politeknik Seberang Jaya.Ini adalah kali pertama menjejak kaki ke sini, aku pun dapat info dari rakan jugak sebenarnya.

Dekat sini,ada menyediakan BURGER yang BesarGedabak tau. Berpinau biji mata nak pilih menu.


Time sampai nih,punyalah banyak manusia,pada mulanya ingatkan dah takada tempat duduk,mujurlah pelayan kat sini cekap dan servicesnya jugak agak bagus.
Dibuka setiap hari . Waktu operasi 10.30pagi-2.00pagi . Orang yang ramai tetiba hilang.Hehehehe. Tipu je,kebetulan dieorang dah habis makan la,jadi aku cepat-cepat snap,sebelum kedatangan pelanggan yang lain.

Akibat siang tadi,dah makan terlalu banyak,maka pada malam ini,seperti tidak sangup untuk menelan The Big Burger.Takut tak terdaya dek kudrat 4 kerat ini.


Sidia nak makan set Oblong. Dalam set ini ada burger oblong,kentang goreng dan air jus tropicana twistter.Harga set ini RM 9.00. Rasa Oblong ni memang sedap,sosnya lain pada yang lain.Tapi aku kurang gemar sikit sebab dieorang letak ikanbilis.
Chickenchop ni memang gedabak,tapi dalam gambar nampak kecik sikit.Pelik.. Okayh comment aku. Better korang makan makanan utama dekat sini iaitu burger.
Walalawehhh..yang ini memang feveret,mana-mana gerai jual pun aku makan. Yang ini kami bedal Set Sate Kanak-kanak sebenarnya. 3 cucuk ayam dan 3 cucuk daging,nasi himpit,bawang,dan timun disertakan kuah kacang. Harga RM 8.00
Tropicana twister nih dari set burger oblong, Manakala air suam itu eden lah punyo....Tapi sidia yang belasah dulu,motipnya sebab sidia takboleh minum ais lagi. Hampeh T_T

Selain dari tempat di atas,yang best dekat Penang ialah Padang Kota Lama, Bukit Bendera, Tokong Ular, Rumah P.Ramlee,Muzium . Untuk area seberang mabe R&R yang tepi pantai tu kowt. Area nak ke Pantai Bersih.

:: Hope entry ini sedikit sebanyak dapat membantu bloger jaa untuk memenuhi masa terluangnya sepanjang berada di Penang . hehehe, Cikeyra perasan jugak dari mula cerita sehingga habis,berceloteh bab makan aje.




★Thankiss sebab bace★

8 budak busyuk:

Cik Eyra said...

Terlupa nak masukkan Charkeowteow Sg dua..

http://embunkasehmutiara-kasehmutiara.blogspot.com/2013/01/char-keow-teow-sg-dua.html

jaakechik said...

@Cik Eyra tengkiu cik eyra... terima kasih banyak2 yer... insyaALLAH jaa akan ke sana nanti.... hihi...

p/s :zul burger bakar duk tang mana? ada kuar majalah 3 minggu lepas. brger besar!

jaakechik said...

bagus la citer bab makan. jaa memang jjcm pun...hihi... makan tu xde la byk saje nak merasa org kata,

Cik Eyra said...

@jaakechik
ouh..a'ah kebetulan time kiteorang pergi makan dekat de pauh,mjalah 3 ada tunjuk pasal burger besar..
erm kalau taksilap dekat area sg nibong... nih blognya http://zulsburgerpenang.blogspot.com/

.::: Princess MOMOY :::. said...

dearrr... comelnyaaaa.
muka lembut saja =)

bestnya tgk kedai beger tu
tp yg pelik ada ikn bilis plak
dha lama x pergi penang
6 tahun kot
kalau pergi macam nak cari jer tepat beger tu
nafsu makan.

Cik Eyra said...

@.::: Princess MOMOY :::.
TQ dear :)
uish lamanya takdatang..nanti da msa terluang dtg la yee..
momoy org mana ye?

lovehunter said...

syokyer kedah ^_^

Cik Eyra said...

@lovehunter
ce cerita pasal negeri kedah..kami nak g jalan2 sana pulak laa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...