Views

CARA MENGURUSKAN BADAN

Apabila seseorang menghadapi masalah berat badan, perkara pertama yang selalu dilakukan ialah.. (1) DIET!. Mereka akan mula mengurangkan makan nasi, kurangkan makan daging, kurangkan makan-makanan berlemak dan sebagainya. Kemudian, mereka akan (2) BERSENAM. Tujuannya adalah untuk membakar kalori serta lemak yang banyak tersimpan di dalam tubuh. Langkah seterusnya, mereka juga akan cuba (3) MENDAPATKAN DAN MENGGUNAPAKAI PRODUK-PRODUK PELANGSINGAN , seperti makanan, minuman mahupun alat mengempiskan perut. Jika semua ini tidak berhasil, (4) MENDAPATKAN RAWATAN DI PUSAT PELANGSINGAN adalah pilihan yang terakhir dan kosnya pula boleh mencecah ribuan ringgit.
Semua teknik ini tidak salah, malah ada sesetengah darinya memang diakui berkesan dan dapat membantu anda menguruskan badan. Namun begitu, satu persoalan yang timbul, sampai bilakah anda perlu melakukan perkara ini? Adakah anda perlu menahan diri untuk makan makanan yang enak selamanya? Adakah anda perlu mengambil makanan kesihatan itu sehingga ke akhir hayat anda? Adakah setiap bulan anda perlu ke pusat pelangsingan untuk mendapatkan rawatan sehingga tua? Semua itu melibatkan kos perbelanjaan yang sangat tinggi... maklumlah, kaedah ubat-ubatan serta perawatan ini, selalunya, hanya memberikan kesan yang sementara sahaja. Apabila anda berhenti mengambilnya, tubuh anda akan mula membesar semula.

APAKAH JALAN PENYELESAIANNYA?


4 senaman kempiskan perut (bahagian 1)
Memiliki perut yang kempis serta langsing memang menjadi idaman setiap wanita. Bagi mencapai objektif untuk mengempiskan perut, berikut adalah 4 jenis senaman yang boleh anda amalkan setiap hari;


A. Knee Circle


1. Baringkan diri anda dan pastikan punggung rata di atas lantai.

2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.

3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki anda sehingga lutut berada di atas perut.

     Senaman knee circle 1


Pada posisi ini, cuba anda tahan dalam kiraan 5.


4. Kemudian, gerakkan lutut anda ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.

5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh anda tetap menghadap ke atas.

Senaman knee circle 2


Pada posisi ini juga, cuba anda tahan dalam kiraan 5.

6. Seterusnya, luruskan semula lutut dan kaki anda ke lantai.


Ulangilah senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no.4.

Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Di mana setiap satu set mengandungi 10-15 kali ulangan pergerakan.


B. Side Chop

1. Memula, anda berdiri tegak dan buka sedikit kedua-dua belah kaki.

2. Pegang dumbell atau "medicine ball" seberat 2 atau 3 kg.

3. Turunkan badan anda kira-kira separuh bongkok.

4. Kemudian tarik kedua-dua tangan anda menghala ke sebelah kiri bahagian bawah badan.


Senaman side chop 1


Pastikan ketika tangan berada di sisi badan, lutut anda tetap menghala ke arah depan.


5. Kemudian, bawakan tangan anda menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan.


Senaman side chop 2



Ulangi senaman ini sebanyak 2 set di mana 10-15 kali ulangan pergerakan untuk setiap set.

Selepas itu, ulang semula langkah di atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan; iaitu pada langkah no.4 dan no.5 ya.


Baiklah, saya berhenti di sini dahulu. Lagi 2 jenis senaman kempiskan perut lain akan saya kongsikan kemudian yer. :)










Dua senaman mengempiskan perut telah pun selamat saya kongsikan di sini. Dua lagi senaman yang seterusnya adalah "back extension" dan "upper body crunch".

Tanpa berlengah, jom kita tengok langkah-langkah untuk membuat kedua-dua senaman tersebut.


C. Back Extension


1. Memula, anda perlu berlutut dengan kedua lutut dan tapak tangan mencecah lantai.

2. Pastikan bahagian kepala hingga punggung anda dalam keadaan lurus.

3. Kemudian, secara perlahan-lahan angkatkan tangan kiri anda ke atas. Pada masa yang sama, angkat juga kaki kanan anda.



Senaman back extension - health.msn.com


4. Semasa berkeadaan seperti di atas, bertahanlah dalam kiraan lima.

5. Setelah itu, kembalilah ke posisi asal perlahan-lahan sambil melepaskan nafas ya.


Lakukan sebanyak dua set di mana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Selepas selesai mengangkat tangan kiri dan kaki kanan, tukarlah posisi kepada mengangkat tangan kanan dan kaki kiri.


D. Upper Body Crunch


1. Anda berdiri tegak sambil kaki dibuka lebar sedikit.

2. Letakkan pula kedua-dua tapak tangan di sisi kepala anda dengan tangan ditekankan sedikit.

3. Kemudian, tahan perut dan tarik nafas sedalam-dalamnya dengan perlahan.

4. Seterusnya, bengkokkan bahagian sisi pinggang anda ke kanan sehinggalah terasa seperti ada tarikan.

5. Anda tahanlah dalam kiraan lima ya.

6. Selepas itu, kembalilah ke posisi asal secara perlahan-lahan.

7. Kini, anda ulang semula langkah tahan perut dan tarik nafas; serta gerakkan bahagian sisi pinggang ke sebelah kiri pula hingga ada rasa seperti tarikan. Tahanlah dalam kiraan lima.

8. Semasa bahagian sisi pinggang anda dibengkokkan ke kanan dan kiri, pastikan pinggul anda tetap menghadap ke depan.


Sama seperti senaman back extension, ulangi senaman ini sebanyak dua set di mana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Pastikan anda buat sebelah kanan dua set dan sebelah kiri juga dua set. :)

Mudah-mudahan dengan mengamalkan empat senaman berikut dapat merealisasikan impian anda untuk kempiskan perut buncit.

*Sekadar perkongsian credit to:
http://petuasejagat.blogspot.com 




★Thankiss sebab bace★

Views

Menguruskan badan ?

Hye...Salam 1 Malaysia...Wahh,rasanya dah lama tak update blog nie kan, dah berdebu dan berhabuk sudah...bukan kata nak singgah nak menjenguk pun tak berkesempatan..Al-maklumlah sibuklah katakan... heheheh,Bukan sibuk apa pon sebenarnya, cuma siang tu dah penat bekerja,dah balik dari kerja, penatlah pulak...haa sebut pasal kerja,teringat pulak pada rakan-rakan sekerja yang sekarang ini, boleh dikatakan semuanya mahu melangsingkan badan, daripada anak dara sehinggalah ke mak dara.Pelbagai produk yang telah diperkenalkan.Hal ini, sangatlah dipuji ini kerana masing-masing telah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Jom kita jadikan azam 2012 ini,untuk mendapatkan tubuh yang ramping dan sihat.MARI SAYA TUNJUKKAN ANDA TEKNIK MENGURUSKAN BADAN DENGAN MUDAH DAN SELAMAT TANPA PERLU MENGAMBIL SEBARANG PIL MAHUPUN MENJALANI RAWATAN PELANGSINGAN YANG MAHAL......... JOM KE POST YANG SETERUSNYA......
★Thankiss sebab bace★

Views

Hadis Mengenai Gerhana bulan

Hadis riwayat Abdullah bin Amru bin Ash ra., ia berkata: 
Tatkala gerhana matahari terjadi di masa Rasulullah saw. (manusia) diseru dengan seruan: "as-shalaatu jaami`atan" (marilah salat berjamaah). Rasulullah saw. melakukan dua kali rukuk dalam satu rakaat. Kemudian berdiri dan melakukan dua kali rukuk dalam satu rakaat (yang terakhir). Kemudian matahari nampak kembali 
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 1515


Hadis riwayat Abu Masud Al-Anshari ra., ia berkata: 
Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya matahari dan rembulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Dengan kedua ayat tersebut Allah membuat rasa takut kepada hamba-hamba-Nya. Keduanya tidaklah terjadi gerhana karena kematian seorang manusia. Karena itu bila kalian melihatnya, salat dan berdoalah kepada Allah sampai hilang yang menakutkan kalian 
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 1516


Hadis riwayat Abu Musa ra., ia berkata: 
Tatkala terjadi gerhana matahari di masa Nabi saw., beliau bangkit terkejut, takut terjadi kiamat sampai beliau menuju mesjid. Beliau melakukan salat dengan rukuk dan sujud yang lama sekali. Tidak pernah aku melihatnya melakukan salat seperti itu. Kemudian beliau bersabda: Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda kebesaran yang dikirimkan Allah, gerhana ini terjadi bukan karena kematian atau kelahiran seseorang, tetapi Allah yang mengirimkannya untuk menakut-nakuti hamba-hamba-Nya. Oleh sebab itu, bila kalian melihatnya, maka bersegeralah ingat kepada-Nya, berdoa dan mohon ampunan-Nya 
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 1518


Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.: 
Bahwa ia dikabarkan dari Rasulullah saw., bahwa beliau bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan tidak terjadi gerhana karena kematian atau kelahiran seseorang, tetapi keduanya termasuk tanda kebesaran Allah. Maka jika kalian melihat gerhana, kerjakanlah salat 
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 1521


Hadis riwayat Mughirah bin Syu`bah ra., ia berkata: 
Pada masa Rasulullah saw. pernah terjadi gerhana matahari pada hari kematian Ibrahim. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidak gerhana disebabkan kematian atau kelahiran seseorang. Oleh sebab itu, apabila kalian melihatnya, maka berdoalah kepada Allah dan tunaikan salat hingga matahari nampak kembali 
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 1522
★Thankiss sebab bace★

Views

Lai..Lai..Laii...Laksa goreng

Laksa goreng?pernah try x?hehehe...macam aneh je bunyinyakan. Sebenarnya xda la pelik mana pun,dia macam bihun goreng atau mee goreng jugak.Cara nak mengoreng pun sama macam kita nk goreng bihun atau mee.Percaya tak,kalau Cik Eyra katakan 'im very like laksa goreng.'?hehehe...Mama Cik Eyra kata,Arwah tok wan (Atok) Cik Eyra iaitu ayah kepada mama Cik Eyra, jugak sukakan laksa goreng.Kalau Nenek (isteri beliau<tokwan>,ibu kepada my mom)ada buat laksa.Tokwan pasti akan suruh Tok Mah gorengkan. Jadi Cik Eyra ni,ada mengikut jejak langkah arwah Tok wan punya feveret jugakla.

Jom kita tengok resepi Laksa goreng

Bahan-bahan:
-Laksa(yang telah di rebus)
-Bawang kecil (2 biji)
-Bawang putih(2 ulas)
*kalau yang suka bawang lebih,letakla berapa biji pun.
-Cili belender
-Telur
-udang kecil(udang besar pun boleh,suka hati korong la nak letak berapa ekor pun ye)
-Sayur kobis(kalau taknak pun xpe,atau nk gantikan dengan sayur yang lain pun boleh)
-minyak masak
-sos tomato
-sos tiram
-kicap mee
-kicap manis
-garam

Cara-cara:
-masukkan sedikit minyak ke dalam kuali,agak-agak dah panas kuali tu,tumis bawang kecil dan putih yang telah dihiris tadi.Tumis sampai naik bau.
-masukkan cili belender.sos tomato.sos tiram.kicap manis.sedikt garam.telur.udang & sayur
-akhir sekali laksa.untuk nak mencantikkan warna letakkan kicap mee sedikit & siap...

Senang je kan.Selamat mencuba !!

                   http://malaysiandelicacies.blogspot.com/2009/04/spicy-laksa-stir-frylaska-goreng.html
★Thankiss sebab bace★

Views

cerita di pagi syawal

Hai.... Rasanya belum terlambat lagi untuk Cik Eyra mengucapkan 'selamat hari raya maaf zahir & batin.' apa macam raya? seronok tak? bagi adik-adik kita ini,mesti best kan dapat kumpul duit raya banyak-banyak...wahh, kalau dilihat, anak-anak kecil ini laa yang paling untung termasuk la para pelajar yang belum bekerja (nama pon pelajar,confirm la belum bekerja) hahah... teringat masa Cik Eyra jadi pelajar dulu..wahh best gila..makin meningkat,makin besar la duit yang diberi. Tapi bila dah memegang status "orang yang sudah bekerja" segala kelebihan itu diberhentikan. fuhh, inilah dinamakan 'kejutan budaya' , sungguh tidak dapat menerima kenyataan tersebut sehingga kini ! sepupu sepapat yang seangkatan dengan qaseh jugak berasa sungguh jeles kepada mereka yang masih layak mendapat duit raya.Maka dengan itu tercetusla dialog ini di pagi syawal itu.
disebabkan Cik Eyra ni orang utaqa,maka dialog ini pun berbunyi begini...

syahir: aku tak puaih ati btoi laa...nie tak adil ang taw x...
faiz   : aku qasa kita kena gubal undang-undang balik la.
syahir: betoi...kita kena qombak(rombak) balik
Cik Eyra   : hahah...macam-macam ngt aih
syahir: hat nie,yg dah qeja, tak dapat duit qaya dah...nie kita ubah, yg xkawen lg bley dapat duit raya...esok agak-agak semua dh kawen,kita ubah lagi...sapa yg belum pencen layak dapat duitraya...
hahahah
fikri  :3 tahun sekali,kita gubal...hahahah
faiz   : betoi...aku sokong....KAMI MOGOK (beramai-ramai)
tiba-tiba pak ngah muncul,tak tahu dari mana datang, tiba-tiba......

pak ngah : abes ni pak ngah xpencen lg, bley dapat jugak laa...
opssss........hahaha kelakar betul laa, boleh pulak macam tu..kalau macam tu la,sampai ke tua la dapat duit raya.. Brilliant betulla sepupu-sepupu aku nie,bab-bab tu cukup teror....

tetapi di tengah kesebukkan orang ramai :

tokwan : haa, mai sini...

aku pun dengan langkah yang berhati-hati,mengatur langkah.,pagi-pagi raya ni,kena la control ayu sikit)

tokwan: haa.,ang dah qeja ka belom
Cik Eyra : err...dah qeja dah
tokwan: haa,kalau dah qeja,xleh bagi duit qaya dah la

Cik Eyra pun bermenolog (huh, terlampau berterus-teranglaa tok wan aku nie...eeii,jawab xqeja lagi pon xpa) ishh,tak baik-baik,kang dapat dosa kering pulak.

Cik Eyra :heheheh..tak pala tokwan,xdapat duit qaya pon, nak mai qaya ngn tokwan jgk.

(sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman..Tokwan pon menyambut tangganku)

Cik Eyra :tokwan,selamat hari qaya na..mintak maaf kalau ada silap salah taw

(tokwan pun menganguk..sambil berkata...)

tokwan : haa,xpa...tokwan maafkan...

tiba-tiba :
tokwan : ang nk duit qaya bapa ringgit
Cik Eyra   : haa....eh,xpa aihh...
tokwan :tak palaa...nak berapa
Cik Eyra : heheheh...bagi rm10 dah laa...(selamba badak)
tokwan:oke sat...haa nah (sambil menghulur wang rm10)
Cik Eyra : terima kasih tokwan (tersenyum lebar)hahahah

moral : buatla sesuatu dengan iklas..pasti akan mendapat ganjarannya..

Cik Eyra pun tak jangka tokwan nak bagi duit raya.Memang niat masa tu nak mintak ampun je.Itula dinamakan rezeki. so sapu je laa..hahaha. Kepada sepupu-sepupuku(yang dah qeja) jangan jeless.........kui3x


★Thankiss sebab bace★

Views

Ramadhan....




Alhamdulilah....dengan limpah kurnia Allah S.W.T,bertemu lagi kita dengan bulan Ramadhan,bersyukur sangatkan....tetapi adakah kita masih punya kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramdhan pada masa akan datang?pernah tak,tertanya pada diri kita mengenai soalan tersebut?ce tanya pada diri korang?dah cukup sempurna ke p0sa  pada tahun sebelum ni?atau berposa hanya menahan lapar n dahaga?atau 'alaa,dah org posa,aku pon posa laa...atau 'kena posa la,kalau xposa xleh raya',atau 'xyah posa pon xpe,org xtahu pon' (kecuali kepada mereka yg uzur eyh),so kalau ade yang macam tu,untuk Ramdhan kali ni,tolonglah ubah sikap itu.Sebaiknya marilah kita sama2 menjalankan amal ibadat ini dengan sempurna.Janganlah kita mempersia-siakannya.Bersyukurlah kerana Allah,sudah memberi kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramdhan...:) kerana esok,kita sendiri tidak tahu,kita masih ada kesempatan atau tidakkan...

p/s: peringatan untuk saya dan anda semua....:)

Pekara yang boleh membatalkan puasa:
1. Makan dan Minum dengan sengaja
2. Bersetubuh pada siang hari
3. Muntah dengan sengaja
4. Datang Haid dan Nifas
5. Memasukkan sesuatu di dlm rongga
6. Pengsan sepanjang hari
7. Gila

p/s: credit to buku kafa sekolah serta sumbur-sumbur yang boleh dipercayai...hee~
     
★Thankiss sebab bace★

Views

Kismis o0oo Kismis

Huh..xtaw nk update ape...idea3....mari2,,,fuhhhhh...msuk2...tettt jem...itulah yg dapat Cik Eyra katakan sekarang....hahahah...teruk betul laa...kena mkn kismis neh,bg minda cerdas ckit...asyik lemau jee akhir2 nie..hmm,seingat Cik Eyra laa... last sekali makan kismis time study dlu rr...skang hampeh..apa pon xda..sebenarnaya Cik Eyra xsuka sgt dgn kismis nie,xtahu la ape mslhnya...tp xsuka2 pon Cik Eyra dipaksa jgk makan oleh beliau(mama Cik Eyra)heheh...sbgai anak yg mendengar kata..Cik Eyra pon wat muka selamba telan je lahh...nak dijadikan cerita,tiap2 hari beliau menelefon Cik Eyra semata-mata nk tanya 'dah mkn kismis belum' aishh...mama...xcukup dgn itu msg lagi..(c0z time tu Cik Eyra kt campus).ehehehe...
semua orang tahu kismis ni bnyak khsiatnya & ia jugak makanan sunnah & khazanah nabi kita(Nabi Muhammad S.A.W)...kenapa Cik Eyra higlightkan pda perkataan "semua orang tahu"jangan terkejut budak cina kt campus Cik Eyra pon amalkan kismis taw...siap bawa kismis msuk kelas mengunyah lagi...dasyat kan?bayangkan bangsa lain,agama lain pon dah tahu kelebihan kismis,apa lagi kita..,dekat sini tak timbul isu perkauman okayh!! peace :) i

JOM BACA INFO LAGI BENAR & BENAR TENTANG KISMIS

1.Meningkatkan daya ingatan serta hafalan
2.Menghilangkan panas dlm badan
3.Menguatkan jantung
4.Menghilangkan lendir
5.Menguatkan saraf
6.Menambahkan tenaga & stamina utk kecerdasan tubuh badan

FAKTA NUTRISI KISMIS
1.Zat Besi
2.Pottasium
3.Magnesium
4.Kalsium(sesapa yg xsuka susu,leh laa amalkan kismis utk kesihatan anda :) )
5.Vitamin B1,B3,&B6


Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”Imam Ali a.s. bersabda:“Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.
Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.


http://www.nationalraisin.com/bulk_products/popups_bulk_products/images/30lb_seedless_midget_raisin.jpg

p/s: lastly...jangan salah faham,Cik Eyra xjual kismis mahu pon pengedarnya k...he3..Cik Eyra juz nk share info nie jee...s0 dah tahu kan khsiatnya?m0h laa kita mulakan kampen memakan kismis :)

hahaha..dalam xda idea pon,dasyat gk Cik Eyra punya membebel..kalau ada idea cmna laa eyh??oke lahh jmpa lg ....:)
★Thankiss sebab bace★

Views

Amaran ! Jangan menjilat pelekat sampul surat anda!!

alkisahnya :-

“Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California.
Beliau
tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya
menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya
Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka
kecil
pada lidahnya.
Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor
untuk
mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.
Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan
lidahbeliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan
bengkak biasa.
Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya
bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengakpada lidah wanita
tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau
terus
berjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada
lidahnya.
Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itumenjalani ujian
x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan
pada
lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu
menjalankanpembedahan kecil pada lidahnyauntuk memastikan punca
benjol
pada lidah wanita tersebut.
Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian
yang
benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu
Kesimpulannya terdapat telur lipas padapelekat sampul suratyang
dijilatnya.
Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam
mulutnya.
Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis:
“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”
“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat
untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda
yang
terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”
“Sayasudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat
sampul
surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”
“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan
tidak
membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat.
Saya tidak pernah faham mengapa.

“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500
kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di
suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas
sedang
menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”"

p/s:Harap info ini berguna untuk kita semua :)



pitcure 1


pitcure 2

Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat


★Thankiss sebab bace★

Views

Zodiak & Makanan Kegemaran,Betul kee??Jom Baca !!

Pisces: Kamu suka menu makanan siang yang banyak mengandungi air dan sebelah malamnya pula kamu gemar menikmati makanan-makanan berminyak dan bersos. 

Aries: Kerana terlalu sibuk beraktiviti, kamu tidak berkesempatan memikirkan soal makan. Kebiasaannya kamu akan makan setelah perut mu benar-benar lapar atau berbunyi-bunyi sebagai isyarat bahawa telah tiba waktu makan. 

Taurus: Aroma masakan sering membuat kamu tidak dapat menahan selera makan mu. Kamu rela menghabiskan waktu yang agak lama untuk benar-benar menikmati makanan kegemaran mu! 

Gemini: Bijak berkomunikasi dan gemar bercakap. Ketika mulut penuh dengan makanan pun tetap bercakap. Bagi kamu, makan boleh berhenti tapi bercakap harus diteruskan! 

Cancer: Disebabkan sikap mu yang sukar untuk diramal secara tidak langsung membuatkan jadual pemakanan mu berubah-ubah. Kamu makan sesuka hati ada kalanya kamu hanya makan dua kali dalam sehari.

Leo: Kamu amat menggemari makanan-makanan mewah. Oleh itu kamu sukar untuk mengikut jadual diet mu. Kamu hanya menyukai makanan tertentu dan terus membenci makanan-makanan yang tidak tergolong dalam kategori makanan kegemaran mu.

Virgo: Bentuk badan sempurna penting bagi kamu. Kamu sering memeriksa label nutrien yang terdapat pada bungkusan makanan yang kamu pilih. Kamu gemarkan makanan yang sempurna dan semula jadi. Kamu tidak suka makanan ringan!

 Libra: Sikap ideal kamu ada kalanya menjadikan kamu agak kaku. Setiap kali makan kamu inginkan hidangan itu disajikan dengan cantik, kemas, bersih dan sempurna. Hanya disebabkan sedikit kesalahan, ia akan turut memberi kesan kepada emosi mu. Kamu suka makan berlama-lama kerana setiap suapan yang masuk ke mulut mu akan kamu nikmati sepenuhnya.

 Scorpio: Misteri dan membingungkan, itulah keperibadian mu. Makanan yang kaya dengan rempah-ratus menjadi kegemaran mu. Kamu tidak risau mengenai berat badan kerana kamu percaya bahawa ghairah hidup yang menyala-nyala akan turut membakar lemak di dalam tubuh mu.

Sagitarius: Kamu memang gemarkan cabaran. Malah makanan kegemaranbiasanya lain dari yang lain. Kamu gemar mencuba sesuatu resipi yang baru kerana kamu memang gemarkan kelainan.

Capricorn: Kamu adalah individu yang berwawasan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh. Kamu suka makan secara bersederhana dan mengambil makanan mengikut jumlah yang diperlukan sahaja. Kamu juga hanya setia kepada sesuatu produk makanan sahaja.

 Aquarius: Individu di sekeliling mu ternyata menyukai sikap mu yang gemar berjenaka. Sekiranya menghadiri pesta atau jamuan tertentu kamu sering memilih makanan yang tidak menjadi �favourite� para tetamu yang hadir. Kamu juga dikategorikan sebagai individu yang gemar 

mencuba. Ada kalanya masakan yang kamu cuba agak pelik dan tidak pernah dibuat orang! 








★Thankiss sebab bace★

Views

10 PEKARA BUKTI LELAKI ITU RUMIT...

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar







gambar hiasan jew :)


gambar hiasan jew :)


★Thankiss sebab bace★

Views

~Permulaan Baru~

kasehmutiara.....inilah blog pertama Cik Eyra, actly Cik Eyra pon xthu nk tulis ape kt cni...msih lg terpingga2 dlm pergunaan blog nie...nie smua gara2 tergoda & digoda dgn rakan-rakan office Cik Eyra lah...heheh,org ade blog,Cik Eyra pon nk blog...tp rsanya xslh kowt, law kita nk mencuba sesuatu yg barukan...utk memendekkan cerita ini, Cik Eyra ni boleylah dikategori kn sebagai 'buah cempedak,di luar pagar,ambil galah tolong jolokkan,saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan' SEKIAN




★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...