Okayh sekali lagi mood nak update blog sudahh malii....terasa macam nk buat entry apa yg dilakukan seharian hari ini.Walaupun aku tahu,xda sapa pun pedulik...Lantak kau lah nak buat apa pon,ade aku keesah?
Hari ini,sama jugak seperti hari-hari lain,bangun seawal 6.30pagi solat subuh,lepas tuh walaupun sekadar 10minit aku akan tetap sambung tidur jugak.hehe..Cukup 10minit ,aku pun bangun untuk mandi,bersiap apa yg patut & minum air suam, a'ah memang aku jadikan minum air suam pagi2 sebagai rutin harian. Tepat pukul 7.45pagi aku pun bertolak,disebabkan jarak dari rumah aku ke ofis memakan masa yg lama,mestila kena bertolak awal.Selalu kalau bertolak 7.45pagi boleh sampai dalam 8.20pagi,kalau pagi tuh baik,abg lori pun tak banyak dalam 8.15pagi dah boleh sampai, so korang bayangkanlah sendiri jauh tak? Antara rutin harian aku jugak,sebaik tiba je kt ofis, aku akan ushar2 jap blog,tgk apa yg patut.Cukup time 8.30pagi dh boleh start buat kerja,,opss tidak-tidak,sebelum mulakan kerja kita kena breakfast dulu,betul x?hakhak so aku nak bancuh oat dulu.
Antara yg menjadi pilihan :
1.Minum bijiran radix nih,memang jadik pilihan utama aku diwaktu pagi.
2. Nesvita,bila rasa nak bertukar angin.
3. Nasi lemak nih,kira last lah.Makan bila teringin jee
*Gambar-gambar diatas mintak dekat pak cik google,nasib dia kasik.hehe
8.30pagi hingga 1.00ptg kerja,kerja & kerja.Takde benda yg menarik untuk diceritakan,walaupun ade sedikit aktiviti mengulat dilakukan. Tak boleh senaraikan di sini.Bahaya <---konon artis glomour,
Tepat pukul 1.00ptg mata aku menjeling-jeling kearah ofismate aku sambil menunjuk jam dinding yg sudah kelihatan dgn isyarat mata,dgn harapan dia tergoda dgn lirikan mataku yg ayu..hahah, Tetiba terpaksa melayan akak ofis yg sibuk bercerita mengenai kejadian mesteri yg berlaku...Jemm takboleh keluar lagi.Layan jee.5 minit masa berlalu,tak kira kali nih mesti nekad,angkat beg dan cabut.....hari nih decided nak lunch dekat foodcourt Giant.
Aku nak makan Nasi ayam
Kawan aku pulak makan tomyam
*jugak diambil dekat pak cik google,Tq pak cik..
Okayh.walaupun deria bau aku hilang disebabkan selsema,janji perut kenyang hati pun dah suka,jom kita jejalan. Tetiba masuk kedai kasut Vern's,
disebabkan my ofismate yg beriya-iya sgt aku pun masuk.Kononnya just nak temankan je,tetapi apakan daya,sepesis pantang tgk macam aku nih sgt bahaya jika di bawa ke mana-mana sistem jual beli dilakukan. Maka terbeli lah iyaa...
aku beli yg nih.tgk berkenan.takcakap banyak,terus bungkus.bawa balik.
Inilah dinamakan shopping secara tak disengajakan..huhu
Okayh,dah pukul 2ptg.Time's out,kena balik ofis~Kerja macam biasa,mengulat sedikit,tepat 5.30ptg,aku nak balik...hahaha...Muka yg monyok bertukar jd muka gembira & bahagia perangai tak berubah dari sekolah,kolej,sampai dah kerja.Asal balik jee no 1.
Okayh.selamat berhujung minggu semua :)