Views

3D2N Genting Highland Part 1

ASSALAMMUALAIKUM

Selamat berhujung minggu semua .Seperti mana yang dijanjikan di entry KEMBALI , Kini aku kembali menulis corat coret kisah kehidupanku. Cewahhh ....Yaa entry kali ini aku mahu membawa kalian semua turut merasai ke'happy'an, keterujaan,kegediskan dalam percutian ini .Sekaligus memupuk semula semangat waja untuk aku ber'blogging' semula. Ku akui semangat yang semakin terkubur layu ini,perlu disemai dan dibajai. Okayh! Stop menggunakan ayat-ayat yang sedikit skema. muntah .

Trip yang telah diaturkan.Trip yang sengaja di plan 2,3minggu sebelum tarikh tersebut, telah direncanakan oleh ahli lembaga. Kami sebagai kakitangan ini, hanya melonjak-lonjak kegumbiraan, apabila Boss membuat keputusan untuk mengadakan Trip Percutian Ke Genting Highlands. Apa yang perlu kami lakukan,hanyalah menghadirkan diri. Segala Kos ditanggung. Bererti FREE . Yahooooo !

16/12/12
Dinanti-nantikan oleh segenap penjuru kakitanggan mejakerusi pintu tingkap.okayh!takde kena mengena. Tikus-tikus mula mengaturkan pesta muda mudi, sementara ketiadaan kami di pejabat selama 3hari ini.

Bertolak dari Kulim . Melalui aturcara majlis,kami akan berhenti berehat di R&R Bukit Merah,tetapi disebabkan berlakunya penyelenggaraan di sana. Kami dipaksa berehat di R&R lain.Seingat ku mungkin di alor pongsu.Ouh kurang pasti.Tiba-tiba daya ingatanku luput . Sarapan pagi yang di sponser oleh company.Nasi lemak sebungkus, bihun goreng telur mata sekotak, air kotak teh bungga & soya . Blurrr...
Sarapan pagi kah ini??

Setelah beberapa jam,aku menidurkan diri di dalam bas. Akhirnya bas berhenti di Tanjung Malim,untuk menyantap makan tengahari di Restoran Nasi beriani gam Prima Tanjung Malim.

Sila jangan tertipu.Nasi dan 2 ketul paha ayam ini telah aku bahagikan sama rata dengan cik farah. Aku bukanlah bernafsu seperti ini, sepertimana kalian sangkakan. Ehh...Terimakasih kepada penaja.

Setibanya ke puncak Hotel First World, Genting Highlands pada jam 3.30petang. Tetapi masih belum dapat Check-inn bilik,kerana bilik masih lagi penuh. Operasi Check-inn bilik dapat dilakukan pada jam 5petang. Sementara itu.Mari kita meninjau-ninjau sekaligus melawat kawasan Genting Highlands.

 Grrr.. Sejuknya.......
Bangunan warna warni itulah Hotel First World yang akan kami menginap selama 3D2N.
*Terfikir sejenak,macam mana dieorang cat bangunan itu? anyidea?please answer me..


Seperti yang dijanjikan jam 5petang. Check-inn bilik. Opss terlupa nak snap gambar bilik. Maafkan saya* gaya zizan. 7.45 siap sedia untuk makan malam.

Senyum gumbira nak pergi makan..

Makan Malam di Restoran Kampung Genting Highlands. Sangat berpuas hati.Makanan yang disediakan berkonsep bufet, makanan memang meriah sangat.Rambang mata nak pilih,tengok ni sedap,tengok itu sedap..ouhhh..tolonggggg !

Tempat pun cantik. Model 2 orang ni lagu cantik. hehehe. Kak Mira with blogger cik Salju . Untuk pengetahuan am anda.blogger cik salju nih lah,yang mencapak aku kedalam dunia blogger nih.Thanks akak !
Aiskrim Vs Kopi susu panas. 
Perghh sejuk-sejuk macam nih feel dia lain macam sikit


Jemput minum
Aneka rempah. Sila tenung beramai-ramai label yang tetera.

Selesai makan malam dan menilik malam masih muda, Kami mahu bersiar-siar,sambil menghirup kesejukkan malam di puncak Genting.
 Yeahh. Kami mahu terbang..
 Bestt! Muka tahan kesejukkan
Uikss.ada show pulak..

Hah,selesai sudah 1 hari perjalanan. Jadi apa yang berlaku kepada keesokkan harinya pulak? Jom tunggu next entry 3D2M Genting Highlands Part 2 pulak. Hakhak, Dah macam drama bersiri sudah.









★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...