Views

Tuhan jagakan dia

ASSALAMMUALAIKUM
Sambungan daripada entry new family. Seperti yang digembar-gemburkan oleh aku sendiri 
mengenai majlis perkhwinan sepupuku pada 10/11/12 (belah perempuan) dan 
17/11/12 (belah lelaki) .Dalam kemeriahan majlis itu tersimpan satu cerita.

16/11/12 di pagi Jumaat sehari sebelum majlis perkhwinan sepupuku berlangsung.Entah 
kenapa aku berasa tidak sedap hati pada pagi itu,sesekali aku menjeling kearah telefon 
bimbit yangterletak disisiku. 'Mana dia ni,selalu time nih mesti dh msg.Ishh sibuk 
sangat kee' Aku seperti takpuas hati kerana dia belum menghubungiku. Tetapi lama 
kelamaan,perasaan tidak senang itu terus menjolak hati kecilku.Lantas aku mendail
 nombor 01********Aku mendengar suaranya yg lemah dihujung talian. Dia mengadu 
sakit perut yang teramat. Aku mensyaki dia hanya tersalah makan saja.Tapi sebelum 
mematikan talian aku menasihati dia supaya berjumpa doktor untuk mengambil MC dan
 seterusnya berehat dirumah.

Jam 10.30pagi- dia menghubungiku lantas memberitahuku,dia sudah pun ke klinik,tetapi 
doktor di klinik tersebut memberi surat untuk dia membuat checkup terus ke hospital. 
ahh apa pulak nie.Bisik hati kecil ku.Sampai je dihospital doktor nak cek air kencing dan 
darah.Sementara menuggu keputusan doktor,aku sempat menghubunginya untuk
 mengetahui perkembangannya.Daripada perbualan aku dan dia tadi,aku dah dapat 
mengangak sakit perut yang dia alami itu bukanlah disebabkan tersalah makan.
Ini bukan sakit perut biasa.Yaa ini bukan sakit perut biasa! Tapi siapakah aku
untuk menyatakan sedemikian sebelum keputusan doktor yang menSAHkan.Aku bukanlah 
pelajar perubatan,tapi sedikit sebanyak aku ada terbaca mengenai appendicities atau 
dalam bahasa melayunya apendiks.

Memang tepat jangkaanku.Doktor sudah pun mengeluarkan keputusan.Kelu aku seketika.
Mujurlah pada waktu itu dia tidak sendirian,dia bersama ibunya.Daripada hospital 
kerajaan dia di transfer kan ke hospital swasta
Dia ditempatkan di KPJ,Bukit Mertajam (sumber google)
Disebabkan pada hari itu aku masih lagi bekerja,aku tidak dapat menemaninya.Tapi aku berjanji lepas kerja aku akan bergegas ke sana. Doktor memberitahu akan melakukan pembedahan ke atasnya pada pukul 9malam ini.

Sebaik habis waktu kerja aku terus bergegas pulang.Mandi untuk bersiap ke KPJ,sebelum itu aku sudah memberitahu mama mengenai keadaan beliau.Mama mahu menemaniku ke sana.

Tiba disana pada pukul 7.20malam.Dia telah bersiap sedia diatas weelchair untuk dibawa kebilik pembedahan. "ehh,kata pukul 9malam,sekarang baru pukul berapa?"

Yaa!.memang pada mulanya pembedahan akan dilakukan pada jam 9malam ni.Tetapi disebabkan dia mengalami demam,doktor mahu cepatkan waktu pembedahan. Mujurlah aku sempat berjumpa dengan dia.

Aku mengikutinya hingga ke bilik pembedahan.Aku hanya mampu melihat.Seluruh tubuhku terasa mengeletar.Selepas menghantarnya ke pintu bilik pembedahan aku menemani ibunya untuk solat maghrib terlebih dahulu. Selesai solat maghrib ibunya terus membacakan yassin.Kebetulaan aku,mama dan adik perempuannya pada waktu itu berada dalam uzur.Kami hanya mampu duduk dan berdoa.Sesekali aku mengintai kearah bilik pembedahan. Sepi.

9.15malam, aku menunggu di depan pintu bilik pembedahan.Akhirnya pintu terbuka.Aku melihat dia diusung diatas katil untuk ke wad Lavender .Tapi dia masih dalam keadaan tidak sedar.

Aku merenungnya dihujung katil.Dia berada dalam keadaan separa sedar.Apakan daya,aku tidak dapat menunggu lebih lama,kerana keesokan harinya ,majlis perkhwinan sepupuku akan berlangsung.Aku harus pergi sekarang,kerumah atok untuk membantu mereka membuat persiapan.Sebelum pulang,aku memangil namanya dan mengatakan mahu pulang.Dia hanya menganguk lemah.Selesai bersalam dengan ibu dan adiknya.Kami beredar.

17/11/12-Keesokkannya majlis berlangsung,aku diminta untuk menjadi pengapit kepada penggantin perempuan.Sepanjang majlis berlangsung aku hanya mampu tersenyum dibibir.Hati tidak!Sesekali aku memandang jam.Alhamdulilah..majlis berjalan dengan lancar.


Selesai majlis aku terus bergegas ke KPJ,aku telah menyatakan hasratku untuk menemani ibunya menjaga dia pada malam ini.Keadaannya masih lagi lemah.Yang membimbangkan kami,demamnya masih belum surut.Perutnya kelihatan kembung.Mungkin angin.Selepas pembedahan memang tidak dibenarkan makan,hanya dibolehkan minum air masak jee.Setelah memberi air suam kepadanya.dia bersendawa beberapa kali.Angin perut sebab tak makan.

18/11/12-Aku hanya dapat menjaga dia 1 malam sahaja,aku harus pulang kerana aku perlu bekerja pada keesokkan harinya.Keadaannya makin elok daripada semalam cuma demam je belum surut.kekadang tinggi kekadang menurun.

19/11/12 isnin. Taksabar menuggu waktu habis kerja.taksabar nak pergi melawat dia.Aku mahu melihat keadaannya. Hari ini,lebih baik dari semalam.dia dibenarkan minum milo tapi masih belum dibenarkan makan.

20/11/12 selasa.10.30pagi. Aku dihubungi olehnya.dia kata doktor dah benarkan dia makan Moi (bubur nasi) aku gembira mendengarnya.Aku berharap dia dapat keluar KPJ segera.Yaa itu yang aku mahu!

21/11/12 rabu. Waktu yang aku nantikan.Dia dah dibenarkan.Ya Allah syukur..
Sekarang ini,dia dah ada kat rumah.Tapi masih lagi dalam keadaan berpantang.Demam dah surut.Dah boleh bangun sendiri tapi perlahan-lahan.Tidak 100% pulih.tapi aku mengharapkan perkembangan yang positif hari demi hari. 28/11/12 (rabu) dia akan ke KPJ semula untuk rawatan susulan.

~Ya Allah.berilah nikmat kesihatan kepada kami~











★Thankiss sebab bace★

Views

new family

ASSALAMMUALAIKUM..
hai u olss, ada sesapa tak rindu kat kiter?hewhew..gediksnya aii..
Hm perasan tak cikeyra da lama tak bersiaran?opss.takde?Yelahh,bukan femes
 bloger pon kan.Last entry mengenai post 10/11/12 .Lepas dari tu,terus sunyi sepi blog ni.
Terima kasih kepada bloger yg berkunjung. Terharu T_T

Actly,sejak dua tiga empat lima enam menjak ni banyak benda yang telah berlaku dalam 
kehidupan ku.Disebabkan terlalu banyak hal yang berlaku,aku sendiri pun tak tahu nak 
mulakan dari mana.10/11/12 adalah hari persandingan sepupu ku yg berlangsung di 
sg petani.Kami mewakili keluarga disebelah penggantin lelaki . Dan pada tarikh 
10/11/12 itu jugak adalah tarikh perkenalan antara aku dan dia. 9tahun lamanya.

Okayh! berbalik kepada topik majlis persandigan
bergambar sebelum bertolak ke sg petani.


 Gambar di atas ialah homestay yg telah disewakan oleh keluarga penggantin perempuan kepada keluarga penggantin lelaki untuk berehat seketika.Bertempat di Taman Semarak, sg petani.
 Sambil menunggu dan menonton TV,tetiba kazenku ajak aku pergi ke butik penggantin untuk dia bersiap sebagai RAJA SEHARI .heheh daripada tak buat apa-apa aku pun follow lah..
 Penggantin lelaki sebelah kanan sekali.yang pakai baju birugelap.Lagi dua orang nih member kiteorang jugak.Dulu kami semua 1 sekolah dan 1 kelas.
Sebelah kiri ni member baik kepada penggantin perempuan.
Opss sebelum tu,aku lupa nak ceritakan. Penggantin lelaki dan perempuan ni dah bercinta 
sejak disekolah menengah lagi taw.Taksilap aku 9tahun mereka menyemai kasih. 
Yang kelakarnya,kami semua 1 kelas,kirenya penggantin perempuan tu kawan aku 
jugak.hahah. Nak tergelak bila aku dan nurul (penggantin perempuan) flashback 
kenangan masa kami kecik-kecik dulu.disebabkan leka sangat bermain masak-masak kat 
rumah nurul,sampai mama aku datang panggil balik weii. Yelah lama sangat berjalan kat
 rumah orang,takut jugak mak dia takselasa,time tu kami kecik lagi mana taw semua
 tu.Taksangka pulak dia jadi sepupuku sekarang.
Selamat Penggantin baru.semoga cinta yg disemai sentiasa mekar.. ececeh..
Majlis persandingan disebelah penggantin lelaki..

Dahulu merangkap sahabat,sekarang dah 1 keluarga..Majlis disebelah lelaki memang aku tak banyak snap gambar.Sebab sedang diselubungi kesedihan.Bukan bersedih sebab jeles dieorang kawen yee...
Ada cerita disebaliknya.
InsyAllah akan bersambung.
teruskan menonton membaca.








★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...