ASSALAMMUALAIKUM...
gugugaga chakk..hahah 3 suku aku hari nih....
JUST short entry.....
cikeyra nak ucapkan selamat maju jaya kepada calon-calon SPM 2012.hoho nak wish
bagai macamlah terkenal sangatkan.Kepada bloger-bloger yang sedang menduduki SPM
tahun ni harap dapat buat yg terbaek kayh ! fokus kepda paper exam.
Tapi janganlah sampai abaikan kesihatan taw.PMR(2004) & SPM(2006) mempunyai
kenangan yg sama iaitu cikeyra jatuh sakit pada paper yg terakhir. Paper akhir
PMR(2004) adalah subjek KEMAHIRAN HIDUP pada hari itu cikeyra selesema
teruk,hidung tak henti-henti mengeluarkan sesuatu & mengalir dengan lajunya
sampai satu tahap cikeyra takdapat nak menahannya lagi dan meminta excuse
untuk ke toilet sambil di follow oleh cikgu yang menjaga dewan peperiksaan 'ishh kacau
betul la dok ikut2 pegi toilet,nak seyhhh hingus pon taksenang' ...Selesai je habis
menjawab kesemua soalan cikeyra terus beredar dari dewan tanpa menunggu masa
tamat.dan habis PMR cikeyra terus demam.
SPM(2006) paper akhir ialah subjek KIMIA , pada hari itu cikeyra mengalami sakit kepala
yg melampau + selesema yg boleh tahan hebatnya,terasa macam nak hantuk-hantuk
kepala kat dinding.Dah la paper killer. Selesai menjawab cikeyra terus beredar tanpa
menyemak kembali jawapan-jawapan tersebut. Tawakal je lah...
Alhamduliah kedua paper ini, lulus...hehehe..
Gambar kenangan di kelas 5 Perdagagan Sekolah Menengah Teknik Tunku Abd Rahman,Penang (TARP)
*apa yang inginku sampaikan ialah jaga kesihatan sebaiknya pada musim peperiksaan ini.jangan sampai jatuh sakit macam aku nih..huhuhu