Selamat Hari Malaysia yang ke 50.Apa itu hari Malaysia?? Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan perseketuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963 . Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu,Borneo Utara(kini Sabah),Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Okayh sedikit intro dan sedikit sebanyak tentang Hari Malaysia,untuk info lebih jelas silalah google sendiri atau klik je kat SINI ... Hari Malaysia nih sama penting juga tau dengan Hari Merdeka yang disambut setiap tahun pada 31 ogos. So kepada semua calon SPM sila ingat betul-betul,mana tau kang ada soalan macam gini,tak leh jawab malu satuu kampung weiiii....
************************************************
Today dah 17-09-2013, that's mean dah sebulan aku bergelar tunangan orang..hihihi..how feel?? hmm,best kot..hahaha..Ishh,dah sebulan baru nak hupdate??teruk betoi bak hang...
Pihak lelaki telah memilih tema warna Gold sebagai tema hantaran mereka,Manakala pihak perempuan memilih warna biru purple,pada diawal planning aku nak pilih biru putih sebagai tema hantaran untuk diberikan kepada pihak lelaki,tetiba jadi biru purple..*tetiba kan..hahaha Pihak lelaki menghantar sebanyak 19 dulang hantaran dan pihak perempuan juga membalas 19 dulang hantaran.
Rombongan pihak lelaki dan diselit juga kaum keluarga pihak perempuan,time ni aku kat dalam bilik jantung dok dup dap dupp dappp...*lagu dangdut .. ketika itu aku ditemani oleh 2 sahabat baikku,yang sibuk ajak aku berposing bagai...padahal jantung dah nak tercabut nih,geram pulak dengan 2 ketul manusia nih..hahahah
Inilah sahabat baik merangkap orang kuat majlis pertunanganku sebelum,semasa dan selepas majlis. Thankz dear farah...ohh terlupa farah jugak selaku makandam yang melilit tudung,memakaikan maskara Maybellin Volume Express dimataku dan secalit Lipice sher color...So simple je aku tachap,bedak pun takpakai, motif?? nak gitau muka licin lettew..bhahahaha.. *camera 360
Sahabat baik dari dulu dan sekarang,fatin pun baru je lepas bertunang 4 syawal hari tu..Tahniah atinn..hihihi,memang 2 ketul ni je kawan yang aku jemput,yang lain semua ahli keluarga dan jiran sebelah rumah,kepada kawan-kawan yang lain maafla,majlis buat kecil-kecilan je..kawen nanti wajib aku jemput ampa semua naa..*camera 360
Bersama bakal ibu mertua ku....sengih takmau mau,dalam jiwa sapa tauu,berkelana kesuma dewi ehh..lepas acara menyarung cincin,aku pun pergila bersalaman dengan semua mak-mak sedara,opss bakal mak mak sedara,over tau hihihihi..,ingat lagi time nih mak su beliau sempat lagi tegur ''aii,sejuk tangan" ...hahaha aku mampu tersengih-sengih je,kantoi sudah aku punya nerves..hahahaha,apa laa aku ni,tak reti langsung nak cover perasaan,baru bertunang,belum akad nikah lagi,gamaknya macam manalah kan..huhuhu cannot imgine lah..
Okayh..cukup-cukup...kalau boley semua gambar aku nak upload...bawa bersabar cikeyra..sampai di sini je lahh......
p/s: Thank to all yang banyak membantu untuk menjayakan Majlis Pertunangku,terutama kepada mama,abah,anis,hisyam,ejat,mak chaq,mak teh,mak cik,mak lang,pak lang selaku wakil jurucakap pihak perempuan and to all my family members,taklupa juga kepada farah dan fatin yang sama-sama meraikan majlis ni...dan tak lupa jugak kepada rombongan pihak lelaki yang hadir...Walaupun majlis ini berlangsung secara sederhana,tapi dengan kehadiran kamu kamu semua,membuatkannya tip top sekali..Tskk T_T. terharu bak hang...
Ucapan aku ni dah macam nak buat folio sekolah dah kan...saborr jelahh...dah lama tak membebel dalam blog gini,tup tupp jadi pah bedah...
comey tak kiteorang??bhahaha..k bai