Views

Sahabat

ASSALAMMUALAIKUM

Bayangkan life anda tanpa teman di sisi..??err... rosak giler aku punya intro..hahahah..Di malam yang sepi nih,chantaikkkk punya aku dok layan gambar-gambar lama time study dulu. Seyess rindu giler, walaupun time tu aku rasa azab sangat, tiap-tiap hari aku dok tanya sahabat baik aku (fatin) , bilalah kita nak habis belajar ni? nah .. sekarang dah pun habis, tergedik-gedik nak flashback tengok gambar gambar lama bagai.

Bila aku dok tengok balik gambar-gambar lama ni, seakan seperti tidak percaya pulak bahawasanya ketika itu aku begitu COMEL dan LEGAM, si baju biru itulah tuan tanah.Gambar no 2 teruja snap picture dengan MAYA KARIN u olss *sila klik pada gambar untuk gambar yg lebih jelas*

HAHAHAH, nak gelak jugak, nape time nih aku boleh tak sedar diri yang aku nih COMEL dan LEGAM?*garu kepala* ke pakwe aku tu yang buta??kihkihkih....*sila klik pada gambar untuk gambar yg lebih jelas*

Motif pada awal peceritaan, aku nak story about 'Sahabat' sebenarnya, aku dah melalut tak tentu pasal ni dah kenapa pulak..adehh, macam tak kena je...
Now dah turun 7kg tau, TQ herbalife ....wahh iklan lah pulak, btw aku bukannya egent,kalau nak cuba, sila carik sendiri*ayatkejam* kulit yang legam dulu,puncanya dok berulang alik dari kolej ke hostel dengan pendedahan matahari yang melampau, Wehy aku dulu pergi kelas jalan kaki tau, mau 20minit jugak aku berjalan..bila hujan je aku naik teksi, kalau tak jangan harap lah brader, Cukup sebulan tapak kasut confirm tertanggal. Sakit hati je tengok kekawan yang naik kereta tu gila sombong, padahal menumpang kawan dia punya kereta je pun, tuan kereta pun taksombong,ini pulak kau!mana nak kawan dengan kita yang jalan kaki nih pandang pun sebelah mata je, bila tahun akhir aku dah bawa kereta, baru nak baik-baik dengan aku,sebab sahabatnya tu dah pindah kolej, so? ingat aku nak layan? akulah manusia yang berhati kering dan toya, mana kawan yang sama-sama susah dengan aku dulu, aku akan utamakan dieorang  dalam apa jua keadaan pun tau.Okayh sedikit emo #THE END#*sila klik pada gambar untuk gambar yg lebih jelas*

* Sahabat ini mempunyai bermacam sifat, ada yg hanya datang bertempek bila kita senang dan pergi bila kita susah, ada sahabat luarannya seperti boleh dipercayai tetapi sebenarnya hanyalah bermuka muka suci, Namun sahabat yang sentiasa bersama dikala susah amat susah diperolehi..

Erkk, mungkinkah jika aku ialah sorang artis popular, gosip yang menghiasi dada dada akhbar itu ialah 'SORANG ARTIS TERKENAL TELAH MEMBUAT PEMBEDAHAN PLASTIK DI KOREA??Ohhmygucci...








★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...