Views

R&R RTC "Satu hentian,pelbagai perkhidmatan"

 ASSALAMMUALAIKUM

Alhamdulilah,selesailah sudah Majlis Konvokesyen My brother , Kami lajak tidur satu malam lagi dekat Putrajaya,nasib baik tumpang rumah sedara boleh la jugak mengada-ngada kejap nak balik kejap tak nak kan..Itulah kepentingan silaturahim ye adik-adik.

Disebabkan nak menghantar si Hisyam yang baru lepas konvo tu ke Gombak, memang kena keluar awal pagi lah,takut jem,kebetulan today is tuesday,my sedara memang confirm lah nak kena keluar pergi kerja,kiteorang pun tak nak susahkan dieorang,so jom lah kita bergegas keluar menghirup udara pagi di Putrajaya yahooo.... nanak lagi Hisyam ada kelas pukul 11pagi nih. Lepas je,breakfast nasi lemak dan roti tisu cicah susu manis dekat kedai mamak area Putrajaya,kami terus on da way ke Gombak.syok gak makan santai pagi-pagi sambil memandang sinis kepada mereka yang tergopoh-gapah pergi kerja.bhahah

Dah selesai segala macam,kami terus lah pulang ke Pulau Pinang, semasa dalam perjalanan pulang,kami terperasan satu R&R ni.. R&R RTC, ehh tak pernah nampak pun sebelum ni, rasanya R&R baru ni...R&R ni dekat area Gopeng, satu hentian rehat yang menghubungkan lebuhraya utara-selatan(PLUS) dengan pusat transformasi luar bandar. R&R RTC di bina bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai khsusnya pengguna lebuhraya untuk berhenti berehat dan bersantai.

RTC atau nama dalam kad pengenalannya rural transformasi central ni dibina dikawasan seluas 3.2 hektar iaitu kira-kira 500 meter dari RTC dan bersebelahan PLUS. Memang besar gila tempat ni,siap ada supermarket Mydin lagi,dalam Mydin ada First Lady,kedai emas wah chan,kedai cermin mata,kedai henset..ish3 bayangkan lah, pasar basah pun ada,rasa-rasa nak beli sotong,ikan,ayam ke hah boleh lah singgah,balik nanti boleh terus masak..Memang sesuai dengan punchlinenya "satu hentian,pelbagai perkhidmatan"


Tandas memang glamor lah cakap lu,ada label gambar dekat setiap pintu masuk tandas,so tak payah lah nak terhendap-hendap "eh,jamban duduk ke cangkung ek" tengok je dekat pintu tu sebelum nak membuang hajat. Surau yang sangat selesa memang berbeza daripada R&R yang lain.

Menu dekat sini,macam best-best jugak,tapi yang tak best bila aku nak order "maaf dik,tak ada"... ehh wakluu, kalau takda,tak payah lah letak dalam menu,ni sampai dua tiga menu takda,hangin jugak, nasib baik i bukan pregnet, kalau tak mau meleleh gak air liur anak aku..ehhh jaohnya berangan..Takpa lah,aku maafkan,hentian ni pun baru lagi,mungkin dieorang nak tengok macam mana sambutan pelanggan..think positif,think positif..


 Jom layan gambar, dah tak tahu nak membebel apa..








p/s: apa macam,best tak? lenguh kaki jugak nak ronda-ronda ni...













★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...