Views

65 Hari Bergelar 'Puan'

ASSALAMMUALAIKUM

Alhamdulilah..syukur dengan rahmat Allah S.W.T yang masih lagi memberi nyawa kepadaku untuk terus bernafas di bumi ini..syukur lagi sekali usia perkahwinan kami sudah masuk 65hari..eh eh rasa kejap je...biar betul,macam takpercaya lagi dalam rahimku ini dah ada penghuni,Ya Allah besarnya RahmatMu kepadaku,..

Ouhh..yang orang dok sebut bunting pelamin tu,rupanya ginilah ek..hehehe actually malu jugak nak mengaku yang aku ni bunting pelamin,macam 'eeiii,cepatnya korang'... 'ruginyaa,taksempatla nak enjoy'...ishh tapi bila difikir balik,pehal nak malu pulak,HALAL kot....Tak sempat nak enjoy?? sapa cakap tak boleh enjoy??

Seyesly,tak pelan pon nak pregnant awal dan tak rancang pun..cuma sebelum kahwin tu aku adalah terlintas kat dalam hati ni, "kalau Allah beri kami zuriat awal,maksudnya Allah tahu kami dah betul bersedia nak pikul tanggunjawab ni,andaikata Allah tak beri kami zuriat lagi,kami belum betul bersedia lagi,sesungguhnya Allah tahu kemampuan hambaNya'

Jom layan gambar kahwin dulu,lupakan about pregnant-pregnant tu dulu,kita cerita next entry pulaklaa..
 inilah dia imamku..
 abah..waliku
 abah sendiri yang nikahkan kami..tenkiu so much abah..i love youu...
 alhamdulilah dengan sekali lafaz,kini sah bergelar isteri...Puan Nadzirah tau..dah Puan okayh..nghee

 Cincin untuk my husband
cincin kahwinku
Majlis akad nikah ini berlangsung di Masjid Baru Sg Bakap,selepas asar pada 31/01/2014 Jumaat..Terima Kasih kepada saudara mara yang datang,kepada kawan-kawan yang turut memeriahkan suasana petang ini,sedikit sebanyak dapat jugak menghiburkan hatiku yang ketika itu sedikit gementar..dari pagi itu hingga ke petang nak akad nikah tu,aku dan anuar tak langsung berhubung tau..masing-masing sibuk dengan urusan sendiri..dan masing-masing beri ruang untuk diri sendiri,selepas selesai akad nikah barulah kami bersua muka.hehehe
Selesai Majlis akad Nikah di Masjid kesemua ahli keluarga dan para sahabat dijemput ke rumah penggantin perempuan kerana sedikit jamuan disediakan...Bolehlah nak snap snap gambar dulu,takut keesokkannya busy pulakkan..ouh yee Majlis persandingan diadakan kepada keesokkan harinya.Today lebih kurang kenduri sikit-sikit je,yang datang pun family kita-kita je dan sahabat rapat :)
Sesi berkenalan antara pengantin laki dengan keluaraga pengantin perempuan..hehehe..Hai tokwan Mat,nindia cucu menantun..heee ni tokwan sebelah abah..tok pah iaitu wife kepada tokwan baru je meninggal last year...Al Fatihah..

 with my kazen kak cik dan baby boy yang comey dan bambam...hello shaiqul..mmuahh
With mama dan tok mah,tok sebelah mama,tokwan sebelah mama dah lama meninggal since aku kecik lagi
Hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki semuanya 15 vs 15...banyak tak?masa bertunang dulu lagi meriah 19 vs 19..aish garu kepala bak hang ini disebabkan belah myhusband yang terlampau eksited nak bagi lebih-lebih..tambah punya tambah nahhh hamik kau...dalam rumah penuh dengan hantaran je..tengokla katil pun tak muat..hahaha..sabar je lah...tapi jangan pelik ye dalam gambar memang ada 12 je,nampak tak tapak yang kosong tu,yang tu aku letak cincin,manakala lagi dua kek masih lagi dalam peti ais..ehh peti sejuk..jap jap peti ais ke peti sejuk ek?? Okaylah sampai sini saja dulu,In sha Allah banyak lagi yang nak dicoretkan seperti Majlis bersanding 1 februari 2014(Perempuan),majlis bersanding 2 february 2014(lelaki),honeymoon time,cerita pasal pregnant..Haish banyak tau...cuma masa je tak cukup..ditambah dengan internet yang macam siput..

Okayh...bye bye my blog sayang...






★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...