Views

CARA MENGURUSKAN BADAN

Apabila seseorang menghadapi masalah berat badan, perkara pertama yang selalu dilakukan ialah.. (1) DIET!. Mereka akan mula mengurangkan makan nasi, kurangkan makan daging, kurangkan makan-makanan berlemak dan sebagainya. Kemudian, mereka akan (2) BERSENAM. Tujuannya adalah untuk membakar kalori serta lemak yang banyak tersimpan di dalam tubuh. Langkah seterusnya, mereka juga akan cuba (3) MENDAPATKAN DAN MENGGUNAPAKAI PRODUK-PRODUK PELANGSINGAN , seperti makanan, minuman mahupun alat mengempiskan perut. Jika semua ini tidak berhasil, (4) MENDAPATKAN RAWATAN DI PUSAT PELANGSINGAN adalah pilihan yang terakhir dan kosnya pula boleh mencecah ribuan ringgit.
Semua teknik ini tidak salah, malah ada sesetengah darinya memang diakui berkesan dan dapat membantu anda menguruskan badan. Namun begitu, satu persoalan yang timbul, sampai bilakah anda perlu melakukan perkara ini? Adakah anda perlu menahan diri untuk makan makanan yang enak selamanya? Adakah anda perlu mengambil makanan kesihatan itu sehingga ke akhir hayat anda? Adakah setiap bulan anda perlu ke pusat pelangsingan untuk mendapatkan rawatan sehingga tua? Semua itu melibatkan kos perbelanjaan yang sangat tinggi... maklumlah, kaedah ubat-ubatan serta perawatan ini, selalunya, hanya memberikan kesan yang sementara sahaja. Apabila anda berhenti mengambilnya, tubuh anda akan mula membesar semula.

APAKAH JALAN PENYELESAIANNYA?


4 senaman kempiskan perut (bahagian 1)
Memiliki perut yang kempis serta langsing memang menjadi idaman setiap wanita. Bagi mencapai objektif untuk mengempiskan perut, berikut adalah 4 jenis senaman yang boleh anda amalkan setiap hari;


A. Knee Circle


1. Baringkan diri anda dan pastikan punggung rata di atas lantai.

2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.

3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki anda sehingga lutut berada di atas perut.

     Senaman knee circle 1


Pada posisi ini, cuba anda tahan dalam kiraan 5.


4. Kemudian, gerakkan lutut anda ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.

5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh anda tetap menghadap ke atas.

Senaman knee circle 2


Pada posisi ini juga, cuba anda tahan dalam kiraan 5.

6. Seterusnya, luruskan semula lutut dan kaki anda ke lantai.


Ulangilah senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no.4.

Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Di mana setiap satu set mengandungi 10-15 kali ulangan pergerakan.


B. Side Chop

1. Memula, anda berdiri tegak dan buka sedikit kedua-dua belah kaki.

2. Pegang dumbell atau "medicine ball" seberat 2 atau 3 kg.

3. Turunkan badan anda kira-kira separuh bongkok.

4. Kemudian tarik kedua-dua tangan anda menghala ke sebelah kiri bahagian bawah badan.


Senaman side chop 1


Pastikan ketika tangan berada di sisi badan, lutut anda tetap menghala ke arah depan.


5. Kemudian, bawakan tangan anda menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan.


Senaman side chop 2



Ulangi senaman ini sebanyak 2 set di mana 10-15 kali ulangan pergerakan untuk setiap set.

Selepas itu, ulang semula langkah di atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan; iaitu pada langkah no.4 dan no.5 ya.


Baiklah, saya berhenti di sini dahulu. Lagi 2 jenis senaman kempiskan perut lain akan saya kongsikan kemudian yer. :)










Dua senaman mengempiskan perut telah pun selamat saya kongsikan di sini. Dua lagi senaman yang seterusnya adalah "back extension" dan "upper body crunch".

Tanpa berlengah, jom kita tengok langkah-langkah untuk membuat kedua-dua senaman tersebut.


C. Back Extension


1. Memula, anda perlu berlutut dengan kedua lutut dan tapak tangan mencecah lantai.

2. Pastikan bahagian kepala hingga punggung anda dalam keadaan lurus.

3. Kemudian, secara perlahan-lahan angkatkan tangan kiri anda ke atas. Pada masa yang sama, angkat juga kaki kanan anda.



Senaman back extension - health.msn.com


4. Semasa berkeadaan seperti di atas, bertahanlah dalam kiraan lima.

5. Setelah itu, kembalilah ke posisi asal perlahan-lahan sambil melepaskan nafas ya.


Lakukan sebanyak dua set di mana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Selepas selesai mengangkat tangan kiri dan kaki kanan, tukarlah posisi kepada mengangkat tangan kanan dan kaki kiri.


D. Upper Body Crunch


1. Anda berdiri tegak sambil kaki dibuka lebar sedikit.

2. Letakkan pula kedua-dua tapak tangan di sisi kepala anda dengan tangan ditekankan sedikit.

3. Kemudian, tahan perut dan tarik nafas sedalam-dalamnya dengan perlahan.

4. Seterusnya, bengkokkan bahagian sisi pinggang anda ke kanan sehinggalah terasa seperti ada tarikan.

5. Anda tahanlah dalam kiraan lima ya.

6. Selepas itu, kembalilah ke posisi asal secara perlahan-lahan.

7. Kini, anda ulang semula langkah tahan perut dan tarik nafas; serta gerakkan bahagian sisi pinggang ke sebelah kiri pula hingga ada rasa seperti tarikan. Tahanlah dalam kiraan lima.

8. Semasa bahagian sisi pinggang anda dibengkokkan ke kanan dan kiri, pastikan pinggul anda tetap menghadap ke depan.


Sama seperti senaman back extension, ulangi senaman ini sebanyak dua set di mana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Pastikan anda buat sebelah kanan dua set dan sebelah kiri juga dua set. :)

Mudah-mudahan dengan mengamalkan empat senaman berikut dapat merealisasikan impian anda untuk kempiskan perut buncit.

*Sekadar perkongsian credit to:
http://petuasejagat.blogspot.com 




★Thankiss sebab bace★

Views

Menguruskan badan ?

Hye...Salam 1 Malaysia...Wahh,rasanya dah lama tak update blog nie kan, dah berdebu dan berhabuk sudah...bukan kata nak singgah nak menjenguk pun tak berkesempatan..Al-maklumlah sibuklah katakan... heheheh,Bukan sibuk apa pon sebenarnya, cuma siang tu dah penat bekerja,dah balik dari kerja, penatlah pulak...haa sebut pasal kerja,teringat pulak pada rakan-rakan sekerja yang sekarang ini, boleh dikatakan semuanya mahu melangsingkan badan, daripada anak dara sehinggalah ke mak dara.Pelbagai produk yang telah diperkenalkan.Hal ini, sangatlah dipuji ini kerana masing-masing telah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Jom kita jadikan azam 2012 ini,untuk mendapatkan tubuh yang ramping dan sihat.MARI SAYA TUNJUKKAN ANDA TEKNIK MENGURUSKAN BADAN DENGAN MUDAH DAN SELAMAT TANPA PERLU MENGAMBIL SEBARANG PIL MAHUPUN MENJALANI RAWATAN PELANGSINGAN YANG MAHAL......... JOM KE POST YANG SETERUSNYA......
★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...