ASSALAMMUALAIKUM..
17/09/2012 Isnin..Yeahh cuti lagi..yelah hari ahad baru ni kan Hari Malaysia,jadi Hari Isnin
adalah cuti ganti. Dah baca ke entry nie...Kalau belum jemput lah baca,sambil-sambil tu
silalah klik duit tabung..plssss,hehe.
Entry kali nih,nak cerita pasal makan-makan je, bagi yang tinggal dekat area Kulim, mesti
sangat farmiliar dengan Restoran Pokok Manggis kan,Makanan dekat sini sedap-sedap
belaka.Memandangkan kami sekeluarga jarang-jarang makan kat luar,jadi hari ini kami
decide nak makan dekat Restoran Pokok Manggis,adik aku yang no.2 tengah cuti
2minggus sekarang ni,jadi dah berkumpul ramai-ramai ni sedap jugak makan kat luarkan.
My sister & yang tudung biru tu tok saya lah, ibu kepada mymom
Mama tengah pilih ikan Pari untuk dibakar oleh tukang masak di Restoran tersebut.
Pilih punya pilih, 3ekor kesemuanya berjaya dipancing oleh beliau..hehe
****
Laicikang menjadi pilihan hati sanubariku
Mari-mari sudah sampai...
Nasi putih utuk 7 orang makan
Ikan bakar Pari (3 ekor)
sotong goreng tepung seyes aku jatuh ati dgn sotong ni
ayam masak merah
sayur kailan ikan masin
telur dadar
Tomyam Cendawan
Timun & Sambal Belacan
###
dan hasilnya,sangat lincin,shabass adik-adikku...
Harga kesemua makanan ni campur sekali dengan air.. RM54.00.. rasa macam murah
pulak, memang berbaloi-baloi.
Alahmdulilah~