Assalammualaikum
26 syawal bersamaan 13.09.2012 cerita bermula.. okay-okay aku tahu,cerita yang lapuk
dan bertapuk-tapuk, tapi belum lagi basi kan kan kan..heheh
ehh ehh, nape semua baju sama je nih? hah, merujuk kepada tajuk entry ni jamuan raya
office kan, Inilah dia.jeng jeng.. Majlis ini bersiaran langsung di Sri Impiana In,Kulim.
Jamuan raya ni dibuat untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama staff,
developer,bankers,broker dan lain-lain, sebagai lawyer firm kami perlu berurusan dengan
ramai orang sebab itulah majlis seperti ini perlu diadakan,secara tak langsung dapat
makan free dengan banyak,hewhew,suke-suke
Membuat persiapan sebelum majlis bermula pada pukul 11.30pagi, masing-masing tekun.
Di mana saya? carilah..heheh
JOM tengok juadah yang di sediakan oleh kami..
Lemang. Tema raya.Mesti ada lemang kan..
Table A-
kuih raya, kek cokelat,apom polkodot,kerepek,jeruk buah & puding aiskrim,semua ni
dibuat oleh staff sendiri
Table B-
Sate ayam,buah tembikal, sagu (caya tak kalau saya beritahu mak saya yg buat,hehe),dadih,
agar-agar merah & tapai
Table C
Nasi hijau, nasi kuning,ayam masak merah,daging hitam,acar,rendang ayam &
daging,ketupat lemang,bihun singapore,keow teow goreng, mee udang,laksa..
Makanan yang banyak ni,tak kan kami nak tengok saja, mestilah mau melantak sama.
Jemput makan~
Sementara menunggu tetamu datang, acaranya posing-posing sekejap.
Antara tetamu yang hadir, time ni pukul 1.00petang,hah time ni lah paling ramai
orang,sampai tak menang tangan, nak jadikan cerita pinggan plastik pulak habis,
memang mengelabah la dan time ni jugaklah boss besar turun. Semua dah tak berani
angkat muka dah weii, keadaan kembali tenang selepas itu.
Alhamdulilah, walaupun keadaan kucar-kacir sebentar tadi,majlis tetap berakhir dengan
baik, yelah kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menetukan, kepada para tetamu
kami harap anda semua berpuas hati dengan majlis yang diadakan ini.
Terima kasih,kerana sudi baca entry aku ni, keikhlasan aku menaip sangat terselah bukan??
okbai~