Views

Lai..Lai..Laii...Laksa goreng

Laksa goreng?pernah try x?hehehe...macam aneh je bunyinyakan. Sebenarnya xda la pelik mana pun,dia macam bihun goreng atau mee goreng jugak.Cara nak mengoreng pun sama macam kita nk goreng bihun atau mee.Percaya tak,kalau Cik Eyra katakan 'im very like laksa goreng.'?hehehe...Mama Cik Eyra kata,Arwah tok wan (Atok) Cik Eyra iaitu ayah kepada mama Cik Eyra, jugak sukakan laksa goreng.Kalau Nenek (isteri beliau<tokwan>,ibu kepada my mom)ada buat laksa.Tokwan pasti akan suruh Tok Mah gorengkan. Jadi Cik Eyra ni,ada mengikut jejak langkah arwah Tok wan punya feveret jugakla.

Jom kita tengok resepi Laksa goreng

Bahan-bahan:
-Laksa(yang telah di rebus)
-Bawang kecil (2 biji)
-Bawang putih(2 ulas)
*kalau yang suka bawang lebih,letakla berapa biji pun.
-Cili belender
-Telur
-udang kecil(udang besar pun boleh,suka hati korong la nak letak berapa ekor pun ye)
-Sayur kobis(kalau taknak pun xpe,atau nk gantikan dengan sayur yang lain pun boleh)
-minyak masak
-sos tomato
-sos tiram
-kicap mee
-kicap manis
-garam

Cara-cara:
-masukkan sedikit minyak ke dalam kuali,agak-agak dah panas kuali tu,tumis bawang kecil dan putih yang telah dihiris tadi.Tumis sampai naik bau.
-masukkan cili belender.sos tomato.sos tiram.kicap manis.sedikt garam.telur.udang & sayur
-akhir sekali laksa.untuk nak mencantikkan warna letakkan kicap mee sedikit & siap...

Senang je kan.Selamat mencuba !!

                   http://malaysiandelicacies.blogspot.com/2009/04/spicy-laksa-stir-frylaska-goreng.html
★Thankiss sebab bace★

Views

cerita di pagi syawal

Hai.... Rasanya belum terlambat lagi untuk Cik Eyra mengucapkan 'selamat hari raya maaf zahir & batin.' apa macam raya? seronok tak? bagi adik-adik kita ini,mesti best kan dapat kumpul duit raya banyak-banyak...wahh, kalau dilihat, anak-anak kecil ini laa yang paling untung termasuk la para pelajar yang belum bekerja (nama pon pelajar,confirm la belum bekerja) hahah... teringat masa Cik Eyra jadi pelajar dulu..wahh best gila..makin meningkat,makin besar la duit yang diberi. Tapi bila dah memegang status "orang yang sudah bekerja" segala kelebihan itu diberhentikan. fuhh, inilah dinamakan 'kejutan budaya' , sungguh tidak dapat menerima kenyataan tersebut sehingga kini ! sepupu sepapat yang seangkatan dengan qaseh jugak berasa sungguh jeles kepada mereka yang masih layak mendapat duit raya.Maka dengan itu tercetusla dialog ini di pagi syawal itu.
disebabkan Cik Eyra ni orang utaqa,maka dialog ini pun berbunyi begini...

syahir: aku tak puaih ati btoi laa...nie tak adil ang taw x...
faiz   : aku qasa kita kena gubal undang-undang balik la.
syahir: betoi...kita kena qombak(rombak) balik
Cik Eyra   : hahah...macam-macam ngt aih
syahir: hat nie,yg dah qeja, tak dapat duit qaya dah...nie kita ubah, yg xkawen lg bley dapat duit raya...esok agak-agak semua dh kawen,kita ubah lagi...sapa yg belum pencen layak dapat duitraya...
hahahah
fikri  :3 tahun sekali,kita gubal...hahahah
faiz   : betoi...aku sokong....KAMI MOGOK (beramai-ramai)
tiba-tiba pak ngah muncul,tak tahu dari mana datang, tiba-tiba......

pak ngah : abes ni pak ngah xpencen lg, bley dapat jugak laa...
opssss........hahaha kelakar betul laa, boleh pulak macam tu..kalau macam tu la,sampai ke tua la dapat duit raya.. Brilliant betulla sepupu-sepupu aku nie,bab-bab tu cukup teror....

tetapi di tengah kesebukkan orang ramai :

tokwan : haa, mai sini...

aku pun dengan langkah yang berhati-hati,mengatur langkah.,pagi-pagi raya ni,kena la control ayu sikit)

tokwan: haa.,ang dah qeja ka belom
Cik Eyra : err...dah qeja dah
tokwan: haa,kalau dah qeja,xleh bagi duit qaya dah la

Cik Eyra pun bermenolog (huh, terlampau berterus-teranglaa tok wan aku nie...eeii,jawab xqeja lagi pon xpa) ishh,tak baik-baik,kang dapat dosa kering pulak.

Cik Eyra :heheheh..tak pala tokwan,xdapat duit qaya pon, nak mai qaya ngn tokwan jgk.

(sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman..Tokwan pon menyambut tangganku)

Cik Eyra :tokwan,selamat hari qaya na..mintak maaf kalau ada silap salah taw

(tokwan pun menganguk..sambil berkata...)

tokwan : haa,xpa...tokwan maafkan...

tiba-tiba :
tokwan : ang nk duit qaya bapa ringgit
Cik Eyra   : haa....eh,xpa aihh...
tokwan :tak palaa...nak berapa
Cik Eyra : heheheh...bagi rm10 dah laa...(selamba badak)
tokwan:oke sat...haa nah (sambil menghulur wang rm10)
Cik Eyra : terima kasih tokwan (tersenyum lebar)hahahah

moral : buatla sesuatu dengan iklas..pasti akan mendapat ganjarannya..

Cik Eyra pun tak jangka tokwan nak bagi duit raya.Memang niat masa tu nak mintak ampun je.Itula dinamakan rezeki. so sapu je laa..hahaha. Kepada sepupu-sepupuku(yang dah qeja) jangan jeless.........kui3x


★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...