Views

Petua AIR BASUHAN BERAS ?

Jerawat!!Cik Jerawat sudah datang. 
Kenapa ye sejak kebelakangan ni kulit muka Cik Eyra asyik digangu oleh kedatangan Cik Jerawat.Tetamu yang tak diundang ni merimaskanlah..Waaaa.. Tak tahu la apa puncanya, tersilap makan ke atau tersalah guna produk eyh? rasanya sebelum ni okayh je sihat waalafait je kulit muka ni.Tah tiba-tiba mengada nak tumbuh jerawat bagai. So bila dah jadi macam ni, Cik Eyra mengadu la dekat Mama, sebagai orang yang banyak pengalaman mesti Mama ada petua-petua untuk dapat kulit yang sihatkan. So Mama Cik Eyra punya petua ialah Basuh muka dengan air beras,orang dulu-dulu guna ni je, mana ada produk-produk macam sekarang ni kan. Haa okayh! time kita nak masak nasi kita basuh beras berulang kali untuk dapat beras yang bersihkan, Seeloknya ambil air basuhan beras itu tadi pada basuhan yang ke-2 atau 3..Kenapa tak ambil air basuhan yang pertama? sebab yang pertama bekas kena pijak...Mama kata InsyAllah, kalau kita amalkan basuh muka dengan air beras setiap hari, Kulit kita akan jadi licin & bersih, Jadi Cik Jerawat pun xda laa..hehehe.Okayh lepas dah basuh muka dengan air beras tu, biar dia kering macam tu je, sebab nak bagi air beras tadi tu merseap dan sebati dalam kulit muka kita.Tapi kalau rasa nak cuci pun xpa gak.Terpulanglah.Cik Eyra baru amalkan 2hari.InsyAllah nak jadikan ni sebagai rutin haria, Hope akan dapat kulit yang bersih,sihat dan yang penting gebu... Hahaha. okayh !
Selamat Mencuba ^^

★Thankiss sebab bace★

Views

Susu Omega Plus

Alhamdulilah.. pagi tadi sempat jugak minum segelas susu.Kalau boleh Cik Eyra nak cuba amalkannya setiap hari.Dah lama jugak amalan ni ditinggalkan,dulu masa muda remaja sekarang muda belia, selalu jugak amalkan minum susu.So sekarang nak mulakan balik amalan ni. Susu yang menjadi pilihan Cik Eyra susu Omega Plus, Cik Eyra suka susu Omega Plus dari susu yang lain, that's mean bukanla susu lain tak bagus, Semua susu bagus, Cik Eyra suka sebab ia tak rasa macam ubat, sebelum ni Cik Eyra pernah minum A***E tapi rasa macam ubat sikit.Maybe jugak lain orang lain rasanya kot just my opinon. Tapi apa yang best dalam Susu Omega Plus ni ialah Terdapat 5 Kelebihan dalam Susu Omega Plus ni, jom kita sharing yee
1. Ia mengandungi Sterol dari tumbahan yang membantu mengurangkan Kolestrol
*Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari serap ke dalam darah
2.Tinggi kalsium untuk menguatkan tulang.
3.Mengandungi 60% KURANG LEMAK berbanding susu penuh krim.Yang nak diet boleh minum susu ni okayh!
4.Mengandungi Omega 3 dan Omega 6, sejenis asid lemak yang kita perlukan,tetapi tidak dihasilkan oleh badan dan harus diambil daripada makanan harian. Sumber baik Omega 3 & Omega 6 ialah minyak jagung minyak biji kelapa sesawi.
4. Dapat membantu mengekalkan tahap Karotenoid kepada mereka yang mengamalkan diet buah-buahan dan sayur-sayuran.
*Karotenoid ialah sejenis pigmen yang selalu terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna dari warna kuning hingga merah (Lobak, tomato,betik) Karotenoid membantu membekalkan Vitamin A,antioksidan, dan jugak meningkatkan fungsi sisiem imun badan kita.Malah membantu sistem pembiakan kita agar berfungsi dengan lebih baik :)
Dah tahukan kelebihannyakan.Jom kita amalkan dari sekarang....

 Cubalah ^^

DutchLady Chocolate nih, member Cik Eyra punya pinjam snap picture jee
hehehe

*Gambar dekat atas ni Susu Cair (Siap dibancuh)
yang Cik Eyra minum Susu tepung Omega Plus, saja je nak try Susu cair ni,Susu tepung ada beli jugak tapi tak sempat nak snap sebab dah masukkan dalam bekas.hehehe.Apa-apa pun khsiatnya tetap sama ^^

Sharing is Charing Yawww !! 

★Thankiss sebab bace★

Views

Quartz Collection..


Actly cerita dah lama, tapi still nak cerita jugak,maybe lebih kurang 2 until 3 weeks ago kot. Haa Cantik tak kotak ni..nak tahu tak apa yang ada kat dalam ni..Jeng3..Hehehe, Hari tu ada dua orang salegirl ni datang office, Dieorang jual 'barang' ni, Mula-mula just nak tengok-tengok je cuci-cuci mata la konon, tapi tergodala pulak.Adeehh dah tu nak dijadikan cerita terbelila pulak.Tapi dari kotak dan tajuk entri pon dah dapat tangkapkan





Serious cantikkan, Cik Eyra berkenan sebab jam ni boleh tukar-tukar colour tali & ring, contohnya hari ni kita pakai baju warna pink, so kita bolehla matching dengan tali warna pink,rasa macam comel jee, hehehe... Agak-agak berkenan tak? kalau korang rasa nak beli,boleh je oder dekat Cik Eyra. Mana tahu ada yang nak beli.Nanti roger-rogerlaa dekat sini yee.
okayh.Assalammualaikum ^^


★Thankiss sebab bace★

Views

Misteri Disebalik Kasut Tumit Tinggi

Haa..Suspen tak tajuk entri nie.Suspenkan..
Memang suspen pun, So Cik Eyra nk berkongsila sikit apa yg Cik Eyra baca dalam 1 artikel ni dengan korang semua.Tak banyak sikit jee... Teruskan baca sampai habis yee.Non-stop okayh!
Sebenarnya terdapat penyakit yang tersembunyi disebalik kasut tumit tinggi ni.Kasut tumit direka untuk menolak dada kedepan dan punggung kebelakang sehingga spina terkeluar dari kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan saja kaki tapi seluruh badan. So kalau pakai kasut tumit terlalu lama akn menyebabkan 
  • Kencing tidak lawas
  • Masalah Belakang & tulang pinggul
  • Kesakitan pd rahang,leher & kepala
Haa...kan dah kata sikit jee. So camna?Yelah setengah yg pakai kasut tumit tinggi ni,sebabnya nak bg nampak tinggi & lebih cofident, betul tak ?
Jadi pilihla kasut tumit yg tidak terlampau tinggi sangat,kira agak-agaklah,tapi kalau melibatkan faktor kesihatan dan gaya, yang mana 1 korang nk pilih ??



 Cantikkan ^^ gambar hiasan 1
 gambar hiasan 2
gambar hiasan 3


★Thankiss sebab bace★

Views

Gempar !! Disimbah Cat..

Erm,kalau diikutkan mata nie, memang dah mengantok sangat nie, kalau letak kepala atas bantal perghhh....agak-agaknya memang boh sampai pagi lah tuh.. huhuhu...tetapi demi blog yang tercinta Cik Eyra mai la jenguk sat, aceecewah heheh sambil tu nak becerita mengenai apa yang terjadi siang tadi.
Alangkah terkejutnya sampai jee ofis pagi tadi dah jadi macam nie..

kalau korang, terkezuttt tak ?
Perghh Cik Eyra agak terperanjat laa jugak..so apa lg banyak persoalan yg beranda diminda,kata hati takkan ku biar saja..otak kata jgn hati pula kataa yaaa....opsss terOver pulak...hahaha syiok sendri lak aku  nie
mula-mula memang terfikir jugak sape la yg xpuas hati dgn kitaorg..Yealah kerja dengan lawyer firm memang kiteorang banyak berurusan dengan orang.Macam-macam ragam manusia ada, Tapi setakat ni everthing okayh jee.So bila dah kena macam ni,boss kiteorg pon buatlah laporan polis sebagai langkah berjaga-jagalah, takut jugak cerita ni akan berpanjangan hingga ke episod yg lain kan.So Encik polis pon datang untuk menyiasat.Wah dah mcm dramakan....Tak sempat nak ambil gambar Encik Polis, sebab tak ensemlah pulak..ingatkan muda..teettttttt. Jadi kes masih lagi dlm siasatan..tapi ada jugak desak-desus mengatakan, Orang yg menyimbah cat itu nak baling dekat bangunan sebelah, tapi terkena bangunan kami, saksi jugak mengatakan, minggu lepas orang sebelah that mean bangunan sebelah ada bergaduh dengan sape tah, memang riuh lah,tapi apa yg penting Encik Polis beritahu Warna kuning sebagai tanda berjaga-jaga.Klau Along dia akan guna cat merah atau hitam, ini kes pertama diarea tersebut yg disimbah Cat kuning, Encik Polis la yang gitau tadi..
So. Kiteorang haraplah benda ni tak berpanjaggan, dan dapat diselasaikan.Yang penting misteri ini dapat terungkai tidak lama lagi...Kalau takpuast hati meh bincang elok-elok, jangan buat mcm ni, kan dah jadi kes polis...Renung-renungkan..

 Banguan Ofis
 Bangunan sebelah yg dikatakan tadi...
Cik Eyra punya ofis yg colourPink..
Menawankan..hehehe

 Member Ofis Cik Eyra..Iklan3..hee
guwau jee..
 inilah diaa...


★Thankiss sebab bace★

Views

Makan,makan & Makan...

Wow..makan,makan & makan,itulah tajuk entry pd kali ini. Ini mengisahkan kami orang yg suka makan.. hehehe..bersama dengan rakan2 sekerja klu dlm omputeh ofismate memang terbaek lah, bisa gemuk Cik Eyra.
Kerja kat sini, kitaorg dlm bab-bab makan ni memang laju dan tidak bekiralaa... Cakap je nak makan apa,kumpul-kumpul duit,pastu pergi beli barang, selalunya Cik Eyra & Cik fara laa yg pergi beli..Selapas balik dari beli barang nanti para ibu lah yg menyelinap masuk ke dapur.. hehehe, memang stail laa, setiap org dah ada tugas...dari bab beli barang, memasak, buat air, mengemas, hidang..Semua siap...
Kerja kat sini bley dikatakan murah rezeki jugak laa, ada jee kawan-kawan yg nak buat kenuri @ kira belanja lah...Opss lupa lak Encik Boss kitaorg pun suka belanja jugak, bley dikatakan tiap-tiap bulan akan buat ofislunch haa..itu akan Cik Eyra cerita kan utk next season..Wahh kelaskau Eyra.. hahaha Alhamdulilah, murah rezeki korang semua yee..amin.... 

 Cendol Pulut, SeniorOfis yg belanja...Pagi-pagi dah
pekena..wauuu....15march2012
 haa...Ini made by KakYan..dia buat sendiri oke
memang kelass laaa....15march2012
Sate sedang dipanggang....heheheh
15march2012 

Ini bab masak-masak pulak yee...
terjadi pada 16march2012

 taktau la nak masak apa, Kiteorang serahkan pada para ibu jee
bab ni.. heheheh
 oke...yang ni konon2 nak buat telur dadar tapi jadinya telur hancur
okelaa...masuk perut pon nk hancur jugak..heheh
 yang ini,,,err..sambal tauhu...
 telur siap dipecahkan..lebih kurang 20biji...
banyakkan...mcm nk buat kenuri 1 lori...nghee~
 oke..well done !
sama je macam pic telur d atas :) saje nak bg nampak banyak

Fuhhh... ^^

★Thankiss sebab bace★

Views

Cerita Cik Eyra

Ini cerita semalam punya mali... hehehe sory lah semalam taksempat nk update blog (hehehe perasan, ada owg kisah kew) Sajalah nk syiok sendiri...hahahaha...malu-malu.. Nak tahu tak?? (kalau tak nak tahu pun still nk cerita jugak ok !) sambil buat muka kiut..huhuhu . oke sambung, Kelmarin hari yang best bg Cik Eyra.. apa taknya, Cik Eyra teringin nk mkn Kek cawan Polka Dot. Kebetulan dekat ofis Cik Eyra ada senior tu pandai buat Kek cawan Polka Dot,Actly sebelum ni dia ada buat jugak, Tapi kebetulan hari yang dia buat tu, Cik Eyra pulak demam so phm-phm lah kan, xda selera nk makan, abes2 demam tu, dok teringat2 lah (ngda jee kan )hehehe.. so kelmarin dia bawakan... WAHH,, bes gilew... memang terbaek laa... Thank Cik Salju :)... Nak tgk tak ?
TADAAAAAAAAAA....

nielah kek cawan polka dot


Comel kan?sedap taw tak...jgn jeles..hahah


OKE...NEXT STORY !!
Kebetulan jugak kelmarin produk yg Cik Eyra oder dari Dian Pixy.com iaitu ChoralMask & Patiapricot dah sampai...Wahh taksabar kowt nk balik rumah coz nk cuba,try,test produk tue.. Actly sebelum ni dah pernah oder dah ChoralMask, tapi kali nie ada penambahan dalam oder berkenaan iaitu Patiapricot..Sebabnya, Ada SALE.... hahah...pantang dengar SALE kan, takdala, sebabnya dah pernah guna ChoralMask tue dari 
Dian Pixy.com, memang berkesan dan sgt bes... Segala macam kat muka tu leh tanggal, blackheade,whiteheade,daki,debu...perghhh...mmg terbaek laa...lepas tengok bendasing muka yg lekat kt Mask tue, rasa bes gilew..So untuk kali nie nak cuba Patiapricot pulak, Coz Cik Eyra tengok ramai yang bagi feedback yang bgus, Sape taknak chantek kan, So I will must try it..... (^^)


 Bungkusan dah sampai...tQ abgposmen...hehehe

 Cakk...Malu-malu pulak dia..

 Sesi membuka bungkusan, Sapelah yg ganas sgt tue....

Tadaa...Inilah dia, ChoralMask + Patiapricot 8ml punya
hahaha...yang jadi banyak nie, oder sekali dengan geng-geng ofis larh :)

Oke...Sekian........

★Thankiss sebab bace★

Views

Aku Mahukan Kamo !!

Waa... 'awak' buat saya takboleh tidur malam laa..
seyes teringat2... ni gara-gara Mr A. laa ni, ajak survey-survey.. Sekali Cik Eyra yg sangkut
sampai tak leh nk tidur...
bila lah leh merasa benda alah nie.. huhuh T__T
Hantaran nanti nak mintak yang ini leh tak Mr.A...
HAHAHAHAH......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Aku mahukan kamo..
Mood : Angaushengal....
T__T


★Thankiss sebab bace★

Views

SeeFood Synopsis

Yeah.... Finaly dapat jugak Cik Eyra tonton 'SeeFood' agak lama jugak lah mengidam nak tengok,Hehehe.. Kalau tak silap Cik Eyra laa, 'SeeFood' nie mula ditayangkan di luar negara terlebih dahulu sebelum ditayangkan di Malaysia dan mendapat sambutan yang mengalakkan di sana. 'SeeFood'  merupakan Filem animasi Bahasa English Pertama di Malaysia, Nak tahu sinopsis SeeFood. Jom nak Cerita !

Seefod mengisahkan Julius seekor jerung yang ganas tetapi sebenarnya sangat ceria bersama pup seekor yu buluh bermain di terumbu karang. Tiba-tiba terserempak dengan dua penyelam yang mengambil telur-telur ikan. Pup gagal menghalang mereka. Pup sangat sedih dan Julius cuba memujuk Pup dengan telatahnya yang melucukan.
Sementara itu sebuah kilang yang berhampiran persisiran pantai telah membuang sisa-sisa bahan industri  ke dalam laut yang berhampiran. Julius ditugaskan untuk menyelamtkan Pup. Octo dengan ciptaan barunya yang mampu mebuat Julius naik kedarat kini menjadi buruan penyelam-penyelam tersebut yang ingin menjadikan mereka sebagai hidangan istimewa di restoran mereka.....

haa... macam menarik tak ? Bagi Cik Eyra, cerita ini mempunyai masejnya yang tersendiri. Gaya penyampaian masej tersebut amat menarik dan mudah di faham oleh segenap lapisan masyarakat... Perghhh... dah macam pengulas tak bertauliah laa pulak... hehehhe... So kepada sesiapa yang belum tonton, Jommm.....


Cik Eyra + Mr. A... :)

★Thankiss sebab bace★

Views

Pendapat Korang ?

Hai Semua...
Cik Eyra nak tanya sikit boleh ?
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
Apa pendapat korong mengenai Blog nie? Macam mana nak tough-up bagi lebih cun eyh ?
Cik Eyra tak pandai sangatlah dengan blog nie. Korang tolanglah beri pendapat yee.. Hehehe TQ :)

★Thankiss sebab bace★

Views

Percaya atau Tidak ?

hai semua.. :)
salam sejahtera..Rasa tiba-tiba jee nk update blog ni. Agak lama jugaklah blog ni dibiarkan begitu saja dah berhabuk agaknyakan..huhuhu (ciannya dier kan). Okay tanpa membuang waktu di sini Cik Eyra ingin berkongsi satu rahsia atau tips dengan korang semua...jeng3...hehehe kasi suspen sikit. Percaya atau tidak MANDI SEAWAL PAGI DAPAT MENURUNKAN BERAT BADAN? macam pelik je kan. Tips yang mudah untuk dilakukan, dan mungkin diantara kita yang melakukannya disebabkan pekerjaan atau sebagainya.
Apa yang kita perlu lakukan hanyalah dengan mandi di pagi hari dan mandi dengan suhu air paip itu (that's mean bukan air panas okeyh !). Suhu air di pagi hari agak sejukkan, so dengan kesejukkan ini dapat menghalang daripada pembentukkan lemak yang berlebihan. Lazimnya bila sejuk badan kita akan bertindak balas untuk memanaskan semula badan kita, justeru, lemak-lemak berlebihan akan digunakan kerana biasanya kita masih belum makan di pagi hari semasa kita mandi.
Aktiviti yang simple ni memang kadang-kadang kita tak sedar dapat membantu kita dari segi kesihatan. Cik Eyra sekadar berkongsi untuk kebaikan kita semua :). Jadi bagi yang beragama Islam, sebelum kita solat subuh, kita boleh mandi terlebih dahulu, ramai diantara kita yang bersolat dengan sekadar membasuh muka terlebih dahulu dan terus berwudhuk (termasuk lah Cik Eyra..huhuhu ). Jadi kita boleh ubah rutin harian kita, dengan mandi terlebih dahulu. Jangan takut mandi pagi yee.....(^_^)
★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...