Views

Cleverbot

Assalammualaikum
Hai....
hahahhahahah...rasa macam nak gelak guling-guling je lah.
knp?taksangka la,ada jugak benda sengal ni...accuatly baru je habis chat kat sni http://cleverbot.com/.
Bila bosan mulalah nak buat benda mengarut.cleverbot macam chattinglah.Tapi bukan chat dengan orang,chat dengan robot. Masalahnya aku cakap  melayu dengan dia.Paham lak benda ni, siap reply gitu.


AKU: Hai...kau tahu tak fizo omar tu pakwe aku.

CLEVERBOT:TaHu.

AKU:Hahaha.aku hot kan.

CLEVERBOT:Nja tu apa

AKU:ada aku tulis nja ke sengal

CLEVERBOT:Ada kau kesa ke babi.

AKU:Wah.mulut kau.aku pang kang.

CLEVERBOT:Tak tanya pon.

AKU:Ada aku tanya kau ke

CLEVERBOT: Ada aku nak jawab ke. Kau yang cakap aku makan kucing.

AKU:Sakit hati aku cakap dengan kau ni.

CLEVERBOT:Sakat hati da la.
AKU:Malas la cakap dengan kau.kau bukan ada otak pun.
CLEVERBOT:Yela sori.
AKU:Jom aku belanja kau kfc.
CLEVERBOT:Boleh.. Kau bagitahu nma aku blanja makan.
AKU: bukan kau.aku yang nak belanjalah gedik
Ko tak sayang aku ke.
Nak sayang kau buat apa.
Jom sayang.

 Tengok...betapa gediknya panggil aku sayang.Benda ni memang sengal.Sakit buah pinggang aku macam ni selalu.Adoiyaiiii~














★Thankiss sebab bace★

Views

PROTON PREVE


Tadaaaaaa...
PROTAN PREVE
Smart lah,ada macam warna. Wow bestkan kalau dapat pilih warna apa yang menjadi idaman...


                        huhuhu.Just dapat tengok jelah.Mampu tengok je sambil air liur meleleh tap..tap..tap.Korang nak tahu tak,kenapa ia dinamakan PROTAN PREVE? Kalau taknak pun takpa.Aku nak share jugak.Hehehe.Preve maksudnya BUKTIkan. Jadi PROTON PREVE= PROTON BUKTIkan. Tapi aku sendiri pun takpasti PREVE ni diambil dari perkataan apa.Kalau korang rajin cariklah. Boleh kita Share info :)

okayh
Ciauuuuuu~


★Thankiss sebab bace★

Views

Situasi anak muda sekarang !

Haa....Apa yang korang faham mengenai gambar di bawah??
*
*
*
*
*
*
*
*

  1. Situasi pertama- Lelaki sibuk mengejar perempuan, sebab I LOVE U lah sangat.Berusaha bersungguh-sungguh tu untuk dapatkan Cinta si perempuan
  2.  Haa... sebab I LOVE U lah sangat tu....TERmengandung sudah,tengok dah buncit.Si Laki baru nak lari lintang-pukang sebab tak nak bertanggunjawabkan.
Inilah dinamakan. Kerana budi tergadai body. Inilah yang terjadi pada masyarakat kita sekarang
 Renung-renungkanlah.Jangan ini terjadi pada kita atau kenalan kita.


★Thankiss sebab bace★

Views

Tahukah kamu?

Hi myBlog, rasa macam lama je xpost entri.Rindu weii, tapi nak buat macammana kan...
busy je memanjang.heheh..Ni pun baru je balik dari KL,penat jugaklah sebab balik hari.Dari Pulau Pinang-KL...boleh tahan jugaklah lamanya, nasib baik bukan aku yang driver,Hahaha..tapi kesian jugaklah dekat En.Driver ku.Tapi entri ni, bukan nak cerita pasal perjalanan dari Pulau Pinang-KL, Cerita tu akan kuceritakan nanti yee.InsyaAllah..
so entri pada kali ni rasa macam share tentang ini.

Tahukah anda..Lelaki mampu mengangkat perempuan dari 45kg-55kg


tetapi tidak mampu angkat tong gas yang seberat 14kg

hahahaha
yeke???

MORAL OF THIS STORY
Interest in work Matters :)

Jadi kenalah dengan perpatah orang2 tua dulu.
MAHU SERIBU DAYA, TAK MAHU SERIBU DALIH !!!


★Thankiss sebab bace★

Views

Cik Eyra in the house~

Assalammualaikum

Cik Eyra in The House....Yuhuuuuu~
Tik...Tik...Tikk..Tikkk...Tikk...Huh! rasa lambat je jam ni gerak, dah malas nak kerja dah nie,Weii jam, tolang cepat sikit,lelaju sikit macam rolecoster..Pleaseeeee~~kalau jam tu faham, hampeh! Ouhh, patutlah rasa slow semacam je masa berjalan, mau taknya,esok nak gerak pergi KL, taksabar lah tu,nak jumpa kekawan, lama gilew tak jumpa dieorang, tu yang excited semacam ni. Dah alang-alang pergi Kenduri Kahwin ex myClassmate Nazira Azmi & pasangannya Syafie, bolehla jumpa korangkan, mesti ramai punya time Majlis kenduri tu kan..Awww, bestnya...

Sementara tengah ambil mood nak buat kerja, sempat lagi snap gambar ofis

 Mytable yang semak samun..

Serabai...Eh,ehh tak.comel jugak meja aku ni..hahah,
perasan je kau nie~

Okayh!!
lupakan pasal meja yang berserabut tu, pandang lama-lama, kau pun serabut jugak nanti...
Esok pagi-pagi dah nak gerak, aku kena beli bekalan siap-siap, takut esok kelam kabut pulak...Err, nak beli apa nie eyh, apa-apa pun, kejap lagi rehat mesti kena bergegas ke kedai yang berhampiran jugak.
.
Huh lama punya lama dok belek,beli nie jee
oklah tu, driver sendiri takpa, apa-apa hal, boleh singahSahur.heheh

Walaupun, esok nak berjalan jauh, Cis jauh la sangat, nak pergi KL je pun,orang buat balik hari jee sekarang ni..Hahahah, suka hatilah, niekan Blog aku..
ini jangan lupa...
 kerana, cuaca yang panas kat Malaysia ni,
membuatkan badan kita memerlukan air yang banyak~Sekian

Jangan lupa jugak, bawa baju secukupnya.Haa Bab ni,gurlz cukup cerewet,kalau boleh 1 almari nak angkut masuk beg. Itu nak bawa Ini nak bawa. Semua nak bawa. Adehh penat betullah nak paking
 Aku ada baju kuning tu. Ok fine, baju tu memang tak Ori pun
beli kat Pasar Malam.Apa kisah,janji ada.Kau ada?oke..kau ada yang Ori :(
takpa2, janji semangat kita samakan.... sambil buat mata bling3...heheh
Aummmm, Harimau....


Sebab tak tau nak pilih yang mana, bawa semua sekali.Puas hati aku!! hahahah

Erm, semua dah okayh kot,minyak hitam oke!angin tayar ok!,air kereta ok!kereta dah wangi,Bekalan pun siap.Baju & barang semua dah pack...Haa kad kenduri jangan lupa, kang esok makan kat R&R jee
Ok! siap....
Doakan kami selamat sampai & balik yeee...

zzzzZZZzZzzzzZZzzzz


★Thankiss sebab bace★

Views

Ustazah Pilihan Vs Imam Muda~

Assalammualaikum
Malam ni, Cik Eyra nak bercuti daripada berceloteh.
Hari ni nak duduk diam2, sambil menonton Astro Oasis: Ustazah Pilihan Vs Imam Muda
isu yang dibincangkan..Menjaga ibu bapa,tanggunjawab lelaki atau perempuan..woo panas nie,heheh
saja nak kipas lagi, kasi hot lagi, boleh tahan jugak Ustazah Pilihan kita malam ni,petah bercakap.
okayh, taknak cerita panjang..
jom tengok~

★Thankiss sebab bace★

Views

Izinkan Cik Eyra~

Assalammualaikum
hi u ols..
Entri kali nie ringkas & padat je, penat kot nak berceloteh banyak2.hahaha
Izinkan Cik Eyra nak tukar bahasa diri, oke tak?
Before that, Cik Eyra bahasakan diri ni Cik Eyra, kali nie nak tukar kepada 'Aku'
sebabnya, rasa macam lebih rapat dan lagi 1 tak panjang sangat nak taip, Cik Eyra= 7, Aku= 3 jee.
hehehe, kau memang pemalaskan.adeh, takdala, macam kita dengan kawan2 kita lah, masa mula2 kenal mesti nak bersaya-saya, berawak-awak. 'hi, nama awak sapa?". Dah lama kenal mesti jadi macam ni----> "eh, asal kau tak siap lagi ni, tadi kata nak ikut aku keluar sangat"... Haa betul tak? napa eyh? coz dah rasa macam rapatkan dengan kawan kau tu. So macam ni, kita semua akan jadi lebih rapat & mesrakan.
Lagipun, inikan blog I, suka hati I lah...
okayh...
Ciauuu~~~^^


★Thankiss sebab bace★

Views

Biodata saya

Hi...Cik Eyra datang lagi
jeng3, Entri kali nie bukan Cik Eyra nak letak biodata Cik Eyra pun
TAPI, nak bawa korang semua terbang ke era 1987,1988,1989,1990,1991 & dipendekkan cerita,Cik Eyra nak bawa korang mengimbau kepada zaman kegemilangan korang time zaman sekolah dulu.Taraa Cik Eyra takbuat magik aihhh...
heheheh
Especially kepada 'gurlz' lah. Coz Cik Eyra takpasti guys ada tak tabiat macam nie.Rasa macam takda kot..Kan? 
Okayh !Setuju tak kalau Cik Eyra katakan, time sekolah dulu, korang mesti excited nak beli buku kecil yang comel tu, lagi best kalau buku tu ada cartoon2 sikit, bunga2 ke. Habis sangat beli buku log (jenis yang kulit keras tu)
takpun bedal buku latihan sekolah yang takda tulis apa-apa.Semata-mata nak buat buku biodata... Haa betul tak?
Lepas tu, kat dalam buku biodata tu, mesti akan tulis macam ni..

BIODATA

Nama : Bedah bt Meon
Umur: 13 Tahun
Tarikh Lahir : 10.11.89 (jangan lupa kasi hadiah tau)
Tempat Lahir: Hospital Besau
Alamat : 123 Simpang 4 , Taman Durian, 5670 Perak Darul Ridzuan
Makanan Kegemaran: Masakkan ibu / Nasi Ayam/ Nasi goreng Ayam
Minuman Kegemaran: Milo Ais/Teh Ais
Kawan Sejati : Temah, Tipah & Minah
Kawan Karib: Sue & Som
Kawan Di benci : Rahsia
Kenangan Manis: Rahsia/ bertemu dengan seseorang
Kenangan Pahit: Jatuh Basikal / Rahsia
Ucapan : Terima kasih, sebab bagi saya tulis biodata dalam buku yang comel ni macam awak.
Jangan lupa saya tau.

Hahahahaha....
Lebih kurang mesti macam ni kan?? Yang ada abang angkat ke,kakak angkat ke, adik angkat ke, mesti nak tukar2 biodata. Lagi-lagi dapat biodata dari someone yang kita suka, Wauu... Happy gila. rasa nak beritahu 1 sekolah je. Kawan-kawan yang rapat dengan korang mesti dapat tahu dulu. Rasa macam hebat gila lah....Opss, dah melalut da nie...
Okayh semua.Jumpa pada entri yang akan datang~~~

★Thankiss sebab bace★

Views

Tips Bersahabat..

Wooo, nak bersahabat pun nak kena bertips bagai ke?
opss, haruslah.Ini untuk memeliharan mutu persahabatan okayh!
So kepada readers sekalian,Jom kita tengok.
Apa yang Cik Eyra tuliskan ini mengikut pandangan serta pengalaman hidup diri sendiri.
1. Hormat-menghormati--> Ini penting yee,kalau kita nak orang hormat dekat kita, kita mesti & wajib hormat dekat orang terlebih dahulu, ini tak kira lah dengan sesiapa pun, kita mesti ajar diri kita untuk hormat dengan orang disekelilng, tak kira tua atau muda, kita mesti belajar hormat sahabat kita.Hormat tu takda la sampai kena tunduk kepala, sampai nanti orang pijak kepala pulakkan, pandai2 bajetlah. Okayh! contohnya, kita tahu sahabat kita tu, tak suka kasut bersepah2, jadi kita pun kenalah pandai susun kasut kita tu elok2, secara taklangsung dapat mendidik kita untuk mendisplinkan diri jugakkan :)

Kasut yang tersusun rapi :)

 Bersepah.Semak.Serabut.Rimas

2. Bantu membantu--> Kawan yang baik akan sentiasa menghulurkan tangan untuk membantu sahabatnya,secara taklangsung dapat juga meringankan bebannya, kalau takdapat tolong banyak, tolong sikit pun boleh, sekurang-kurangnya, dia tahu yang korang tetap kat sisi dia walauapa pun berlaku.Sahabat ketawa memang senang nak cari, tapi sahabat menangis??


3. Hak Privasi--> Yang ini, korang kenalah senstif sikit yee, tak kiralah korang dah kenal sahabat korang tu berapa lama, 5bulan ke even 10tahun sekalipun, tak semua benda dia nak berkongsi dengan korang, nak share atau tak itu hak dia.Korang kena respect. Contohnya, dia tengah on call dengan BF/GF dia, dari jauh korang dah dapat hidu yang dia tengah ada masalah dengan BF/GF dia, so korang takyalah nak busybody, dok lalu ulang alik depan dia, seeloknya korang blah dari situ..Takyah nak kalut, kalau dia rasa nak share atau perlukan pendapat korang dia akan ceritakan.

Privasi please....Dont Disturb me! hehehe

4. Memahami--> Korang kenalah memahami sahabat korang tu, kata dah lama kenal.Baik ke buruk ke, dia tetap sahabat anda. Jadi sayangilah mereka :)



Inilah antara tipsnya. Terima kasih sudi membaca :)
just pendapat  Cik Eyra jee k.

*Sahabat ketawa senang di cari,sahabat menangis sukar nak dapat...
Hargai sahabat disekeliling anda, yang baru atau lama,namanya tetap sahabat


★Thankiss sebab bace★

Views

Check Berat Blog??

Tadaaa...
Cik Eyra baru je lepas check berat blog Cik Eyra... 

hehehe..ingat orang je ke ada berat? Blog pun ade tau..
Blog Cik Eyra takda la berat pun.Korang nak check tak, Haa Klik SINI..
Thankz kepada http://nurulchumel.blogspot.com, Cik Eyra pun belajar dari dia..Cik Eyra suka tengok blog dia, Nice & Cute sangat, teringin nak buat blog macam dia. InsyAllah, dalam prose belajar lagi..heheh 


★Thankiss sebab bace★

Views

MYBFF

Haiii.....
Salam berhujung minggu semua :)
bestnya dapat duduk rumah cuti-cuti ni, dah 2 minggu sibuk dengan majlis kenduri my cousin, So this week lah dapat rest habis-habiasan<----------Balas dendam. heheh
Tadi secara tak disengajakan, Cik Eyra dok godek-godekla gambar masa Cik Eyra muda belia dulu,Hahaha..Muka polos gilew, kelakar pulak tengok gambar dulu-dulu, bergambar dengan geng-geng seperjuangan,rasa sweet jee, dalam tengah best2 tengok, tiba-tiba Cik Eyra terpandang 1 Picture nie, secara taklangsung, semua kenangan menerpa diingatan.Wahhh Rindunya aku kat dia nie 
sapa dia?
jeng..jeng..jeng..
*
*
*
*
*
*
*
Sapa niee??
ini lah MYBFF Cik Eyra..
Fatin Bt Ahmad...
MyBestfrenzforever...
Dulu masa study dulu memang rapat gilew dengan dia ni, luar dalam, pahit manis, wangi busuk, semualah dengan dia, kiteorang dah macam adik beradik dah,Semua masalah kami hadapi bersama,terketar nak jumpa letcurer ke mesti bawa dia, kena marah dengan warden ke,kena marah dengan pakguard ke, semua sama-sama, Nak buat kerja jahat ke nak pekena orang ke semua dengan dia..hehehe, Actually taklah jahat mana pun kerja yang kami buat tu, just nakal sikit-sikit jee,Kalau dengan dia ni, semua benda boleh jadi..Kiteorang tak perlukan org ke3,ke4 untuk melaksanakannya,apa yang kami rancang, must go on...Maksudnya, kalau dah rancang nak pergi mana-mana dengan kawan-kawan yang lain,dieorang last minute cancel, Cik Eyra atau dia kata 'YA', kami mesti teruskan berdua...Nak pergi karoke ke, nak balik tengah malam ke, nak lepak-lepak dekat shoping complex ke semualah.
Masuk 2012 nie, cukup 6 tahun kami bersahabat..Lama tak? Lamakan, korang agak-agak selama kiteorang berkawan ni ada tak salah faham ke, bergaduh ke, atau tarik-tarik rambut ke ada tak?
Haaa, sedangkan lidah lagi tergigit, biasalah manusiakan, tapi kiteorang tak simpan dalam hati pun, masing-masing dah faham dengan perangai masing-masing, yang Cik Eyra perasanlah, habis lama kiteorang tak cakap pun 5minit jee kowt, pastu okayh balik...Masa Cik Eyra sakit, demam ke, sakit kepala ke, dialah dok jaga Cik Eyra sampai sembuh, yelah masa tu kami hidup diperantauan, jauh dari family..sob sob sob,sedih kan bila kita sakit, family pulak jauh.. Nasib la ada BFF Cik Eyra ni, dialah dok masak dekat Cik Eyra,cakap je nak makan apa, Masa study dulu, Cik Eyra kerap sakit kepala, so BFF Cik Eyra la tolong urutkan kepala, memang lega gilalah lepas kena urut..Rindunya Cik Eyra..Tak tahulah bila boleh lepak sama-sama lagi, nak kembali pada masa dulu, mestila tak mungkin...

 Last semester ,projek family angkat di Terangganu.Ondaway dalam bas
*Family angkat pun kiteorang dapat sekali tau*

Rakan-rakan seperjunagan yang lain..
terselit letcurer kiteorang..

 Ini dalam bas, masa nak pergi Majils Konvokesyen ,kiteorang gerak dulu
coz kena raptai. Family datang masa Konvokesyen tu.

 Lepas ambil jubah Konvokesyen

Haa, yang ni bukti kami suka buat kerja gila bersama..
Hahaha..naik bas pusing Putrajaya, boleh buat kering je, salah turun station, sebab kiteorang tengok semua orang turun,kiteorang turunlah, padahal memang dieorang nak turun situ pun, yang kiteorang ikut sama turun tu buat apa....Dah kena ambil bas lain pulak dah...

 Ni masa kiteoarang meniaga Chicken Yummy, untuk subjet Enterpernuership
macam-macam ada, Chicken wing, sosej, kiteorang buat rencah sendiri tau, Sedapp
Letcurer sampai datang beli lagi sekalilah..Padahal dah beli dah tadi


 Dekat Alamanda, Putrajaya bersama dengan Roomate
merangakap junior 

Lastly, kiteorang dah grad pun :)
Alhamdulilah
Thankz Allah...

★Thankiss sebab bace★

Views

StoryMory Cik Eyra

Haiii :)
weekendes ni...nak buat apa yee??

Actually kan, banyak benda yang boleh dibuat time cuti ni tau selain makan ,tidur,tengok tv, facebook & twitter...Cuti ini akan lebih bermakna kalau kita dapat gunakannya sebaik-baik mugkin. Contohnya,time cuti nilah kita dapat belajar masak dengan ibu, bagi yang hidup bujang bolehlah cuba resepi-resepi baru dengan ur housemate, Sekarangkan zaman canggih, pergi aje kat Google search je resepi apa yang korang nak.Haa guys pun apa salahnya kalau nak belajar masak, Rasanya takda masalah daripada buang masa melepak macam tu jee sejuk perut ibu mengandung tau :)
Selain itu, tolonglah kemas rumah tu, bersihkan mana-mana yang patut, ringan sikit kerja ibu kan, bagi yang hidup sendiri, buatlah demi keselesaan korang sendiri. Rumahku syurgaku.
Okayh, kepada yang suka aktiviti outdoors, korang boleh rancang dengan rakan-rakan baik korang untuk pergi ke tempat-tempat yang korang rasa best lagi menarik, pendek kata pergi bercutilah, pilih tempat yang sesuai dan kena dengan bajet korang, nak bercuti pun kena ada bajet jugak, Seeloknya rancanglah sebulan atau  2 bulan awal dari tarikh yang di rancang :)

Ehh...tengah buat apa tue???
 ouuhh, tengah kira-kira duit nak bayar masuk...
heheh...Meeting tu...

 Okayh, pose sebelum masuk...

Semua ni lakonan jee..cecehhh
*
*
*
*
 Ini adalah gambar-gambar time Cik Eyra & Officemate bercuti di Laketown Resort, Bukit merah, Perak...
*
*
*
*
Cabaran ambil gambar dalam air...
 Semua pulun nak interframe..hahaha

 Akibat tolak-menolak, ini la akibatnya...

Peacee semua ^^

Walaupun penat, senyum kena maintain..

^^

Sebelum memasuki ke dalam Taman Tema..

Adaa berani kaa, Jom lawan...

Okayh, lepas penat berendam & bermain sakan dekat Taman Tema air tu, Kami Check-in dekat Hotel Suria,Laketown Resort, Selama 2 malam 3 hari..Malam tu kiteorang pergi Night Safari, Zoo Taiping..Tengok binatang keluar malam..Macam rombongan sambil belajarkan..Tak sempat nak snap gambar dekat Night Safari, Yelah malam...susah siktla nak snap :). Kalau dari Laketown Resort nak ke Taiping, takdala ambil masa lama pun, sebab ikut Higway.
*
*
*
 Di pintu masuk Hotel Suria, Laketown Resort

 Dekat loby pun nak snap jugak..

So,tibalah masa untuk Checkout, tapi sebelum balik, kiteorang nak pergi jalan-jalan Taiping dulu, nak snap gambar kat Taman Tasek, Taiping...Tasek dia perghh memang cantik, Rasa tenang jee sampai sana...

Gambar malu....

 Dekat Taman Tasek, Ignore kan model yang tak berbayar ni...


Time atas bot nak pusing-pusing tasek, Bayar RM5 sorang yee..

Okayh Cik Fara...Jom balik...

 Sejuk mata memandangkan...

Okayh, Tamatlah cerita pada kali ini...
enjoy ^^
Hope cuti korang lebih bermakna & memberi manfaat yee...
semoga ceria-ceria selalu...



★Thankiss sebab bace★

Views

Hari yang paling Best adalah hari Cuti...

Hari yang paling Best adalah...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Hari cutikan?kan?kan hehehe...
so apa planning korang cuti-cuti nie?
ada cadangan nak pergi mana-mana atau nak buat apa-apa tak?
haaa kalau takda..
Cik Eyra ada cadangan....so tunggu yee,
kejap lagi Cik Eyra akan kongsikan..
sooo
Stay tune..
^^

★Thankiss sebab bace★

Views

'Mia, edit my blog"



Mia akan edit blog bgi 10 orang yg terpantas yang mengikuti syarat berikut :
  • Follow blog nie (mia)
  • Like Blog nie n fan page ..
  • Buat satu entry 'Mia,edit my blog'
  • Letakkan banner besar di atas nie kt entry yang u all buat .. n jangan lupe link kn ke entry nie
  • Tinggalkan link di ruang komen disini
Hah !! apa tunggu lagi jom la .. sertai ..
n jangan lupe follow blog nie ..ya!!
★Thankiss sebab bace★

Views

MustikaRatu & Buah Zaitun

Salam Petang & Selamat berhujung minggu.. :)
okayh.. Cik Eyra nak sambung celoteh mengenai produk MustikaRatu yang Cik Eyra beli last week.
Alhamdulilah, dalam tempoh ini, Cik Eyra dapat rasa kulit Cik Eyra semakin lembap & tak kering sangat berbanding dulu. Cik Eyra dah menggunakan 1 set Produk MustikaRatu iaitu  ZAITUN SCRUBBODY,ZAITUN SOAPBODY & ZAITUN BODY BUTTER. Boleh rujuk entri sebelum ni. Sebelum Cik Eyra memulakan entri ni tadi. Cik Eyra ada la search mengenai khsiat buat Zaitun. Wahh tak sangka, memang banyak sangat khsiat buah zaitun ni sebenarnya,bagus untuk kulit, rambut & juga kesihatan badan. Kalau korang nak tahu kebaikkan buah zaitun, better korang search sendri lah yee sebabnya terlalu banyak,sampai Cik Eyra pon rambang mata nak baca.. hehehe. okayh ni antara blog yang menarik mengenai khsiat buah zaitun ce klik http://berpesan.blogspot.com/2009/06/khasiat-buah-zaitun.html...
Harap info nie dapat menambahkan pengetahun kita semua ^^
*
*
*
Sharing is carring (",)



★Thankiss sebab bace★

Views

SPA Q

Opss..bukan drama spa Q tu eyh, saja je suka-suka nak letak tajuk entri macam tu,nampak gempak sikit..Hehehe, Padahal xbest mana pun.Weekend baru-baru ni Cik Eyra hang-out with my mom & my sister..Sesekali keluar tiga beranak ni best jugak,Selalunya kalau Cik Eyra keluar dengan Mama, mesti ada agenda yang tersendri iyaitu shopping, hehehe, shopping tu takda la, itu nak beli,ini nak beli,bukanla macam tu.Kitaorang ni jenis yang berjimat-cermat tau & mengamalkan konsep berbelanja dengan berhemah & berbaloi,yelah bukan senang nak cari duit,tapi sekali-sekala berbelanja untuk diri sendiri selepas penat bekerja takda salahnya,demi merasa kepuasan bekerja, betul tak? Mula-mula planning nak pergi SPA, apa nama tah tempat tu,tak ingat la,kononya sajala nak manjakan diri,tapi sebelum tu, kiteorang singah Jaya Jusco,Perda,Penang kejap, sebab Mama nak cari toner muka MustikaRatu, dekat JJ memang best kalau nak cari produk MustikaRatu, semua ada, Cik Eyra pernah pergi ke toko MustikaRatu dekat area Parit Buntar tu, tapi stok asyik takda je,mungkin laris sangat sampai taksempat nak top-up stok kot...tapi dekat JJ ni,stok memang meriah..Cik Eyra antara yang mengemari produk MustikaRatu ni, memang dari sekolah Cik Eyra dah mula menggunakan produk ni, macam shampoo,minyak rambut,sabun scrub,bodymist & lain-lain.So dah dapat apa yang dihajati tak jadila pulak pergi facial tu,sebabnya bajet nak buat SPA dah tersasar.
*
*
*
*
*
*
*
*
tapi rasanya macam ni okayh lagikan,semua boleh guna
dan boleh apply banyak kali
jom sokedeng,apa ni....

 bodyScrub,BodySoap,BodyButter & penyegar ketimun--->Mama punya
 bodyScrub...Zoom in

 bodyButter...Zoom in (macam lotion tapi lebih soft dari lotion<----seller tu inform macamni)
Bodysoap...Zoom in
1SET...
penerangan ringkas...

1)guna body scrub dulu...pastu bilas
2) bodySoap,buat macam sabun mandi biasa
dah sudah tu ,sapu 
3)bodybutter selepas mandi....
InsyAllah next enry Cik Eyra akan ceritakan apa kelebihan menggunakan
bodyscrub,bodysoap n bodybutter ni ok.


okayh semua,Cik Eyra penat dah ni dok merepek, nak tidur..huhuhu
mengantok...^^

★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...