Salam sayang semua.. Nak tanya ni,pernah tak korang rasa telinga tetiba berdensing? berdengung??macam ni --> ngiiiiiiiiiiiiingggggggggggg. Hoi . Bisingnya..
Sebelum ni 2,3 hari lepas hal ni terjadi kat aku. Aku biar je, aku fikir takda apa-apa kot, then siang tadi jadi lagi dan malam ni perkara yang sama berulang lagi.. Kerap sangat telinga ni ngiiiiiiiinggggggggggggg ... Kebetulan aku tengah online, so aku terus Google ... Nah, belambak keluar mengenai isu ini. Rupanya banyak sebab kenapa telinga kita berdensing ya tuan tuan dan puan puan ...
Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa berdensing telinganya hendaklah ia mengingatiku dan bershalawatlah kepadaku. Selepas itu berzikir dengan zikir " Dzakarallahu Man Dzakarni Bi Khair" Riwayat Ibnu Sunni
Dalam kitab Al' Azizi 'Ala Jami'ish Shaghir pun ada sebut tentang hadis ni. Rupanya baginda nak supaya kita sentiasa mengingatinya dan bershalawat kemudian berdoa Dzakarallahu Man Dzakarni Bi Khair yang bermaksud Allah mengingatkan orang yang mengingati ku dengan kebaikan.Ada juga berpendapat bahawa telinga berdensing kerana gugurnya daun yang melambangkan roh manusia di Luh Mahfuz . Telinga berdensing apabila ada daun yang lain gugur, tandanya ada orang meninggal dan daun yang gugur itu terkena daun kita . ermm, yeke ?
Manakala, Imam Al-Manawi pulak berkata, "Sesunggahnya telinga itu berdengung ketika datang berita baik ke roh, iaitu Rasulullah SAW telah menyebut nama orang tersebut dengan kebaikan pada al malail 'ala (kumpulan tertinggi ) di alam roh.
Selain itu, ada jugak berpendapat bahawa syaitan sedang membisikkan perkara yang buruk di telinga kita.Ada pulak yang kata benda itu sixth sense.Dari segi perubatan, benda ini dinamakan tinnitus
Wallahualam . Sekadar perkongsian sampingan sahaja . Namun begitu, banyak-banyakkan bershalawat dan mengingati baginda Rasulullah SAW . Sebagai umat baginda, memang kita diajar dan disuruh untuk sentiasa bershalawat ke atas baginda . Banyak kelebihannya . Pesanan buat aku sendiri,yang sering alpa dengan duniawi semata-mata.
Kepada sesiapa yang ingin mengetahui apa itu TINNITUS atau apa puncanya Sila Klik SINI ..
p/s : Mood aku 2,3 menjak ni memang Swings pun, Stress in my life? jangan nak tipu,kata takda.Memang 99% stress di tempat keja . Berurusan dengan orang yang tau nak melenting saja. Hoii. kau ingat kau sorang je tahu marah? kau sorang je bagus? what the fish .........Ok sekian,luahan perasaan...