Views

Tanya Sama Itu Hud Hud

ASSALAMMUALAIKUM

Maksud tersirat tanya sama itu hud hud nyanyian M.Nasir

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecah kepada 73 golongan,dan daripada kesemua itu hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.

Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli telah berpecah kepada tujuh dua kumpulan,dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan),tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-jamaah. (lihat sunan Abu Daud no 4429)

Maknanya, yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat. Agak-agaknya la kan, kita ni mengikuti sunnah baginda tak?

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi- Musyawarah (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya,advancer burung burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup.

Oh.. Sang Algojo
Oh..nanti dulu

Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau dipenjara, beliau mungkin orang yang memegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar,yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas,boleh tak kita nak kata kat dia. '\"Ohh...nanti dulu!?"

Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Itu jelas dan terang,menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung, with an open minded dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak da? Gelap gelita lah jawabnya. Maka pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.

Dalam kalut ada peraturan
peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

"Singkap kembali sejarah Rasulullah membawa cahaya pada Zaman Jahilliah. Rasulullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah,sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI.

Semasa kekalutan jahilliyah, peraturan Islam yang di bawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah ubah ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini,di dunia yang penuh kalut ini.

Ooh...Sang Algojo
Ooh.. Nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai laii laii laii

Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang bersaksi sebenar-benar Tuhan hanya Allah. Sempat kah?

Tanya sama itu hud hud
Lang  mensilang
kui mengsikui
kerana dia yang terbangkan ku ke mari

Oleh kerana burung hud hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju,maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.

Lang mengsilang kui mengsikui maksudnya orang bukan orang hantu bukan hantu

musykil lagi?

tanya sama itu hud hud

Copy paste jee
★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...