Views

Buku merah,jangan lupa bawa & Set Hamil Shaklee

ASSALAMMUALAIKUM

Hurm..walaupun line internet sejak dua menjak nih makin lembap tahap siput sedut,aku tetap nak huppdate, tumpang free ,idea pun fresh untuk menaip, janganlah kita membunag masa yee.hehehe
inilah dia..buku merah jangan lupa bawa,moga-moga belum tamat tempoh...opss tapi buku merah yang ini takda tarikh lupat naa..boleh guna dari baby dalam perut hingga dah keluar dari perut..Today,aku dah apply cuti,pada mulanya husband nak cuti jugak,tapi aku tak kasi,alaa setakat nak buat buku je pun bukan ada apa,lagipun mama nak temankan.,tapi tup tupp dia MC pulak.
before nak buka buku,nurse nak tengok surat nikah, dan kad pengenalan,surat nikah tu bawa yang photostat punya pun dah ok,kat tempat lain tak sure lah kan.Nurses interview sikit-sikit,antaranya bila nikah,bila last datang period,period sebelum ni datang tepat pada masanya ke tak,bla blaa..nurse tanya aku jawab,selepas tu baru buat ujian air kencing dan ambil darah,selesai.Sepatutnya kena jumpa doktor,tapi pagi tu appointment dah penuh,jadi petang tu kena datang lagi untuk jumpa dengan doktor.
Doktor scan baby petang tu,alo loo teciknya dia.,tahu tak papa seronok sangat,dialah yang paling banyak bertanya doktor itu ini..'yang mana doktor'..'ouhh yang putih tu ke'..'yang gelap tu apa?ouhh tu lah air ketuban'..'yang gerak-gerak tu jantung dia ke'.. hahaha .. Seronok ibu tengok telatah papa.Tak sabar betul nak tunggu 9bulan,sepanjang 9 bulan ini baby membesarlah dengan sihat yee.

Dengan itu,aku sendiri telah amalkan set hamil shaklee :), set hamil yang aku amalkan untuk 1trimester (1-3bulan)

-VITALEA- 1biji after breakfast
-B COMP & VITAMIN C-1biji after lunch
-OSTEMATRIX-4biji after dinner
Untuk 2Trimester(3-6bulan) & 3Trimester(6-9bulan) akan datang just add OMEGAGUARD dan ESP...alhamdulilah hasil dari pengambilan set hamil ni,dari pengalaman diri sendirila kan..takda pun alahan yg teruk,kalau ada tak sedap badan pun sikit-sikit je normal lah org mengandung ye dok?rsa loya pun kurang,dalam seminggu tu ada lah 1hariatau 2hari loya atau pening2,hari-hari lain alhamdulilah saangat..syukur kerna dapat berkenalan dgn produk ni awal,that's mean 2,3 bulan before married  antara yang terawal berkenalan dengan b comp lerr sebab ada acid folic kan,penting tau acid folic nih untuk bakal pengantin dan untuk mereka yang merancang untuk hamil nak tahu lebih lanjut tentang acid folic google je k . Pengambilan makanan yang sihat rupanya mempengaruhi masa sekarang,kalau diikutkan mymom time mengandung dulu alah teruk sangat,so mitos jelah apa yg orang beritahu 'kalau nak tau mengandung nanti kita alah teruk ke tak,tanya mak kita,kalau mak alah teruk maknanya kita pun macam tu juga' hehehe ,JANGAN LUPA PENGAMBILAN AIR MASAK 2 atau 3 liter sehari,benda nih memang saya dah amal dari anak dara lagi 




21April2014 nih kita ada appoinment dengan doktor ye baby.
.
Panduan makan vitamin Shaklee untuk ibu hamil (Panduan Am)

Vitalea - 1 biji selapas makan pagi
Vitalea adalah multivitamin jadi ibu-ibu tidak perlu mengambil multivitamin prenatal yang lain. Dilengkapi dengan zat besi dan juga 200 mg asid folik Ibu hamil yang mengalami anaemia, pening atau mudah pitam amalkan secara konsisten untuk kesihatan yang lebih baik (inshaALLAH). Wanita hamil yang mengalami masalah Hb rendah juga digalakkan mengambil Vitalea ini.
Anaemia amat berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin, oleh itu pastikan pencegahan awal dilakukan.

B Complex - 1 biji selpas lunch
B Complex yang lengkap dengan asid folik dan biotin (sumber b yang mahal harganya). Asid folik mustahak untuk membantu pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Pengambilan asid folik adalah sekurang-kurangnya 400 mg sehari  

Vitamin C - 1 biji selepas lunch
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Ia juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Vitamin C membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan (immune booster). Selain daripada itu, vitamin C penting untuk kadar serapan zat besi yang optima dalam tubuh kita.

Ostematrix - 4 biji sehari selepas dinner
Wanita hamil memerlukan kalsium sekitar 1000 mg ke 1300 mg sehari. Istimewanya Ostematrix kerana ia ia bukan sahajakalsium, malahan lengkap dengan magnesium dan vitamin D (bantu penyerapan). 1 biji Ostematrix mempunyai 250 mg  kalsium. Magnesium membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang lalu menguatkannya, manakala vitamin D pula meransang penyerapan kalsium. 
Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Bagi wanita hamil pula, ia penting untuk ransangan saraf dan mengelakkan kekejangan otot ketika hamil. Kalsium juga penting untuk denyutan jantung dan tekanan darah yang stabil. Kalsium yang cukup ketika hamil amat penting kerana sekiranya bayi dalam rahim tidak mendapat bekalan kalsium yang cukup, bayi akan 'menarik' kalsium daripada ibunya, yang mana akan memberi kesan kepada ibu hamil seperti osteoporosis di kemudian hari.

Omega Guard - 1 biji sehari selepas lunch
Pengambilan Omega Guard Shaklee disarankan bermula pada trimester kedua dan ketiga. 
Penting untuk membantu pembentukan otak bayi daripada peringkat awal. Mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untukotak dan mata bayi. Juga membantu mengawal kadar kolestrol dalam badan wanita hamil. 

ESP - 1 sudu besar sehari selepas makan pagi
Protein sangat penting untuk membina, memperbaiki dan memperbaharui sel-sel, tisu dan hormon dalam tubuh. Protein juga penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang baik dan berkualiti penting untuk kesihatan keseluruhan yang baik, kerana sel yang sihat menyerap lebih nutrien daripada sel yang tidak sihat. Bagi wanita hamil, pengambilan ESP membantu memberi tenaga terutamanya ketika mengalami alahan (kurang/tak lalu makan). 
Selain daripada itu, protein ESP ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ-organ bayi. 

That’s Mean
Selepas makan pagi – 1 biji VITA-LEA & 1 sudu ESP
Selepas lunch – 1 biji VIT-C, 1 biji B-COMP & OMEGAGUARD

Selepas dinner – 4 biji OSTEMATRIX
Untuk maklumat lanjut whatsap saya jee 017-5548464


★Thankiss sebab bace★

Views

Pregnant test

ASSALAMMULAIKUM
Syukur Ya Allah....sungguh cepat putaran kehidupan nih,dari zaman baby,kanak-kanak,remaja,dewasa dan bergelar sorang isteri dan kini bakal menjadi ibu..
Tanda-tanda kehamilan?Boley search google ek..heheh macam aku sendiri,aku macam dapat rasa,sebab my'period' delay 2,3 hari dah..before nih,period memang teratur elok je,bila dah terlewat tu macam pelik jugaklah..so aku pun gitau husband pasal myperiod,husband suruh tunggu lagi seminggu katanya taknak terburu-buru eksited,pada mulanya akur jugak..tapi jap jap,apa salahnya kita buat pregnet test sendiri ye dok?
Ini myfirst pregnet test,was-was jugak..eh dah ada ke,macam besalah zaman sekarang nak tahu apa-apa google jelah..hee,hasil pencarian katanya kalau macam nih,negetif that's mean dah ada peghuninya dalam rahim.Okayh2 takpa kita releks dulu,tanya kawan,siap wasap gambar lagi kat dia.hahah yelah nak kena tanya orang berpengalam jugak,so dia suruh aku hati-hati dengan kandungan,kalau ikut pengalaman dia memang 'ya'
Cepat-cepat beritahu husband,dia macam gitulah percaya tak percaya je,nak tahu dari mulut sendiri katanya..hadoiii...
dan lagi sekali,aku beli lagi..tak puas hatilah katakan,jenis yang sama jugak.Aku test nih lepas 2,3 hari test yang pertama.Tapi kali nih line dua tu lagi terang tau..hmm yakin dah nih,tunjuk kat husband,riaksi sama jugak..so kitaorang decide tunggu lagi dua minggu then pergi jumpa doktor.
Alaa,pergi klnik pun doktor bagi benda alah ni jugak..lupa nak snap gambar,tapi lagi terang menyala,tengok pun dah tahu,cehh eksyen sungguh.Lepas siap semua aku bagi kat nurse,nurse pun tunjuk result kat doktor.So apa lagi doktor cakap, 'tahniahh,dah dua minggu' hehehe..Aku jeling-jeling kat suami,tergamam dia tak terkata,nak sengih-tak sengih jugaklah.hahahha
Dalam kereta,sempat jugaklah tanya dia,apa perasaan,barulah nampak keterujaannya di situ.Happy sangat,tapi awal lagi nih,mesti jaga elok-elok bla bla..bebel kat aku.Okayh2 fahamlah sayang oii.
Lagi dua minggu kita pergi buka buku merah yee sayang ibu :)


★Thankiss sebab bace★

Views

Pangkor Island,Perak

ASSALAMMUALAIKUM

Jejalan lagi eyh??hee Honey moon lah sangatkan..pelan punya pelan,lastly ke Pangkor. Kenapa Pangkor?saja-saja je,husband kata dia tak pernah sampai lagi,so apa salahnya walaupun aku dah beberapa kali pergi bolehlah jadi pemandu pelancong peribadi cik suami.
Bertolak seawal pagi,eksited punya pasalkan,duit booking dah bank-in.Sampai nanti terus check-in je,senangkan..hahah tapi taklah sesenang yang disangka,nak cari parking jenuh jugak lah.Sebab kiteorang datang hari Ahad,awal pulak tu,semua tempat full,kalau boleh nak cari tempat parking yang berbumbung,lama kot nak tinggal,3hari.Pusing punya pusing alhamdulilah,jumpa juga parking yang berbumbung..Satu hari RM 10,memang berbaloi..
Survey punya survey jatuh cinta dengan Anjungan Beach Resort & Spa.Tempat dia cantik gilalah.Ada 3 pilihan bilik kat sini Standard 2 Pax,Delux 2 Pax dan Family 4 Pax. Kiteorang pilih Delux 2 Pax untuk 3hari 2malam .Ia terletak di Teluk Nipah
 Bahagian bancuh-bancuh air
 Empuk aihh
 View dari bilik terus nampak swimming pool,nyaman


 Shower Room






 Kita pergi ambik angin petang jom..

Ruang sambut tetamu resort

 View petang di Pangkor


 Love untuk kamo wahai suamiku

 Sebelum balik ke bilik,kita dinner dulu k.Makan menghadap laut.Aish romantika sungguh.Hahaha
*********
Hari Kedua.Bangun pagi kita breakfast.Walaupun simple dan nampak macam tak kenyang,tapi detik-detik nih dah cukup mengenyangkan..hahah tolonglahh jangan muntah,kasi lah can sikit..
Perghh..motifnya abang bergambar macam ni??Hahaha round punya round sampai penat..psstt sebenarnya husband aku nih takut air,sabar jelah,,tapi dia yang yea yea nak honeymoon kat island,jenuh pujuk ajak mandi pantai,nasib juga mau,itu pun tepi-tepi je,nampak aku ketengah je terus bebel-bebel,Yelah yelah saya tahu awak sayang saya kan..Penat jugak mandi laut,taksangka balik bilik rehat-rehat tertidur sampai petang.
*********************
 Malam ni kita makan seafood,kata husband..yeahhh..lapar-lapar
 Kerang rebus
 Udang masak merah

Nampak tak bekas daun pisang tu,tu bekas sotong,tak menyempat nak snap,kiteorang ngap.gelojoh tau laki bini nih , Sotong besar memang puaslah makan.
Shopping sikit-sikit untuk diri sendiri dan cenderahati untuk family,coz esok nak balik dah.Tapi sebelum balik bilik tu kita tapau Burger ayam special satu sayur lebih..

*****************
Hari ketiga,masa untuk pulang..pukul 11pagi dah check out sebab nak singgah Lumut dulu,nak beli Ikan bilis mata biru,ikan bilis yang paling glamour kat sini..
Siap membeli sedikit sebanyak,mohlah kita balik.Penat dah aih.Esok kerja weii...

★Thankiss sebab bace★

Views

PADANG BESAR, KEDAH

ASSALAMMUALAIKUM

Yepiii...buat kali pertama dating sebagai wife dan husband,mood masih lagi bercuti. Tapi sebelum ke Padang Besar,kami singgah ke Pejabat Agama,Jawi untuk ambil sijil kahwin,wajib ada cik husband cakap dahla nak pergi jalan jaoh-jaoh nih..hee,dah settel..Jom kita pergi..Yeaahhh
 Perjalanan jauh takku rasa,kerna suami ada kat sebelah..nghee
 Iklan Shaklee,bukan nak kata apa lah..boleh tengok sendirikan..
Singgah makan tengahari dekat Cendol Hj Johari , dengar kata cendol kat sini femes,bukan jual cendol semata-mata,ada jual nasi berlauk,nasi ayam,tapi paling marveles cendol lah..Husband kalau dengar cendol,loncat-loncat nak makan.hahah macam budak-budakkan.Kalah kalau dengar cendol-cendol nih.Lapar punya pasal gambar pun tak sempat snap..nghee
Okayh..dah sampai pintu gerbang lah.Firts time datang so agak ciwi lah sikitkan..hahaha husband yang iya-iya nak datang sangat,dia cakap barang kat sini murah-murah,nak beli toto lah,periuk cap buaya lah,nak beli beg lah..nak beli baju bola Liverpool gred AA lah bebel-bebel nak beli itu ini..ciss kaki shopping jugak laki aku nih..
 Pulut mangga..hmphh boleh tahan jugak,sedap


 Mee Ladna yang diorder husband
Tomyam campur..perghh memang rasa lain lah tomyam dia,rasa macam kat siam..opss memang sepadan dengan siam pun,sepanjang perjalanan nak masuk mesti ada pondok pengawal keselamatan tu,agak takut jugak la.Yelah first time kan,tapi sebelum nak pergi ada lah sembang cik farah,ada dia cerita sikit-sikit,pasal benda nih,so aku pulak sibuk bercerita kat husband.Kusyuk dia mendengar..



 Merasa nak snap gambar dengan kereta Thailand..saa waa di kapp..

Dah penat berjalan,jom lah balik..lenguh kaki
ehh..ehh jap,kiteorang tak terus balik la..dah alang-alang sampai..jom lah ushar Wang Kelian dulu,dengar kata lagi murah kat sini,tapi sayang dah tutup lah pulak Tsskk...
 Sepanduk pun sepanduk lah..hee
Gua kelam jangan dilupa,lalu je malas nak turun,snap gambar dari dalam kereta je..Cukup-cukuplah tu,nak balik dah nih. Next week,kita sambung jejalan lagi...pergi mana?tunggu lah...
★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...