Views

Malas

Ya Allah..
napa aku malas sangat nih....malas dari segala-gala perkara...tolong lah nyahhh...pergi kau jauh "Malass'' oittt.....aduhhh apa yg aku merepek ni, apa yg aku bebel kan nih, sekian lama berdiam diri,sekian lama membisu,sekian lama menghilang.tetiba muncul dgn entry yg tah hapeh2 nih....Sekarang baru pukul 9pagi...bila nak balik nih? rasa nak balik sekarang jugak ! malas nak buat apa-apa weii...malas tahap gaban dah aku ni..arghh tulun  tulun tulun..Kalau lah dapat bercuti panjaaaaaaaaaaaang, alangkah indahnya,tak nak pergi mana-mana pun,just nak duduk rumah je,nak rehat kat rumah puas-puas,nak tgk tv, main masak-masak mencuba resepi baru masakkan bersama ibu, layan cerita korea sampai pagi,malam,petang (oitt laqaa dh tu ) , borak-borak bersama jiran tetangga..bhahah tetiba jadik ramah semacam... opss okayh2, sudah-sudah, tak payah merepek sangat,tak pasal-pasal jadi cerita lain pulak. Jom sambung kerja.ayuhhh Semangat !!!! tetiba kan...

★Thankiss sebab bace★

Views

Ya Allah Murahkanlah rezeki kami

Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi keluarkanlah, apabila di laut naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah untuk mendapatkanya, juga berikanlah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yg halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain MU, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tangan ku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya amat berkuasa di atas sesuatu



1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah S.W.T
2. Perbanyakan istighfar
3. Bertawakal dan meletakkan sepenuh harapan hanya kepada Allah S.W.T
4. Berusha dan beriktiar sehabis baik
5. Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah S.W.T
6. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu
7. Bersyukur kepada Allah S.W.T
8. Selalu menunaikan solat  Dhuha
9. Selalu bangun solat malam (solat Tahajud)
10. Selalu bersedekah
11. Selalu berada dalam keadaan berwudhuk
12. Menjalin silaturrahim
13. Bangun awal pagi (jangan tidur sehingga tgh hari)
14. Buat kebajikan banyak-banyak
15. Banyakkan berselawat
16. Tunaikan hajat orang lain
17. Berbuat baik dan menolong orang lemah
18. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
19. Berzikir dan sentiasa ingat Allah S.W.T
20. Tinggalkan perbuatan dosa

~Insya-Allah~



★Thankiss sebab bace★

Views

Kurma Milk Shake, sedap ke?

Assalamualaikum & Selamat Hari Isnin
dah selamat berbuka ke u ols? heheh. confirm lah dah selamat kan...
okayh,merujuk kepada tajuk entry di atas,Cik eyra pun taknak buang masa lg,kat sini Cik eyra nak sharing dgn korang semua resepi nak buat KURMA MILK SHAKE. Cik eyra dah buat tadi,,,well menjadi beb,first time buat tau.My family sangat berpuas hati.Fuhh legaaa, ingat kan tak jadi dah...oke jom kita tgk cara-caranya,Mana tahu korang rasa nak buat utuk ur family pulakkan..Resepi nih Cik eyra ambil dekat MYRESEPI...

Bahan-Bahan
-10-15 biji kurma, dibuang bijinya
-air secukupnya
-1 liter 'fresh milk' atau Susu kotak Dutch Lady/Marigold

Cara-Cara
1. Kurma didih dgn air di atas api perlahan. Masak sehingga agak hancur dan menjadi seperti puree.
NOTA : Sukatan air cukup sekadar utk tengelamkan buah kurma di dalam bekas
2. Dah siap puree buah kurma tu, guna mesin pengisar(blender) & blend dgn fresh milk tadi.
NOTA: Kalau puree buah kurma tu tak berapa hancur ketika masak, blend puree dulu,baru masukkan susu.
3. Boleh dihidangkan sejuk atau suam. Sedap & Berkhsiat
NOTA: Kalau tak nak buat puree dulu pun boleh. Asalkan dapat buah kurma yg lembut,buang biji terus jerr blend dgn susu
 Cik eyra guna susu nih tadi.
 Kurma yg menjadi pilihan...Yusuf Taiyoob
 Kurma,get ready nak dimasak
 Dah masak,jadi camni lah
Tadaa,siap boh dalam jag
My secawannn...ouhh no,buat lah sendiri. 

okayh.jom tarakwih :)

★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...