Views

Selamat Tinggal ! Maafkan aku

Selamat Tinggal Sayaang...
huhuhuh :(
maafkan aku, bukan sengaja aku mahu duakan kamo,sesungguhnya aku hanyalah insan biasa yang lemah terhadap godaan duniwi ini.
Aku sudah sedaya upaya untuk setia...tetapi aku tidak berdaya langsung.ku harapkan hubungan ini panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari...
maafkan aku sayaang....
antara dua,aku perlu memilih 1, ternyata yang aku pilih bukan kamo...
maafkan aku !!!!

streeettttttttttttttttttttttttttt <---bunyi break takmakan
sayaang mana? sayaang si bekas air lah...nape?ingat sayang mana?heheh
sorilah sayang ,aku dah ada yang baru..
*
*
*
jeng jeng jeng
*
*
inilah dia...yang dulu punya bekas air just 1500ml...yang baru nih 2000ml...
better yg barulah,boleh isi banyak sikit, takyah susah ulang alik isi air dalam bekas..
lagi satu yang baru nih,kejap lagi..so kalau letak dalam kereta boleh drift tanpa risau air dalam bekas akan tumpah...Walaupun begitu, ini tidak bermakna yang lama di lupakan,akan ku simpan kenangan cinta kita ini.
terima kasih atas jasa kamo selama ini...

Yeahh,esok pergi kerja dengan bekas air yang baru :)


★Thankiss sebab bace★

Views

no name entry !

Aiyarkkk....
kram,kram,kram kaki aku....
sehari suntuk berhempas pulas untuk menjayakan majlis 'Terima menantu' di rumah ibu sedara kat Bandar Baharu,Perak. Daripada penyambut tetamu, beri cenderahati, terima duit,angkat talam & cuci pingan.Uish,ni kalau buat menantu nih,memang bertuahla mak mentua aku,hehehe....Cepat-cepat tumpang single lagi nih...hakhakhak..

Selamat Penggantin Baru buat dua mempelai...
pengantin lelaki tuh mycousin...so penggantin perempuan mycousin yang baru,...yeahhhh
Tahniah abg syahir & kak syuhadah...

Jom layan gambar sekitar majlis berlangsung....
BTW takbanyak pun yang sempat snap..sibuk buat kerja...

 Sesi melayan peminat setia...hehehee
actualy nih my dad n my mom lah,tengah tulis wish album untuk penggantin

 larh,mana 1 penggantin tah...terconfuse di situ...
sweetkan, hope aku pun macam nih jugak smpai tua
always sweet couple~

 go...go..go.. abah !

 wow...cam artis la my bro..ni yang masuk on-air tuh kan..
hakhakhakkkkk.....

 with mymom....

adik dan abang,takboleh blah..
dua-dua nih adik lelaki aku... 

 mysister...selalu main tarik-tarik rambut dengan dia..tuh cara kitaorang bergurau
*sweet an...

 dan lagi...

 snap gambar dengan artis wooo....

 bertuah adik aku nih....

 sekali lagi,aku di perkotak katik kan....huahuahua...

 acara cabutan bertuah untuk our family :)

 majlis sedang berlangsung....

antara yang bertuah :)

yang paling penting,aku memang bertuah !!
maaf gambar perlu disensord kan, sebab tidak sesuai untuk tontonan umum
heheheh...

oke..i want take a shower now !!
tatatititutu~


★Thankiss sebab bace★

Views

TerimaKasih semua !

Alamak ! baru dok pikir nak susun ayat nih,tetiba dapat call dari mybrother suruh ambil dia dekat stesyen bas,Parit Buntar. Tengah berbahagia berhujung minggu ni,kena bergegas ke sana pulak,ni malas ni,takpe2,nak update sikit je ni.kejap ye adik,dah lamakan dik takbalik,cuti sem baru dapat jumpa..hehehe
acuatly,entri kali ni,just nak berkongsi rasa seronok dan keterujaan aku dalam men'toughcap blog ni,tak sangka,berkebolahan jugak aku ni...huhuh
terimakasih pada mereka yang banyak membantu secara lansung mahupun tak,heheh
jutaan terimakasih kepada Cik Salju , Cik Fara dan kepada adik lysa... hehehe....sory ye lysa,awakkan muda dari saya,jadi adiklah kan.kan.kan....dan kepada 2orang kawan aku tuhhh...anda memang daa boommm
kihkihkih...
okelah,kang bising lak adik aku,janji 15minit lagi sampai,nih betolak pun belum
salam ^^

★Thankiss sebab bace★

Views

Tiada kata secantik bahasa~

Sana-sini status tentang Hari Ibu.
Selamat Hari Ibu mama..
Tiada hadiah yang mampu aku berikan pada Mama,yang aku ada adalah doa agar Mama sihat sentiasa, dimurahkan rezeki serta dipanjangkan umur.I Love U so Much.


Aku tidak rasa,aku sudah berjaya sepenuhnya seperti Mama mahukan,cuma aku harap Mama dapat menarik nafas lega dan berbangga dengan ku.

Tiada Kata Secantik bahasa
untuk ku puji IbuKu
Tiada gambar secantik lukisan
nak kutunjukkan perasaan
Walau musim berubah
suasana bertukar
tapi ikatan mesra
sikit pun tak akan longgar
yang aku sangat saaayangg kan Mama...

Hari-hari iyalah Hari Ibu,
dan Hari-hari jugak iyalah hari bapa.
Ibu dan Bapa masing-masing punyai tanggjawab mereka sendiri
mendidik serta menjaga kita sebaiknya
Tanggunjawab anak ialah mentaati mereka serta menyangi mereka.
Menjaga mereka dihari tua,

SAYA BANGGA PUNYAI MAMA DAN ABAH SEPERTI ANDA !



Doa Ibu Bapa,
InsyaAllah selagi aku diberi nafas.
Aku akan sentiasa mendoakan kedua orang tuaku !

*Ayah dan ibu,mampu menjaga 10 orang anak seta membesarkan anak mereka,tapi 10orang anak pun tak akan mampu nak jaga seorang ibu dan bapa.

★Thankiss sebab bace★

Views

Selesai Menelaah

Yes!! Done ! 
For this night,rasanya dah cukup kowt ilmu di dada.Sakit pinggang den,dari tadi dok menelaah cara nak edit blog,HAHAHA, bersungguh-sungguh macam nak ambil exam esok ,TAPI kalau betul-betul exam memang tak tidur lah aku ni.Huaaaaa...Okayh,Fokus semula pada topik utama dan berhenti mengarut ! Di sini, Pepatah ada mengatakan 'Sikit-sikit,lama-lama jadi bukit' Haaa memang kenalah dengan aku.hehehe,walaupun tak banyak yang aku edit,sekurang-kurangnya adelah jugak.Saya kan budak baru belajar :) lambat sikit la nak kayuh..Hehee
Apa pun sykur sangat dan alhamdulilah, aku tersangatlah berterima kasih pada owner blog nie... Banyak tutorial yang aku pelajari KAT SINI.. Tutorial yang mudah difahami :)
okayh! mata dah bagi signal,otak memberi isyarat untuk tidur,bantal dan tilam tersenyum manja di situ...
Yuhuuuuuu....I'm Coming......


★Thankiss sebab bace★

Views

Kesan kekurangan air !

Hari ni,rasa macam nak edit bloglah,nak toughcap bagi chumel sikit,hehehe orang pun nak cantik,blog pun nak cantik jugakkan kan kan., cakap senanglah nak edit blog kunon, sebelum edit blog,nak kena study dulu, macam mana nak buat tu,macam mana nak buat ni, dengan itu blog para senior semua aku terjah..tettttt takde laa semua..hahaha over taw ! perghhh pening jugak nak edit blog ni,meleleh peluh kat dahi ni, haaiyaaa,,,
sambil dok ushar tutorial cara-cara nk toughcap blog ni,taksedar pulak air kosong yang aku isikan dalam botol sebanyak 1500ml nie dah kering-kontang. Hahh?biar betik.Dulu jangan katakan 1500ml, 1 cawan air pun tak dihadapnya,cukup payah nak minum air kosong,yang tahu nak minum teh ais la,milo ais, air kelapa.Itu memang cukup juara.Tapi lepas dah tahu khasiat air kosong.Lantas aku jadi seorang yang gilakan air kosong serta tamak,setakat teh ais, milo ais semua tu,sebelah mata pun tak pandang.hahaa, opss statement yang sangat melampau !
Tahukah anda,badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 2liter air setiap hari? 2liter bersamaan dengan 8gelas sehari...Elehh mesti dah tahukan, dulu time sekolah Cikgu pendidikan Jasmani(PJ) ada beritahu jugakkan,takpun cikgu sains. betul tak,betul tak....Tapi tahu,sekadar tahu je lah, tapi takbuat pun.hehehe
Masa mula-mula nak amalkan minum air kosong ni,agak malu jugaklah nak bawa bekas ni

tiba-tiba je, bawa bekas besar ni, mau tak terkejut badak kawan-kawan aku.hahaha,Kehulur kehilir dok usung bekas yang berisi air kosong ni.Maka tercetuslah,apabila setiap kali bawa bekas ni, responnya ialah 'Banyaknya minum air'...'tak takut kencing ke'...'gila ke ko,minum air banyak tu'....'tak sakit ke buah pinggang'...'aku takboleh minum air banyak tu,sebab kerja duduk je'.
Aku takkisah pun, just buat muka chumel je aww...but so kayh !sebab ada yang masih belum tahu kepentingan minum air yang cukup. so di sini, aku nak list kesan-kesan kurang air kepada organ-organ badan.Haa hamikkkk kau !

OTAK
Otak kita adalah 75-85% air dan ianya organ pertama yg akan mendapat kesan jika kita kekurangan air.Otak akan mengawal rasa dahaga dan mengurangkan fungsi buah pinggang untuk menapis air.Kekurangan air jugak akan menurukkan keupayaan otak.konsentrasi akan turun 13%  dan memori jangka pendek juga turun 7%.Simptom lain disebabkan kekurangan air ialah terasa terhoyong hayang,pening,cepat marah,pitam.Jika tahap kronik kekurangan air,akan menyebabkan badan akan merasa lembap,pandangan kabur,keletihan dan kecelaruan.

MULUT
Apabila kita rasa dahaga,tubuh sudah pun hilang sekurangnay 500ml air. Air liur amat bagus untuk kesihatan dan kebersihan mulut namun kekurangan air akan menjejaskan fungsinya.Kekurangan air akan menyebabkan gigi cepat rosak kerana air liur meneutralkan asid yg boleh melemahkan kekuatan gigi. Air liur juga memudahkan kita untuk menelan makanan.

PARU-PARU
Kita jugak kehilangan air melalui pernafasan,setiap hari kita hilang kira-kira satu tin dengan bernafas.Jumlah itu juga akan meningkat dengan peningkatan suhu,kekeringan udara dan jugak ketinggian altitud.

JANTUNG
Kekurungan air,menurunkan keupayaan jantung untuk mengempam darah dan dan boleh menyumbangkan kepada penyakit jantung.

BUAH PINGGANG
Buah pinggang akan mengawal jumlah air dalam badan dengan menapis darah dan membuang bahan buangan dan  toksik ke air kencing dan meningalkan nutrien dalam darah.Oleh itu buah pinggang amat memerlukan air untuk bekerja.Kekurangan air akan menyebabkan tekanan darah tinggi yang akan menyumbang kepada serangan jantung dan strok.

PERUT
Air amat penting untuk DIET yang sihat.Pengambilan air yang cukup dapat mengawal selera makan. Air membantu penghadaman dengan menghasilkan air liur dan enzim yg menceraikan makanan.Minum air sebanyak 500ml jugak dapat meningkatkan metabolisma sebanyak 30% dan menolong menukar makanan kepada tenaga.Inilah sebabnya mereka yg ingin turunkan berat badan disarankan untuk meminum banyak air

PUNDING KENCING
Tubuh kita kehilangan air melalui pernafasan,peluh,najis dan yang paling banyak melalui kencing,itu adalah penanda yg jelas untuk kita meningkatkan pengambilan air.Pengambilan air yg banyak dapat melawan penyakit batu karang dan kencing kotor.

DARAH
Darah ialah 75% air dan ia amat penting kerana darah akan menyalurkan nutrien keseluruh anggota badan.Air akan membantu penjagaan struktur sel dan menyalurkan oksigen dalam darah.Kekurangan air menyebabkan darah menjadi pekat dan badan perlu bekerja lebih untuk menyalurkannya keseluruh badan

KULIT
Kulit kita bertindak sebagai penyimpan air.Kekurangan air akan memberi kesan kepada rupa kulit.Ia akan jadi tidak bermaya,kering,kendur dan nampak lebih tua.Air hilang dari permukaan kulit dengan tersejat dan kadarnya akan meningkat dengan peningkatan suhu,kekeringan udara dan peningkatan altitud.Di negara cuaca panas,penyejatan air boleh mencecah 2.5liter air/jam.Air juga hilang melalui peluh akibat peningkatan aktiviti atau bersukan.Kadar kehilangan air melalui peluh adalah dalam 1-2liter/jam.

Panduan untuk pengambilan air yang cukup ialah 1L untuk setip 25kg badan.Jika anda bersukan dan banyak peluh,tingkatkan pengambilan air.Mereka berbadan besar dan berat perlu lebih banyak mengambil air kerana lebih banyak air yg akan hilang dari badan. Selepas membaca panduan ini,fikirlah sendiri mana yg lebih menyusahkan,kerap kencing akibat minum air yg banyak atau penyakit yg datang akibat kekurangan air :)

★Thankiss sebab bace★

Views

Ole-ole from Melbourne,Australia

Wah, macam gempak je tajuk entri nie,
hahaha.
Propa je taw.
by the way,thank to my cousin Mastura Mohd Fauzi.Jauh berjalan but still ingat jugak kat cousin dia yang sengal nie, hahaha.Yelah kalau nak diharapkan aku,jangan kata nak sampai Melbourne.Indonesia pon belum tentu boleh sampai lagi,macam ni laa gaji kecik jee,hmm :( , 
but so kayh ! InsyAllah, nanti kumpul duit banyak-banyak, bolehlah pergi melawat tempat orang pulak.Semangat !!Buat sementara ni,dapat ole-ole pun, bersykur sangat, boleh menitis air mata ni beb sebab terharu.

 Ole-ole for my sis



 ole-ole for my brother

 tadaaaa

 For my mom :)

 Perfume Britney Spears, memang kena dengan aku yang sangat
gilakan perfume



T-shirt for my dad



ehem-ehem, inilah mycousin yang baik hati tu,
disebabkan u best belikan I ole-ole, I kasi U interframe sikit kat myblog nie,hehehe


okey lah
salam~

★Thankiss sebab bace★

Views

PhD??

PhD?
yang student2 pakat ambil untuk jadi doktor tu kee? Ouhh.yang kena belajar tinggi2 mak oiit gayat uitt coz nak dapatkan sijil tu eyh?jawab soalan exam sampai pecah2 peluh 2?hahaha, sorilah aku tak ambil course tu dulu sebab tak berminat,bukan kurang pandai hakhakhakktuiihhhh,
Tapi PhD untuk kalangan orang zaman sekarang senang je, takyah belajar tinggi-tinggi sampai KLCC pun leh dapat title PhD tu..PERASAAN HASAD DENGKI..Wahh, cukup hebatkan,senang-senang je nak dapat PhD kan, bukan susah sangat pun, yang penting dalam jiwa tu kena kasik busuk sikit...hahaha, Marah ke? eh dak aih... dah kau jenis macam tu nak buat camna,suka dengki mendengki,iri hati,busuk hati semua-semualah.
Masing-masing ada rezeki sendiri, kenapa mesti nak jeles2?tu lah orang kita sekarang, macam mana nak maju, nampak je dia tu lebih sikit, mula lah perasaan PhD tu timbul.Kesianlah orang macam ni,bermain dengan perasaan sendiri.
Cepat-cepatlah bersihkan hati.

Hanya untuk renungan bersama.Tidak ada kena mengena antara yang masih hidup,atau yang telah meninggal dunia atau yang berada di wad ICU....Masihhh~

★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...