Views

Kesan kekurangan air !

Hari ni,rasa macam nak edit bloglah,nak toughcap bagi chumel sikit,hehehe orang pun nak cantik,blog pun nak cantik jugakkan kan kan., cakap senanglah nak edit blog kunon, sebelum edit blog,nak kena study dulu, macam mana nak buat tu,macam mana nak buat ni, dengan itu blog para senior semua aku terjah..tettttt takde laa semua..hahaha over taw ! perghhh pening jugak nak edit blog ni,meleleh peluh kat dahi ni, haaiyaaa,,,
sambil dok ushar tutorial cara-cara nk toughcap blog ni,taksedar pulak air kosong yang aku isikan dalam botol sebanyak 1500ml nie dah kering-kontang. Hahh?biar betik.Dulu jangan katakan 1500ml, 1 cawan air pun tak dihadapnya,cukup payah nak minum air kosong,yang tahu nak minum teh ais la,milo ais, air kelapa.Itu memang cukup juara.Tapi lepas dah tahu khasiat air kosong.Lantas aku jadi seorang yang gilakan air kosong serta tamak,setakat teh ais, milo ais semua tu,sebelah mata pun tak pandang.hahaa, opss statement yang sangat melampau !
Tahukah anda,badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 2liter air setiap hari? 2liter bersamaan dengan 8gelas sehari...Elehh mesti dah tahukan, dulu time sekolah Cikgu pendidikan Jasmani(PJ) ada beritahu jugakkan,takpun cikgu sains. betul tak,betul tak....Tapi tahu,sekadar tahu je lah, tapi takbuat pun.hehehe
Masa mula-mula nak amalkan minum air kosong ni,agak malu jugaklah nak bawa bekas ni

tiba-tiba je, bawa bekas besar ni, mau tak terkejut badak kawan-kawan aku.hahaha,Kehulur kehilir dok usung bekas yang berisi air kosong ni.Maka tercetuslah,apabila setiap kali bawa bekas ni, responnya ialah 'Banyaknya minum air'...'tak takut kencing ke'...'gila ke ko,minum air banyak tu'....'tak sakit ke buah pinggang'...'aku takboleh minum air banyak tu,sebab kerja duduk je'.
Aku takkisah pun, just buat muka chumel je aww...but so kayh !sebab ada yang masih belum tahu kepentingan minum air yang cukup. so di sini, aku nak list kesan-kesan kurang air kepada organ-organ badan.Haa hamikkkk kau !

OTAK
Otak kita adalah 75-85% air dan ianya organ pertama yg akan mendapat kesan jika kita kekurangan air.Otak akan mengawal rasa dahaga dan mengurangkan fungsi buah pinggang untuk menapis air.Kekurangan air jugak akan menurukkan keupayaan otak.konsentrasi akan turun 13%  dan memori jangka pendek juga turun 7%.Simptom lain disebabkan kekurangan air ialah terasa terhoyong hayang,pening,cepat marah,pitam.Jika tahap kronik kekurangan air,akan menyebabkan badan akan merasa lembap,pandangan kabur,keletihan dan kecelaruan.

MULUT
Apabila kita rasa dahaga,tubuh sudah pun hilang sekurangnay 500ml air. Air liur amat bagus untuk kesihatan dan kebersihan mulut namun kekurangan air akan menjejaskan fungsinya.Kekurangan air akan menyebabkan gigi cepat rosak kerana air liur meneutralkan asid yg boleh melemahkan kekuatan gigi. Air liur juga memudahkan kita untuk menelan makanan.

PARU-PARU
Kita jugak kehilangan air melalui pernafasan,setiap hari kita hilang kira-kira satu tin dengan bernafas.Jumlah itu juga akan meningkat dengan peningkatan suhu,kekeringan udara dan jugak ketinggian altitud.

JANTUNG
Kekurungan air,menurunkan keupayaan jantung untuk mengempam darah dan dan boleh menyumbangkan kepada penyakit jantung.

BUAH PINGGANG
Buah pinggang akan mengawal jumlah air dalam badan dengan menapis darah dan membuang bahan buangan dan  toksik ke air kencing dan meningalkan nutrien dalam darah.Oleh itu buah pinggang amat memerlukan air untuk bekerja.Kekurangan air akan menyebabkan tekanan darah tinggi yang akan menyumbang kepada serangan jantung dan strok.

PERUT
Air amat penting untuk DIET yang sihat.Pengambilan air yang cukup dapat mengawal selera makan. Air membantu penghadaman dengan menghasilkan air liur dan enzim yg menceraikan makanan.Minum air sebanyak 500ml jugak dapat meningkatkan metabolisma sebanyak 30% dan menolong menukar makanan kepada tenaga.Inilah sebabnya mereka yg ingin turunkan berat badan disarankan untuk meminum banyak air

PUNDING KENCING
Tubuh kita kehilangan air melalui pernafasan,peluh,najis dan yang paling banyak melalui kencing,itu adalah penanda yg jelas untuk kita meningkatkan pengambilan air.Pengambilan air yg banyak dapat melawan penyakit batu karang dan kencing kotor.

DARAH
Darah ialah 75% air dan ia amat penting kerana darah akan menyalurkan nutrien keseluruh anggota badan.Air akan membantu penjagaan struktur sel dan menyalurkan oksigen dalam darah.Kekurangan air menyebabkan darah menjadi pekat dan badan perlu bekerja lebih untuk menyalurkannya keseluruh badan

KULIT
Kulit kita bertindak sebagai penyimpan air.Kekurangan air akan memberi kesan kepada rupa kulit.Ia akan jadi tidak bermaya,kering,kendur dan nampak lebih tua.Air hilang dari permukaan kulit dengan tersejat dan kadarnya akan meningkat dengan peningkatan suhu,kekeringan udara dan peningkatan altitud.Di negara cuaca panas,penyejatan air boleh mencecah 2.5liter air/jam.Air juga hilang melalui peluh akibat peningkatan aktiviti atau bersukan.Kadar kehilangan air melalui peluh adalah dalam 1-2liter/jam.

Panduan untuk pengambilan air yang cukup ialah 1L untuk setip 25kg badan.Jika anda bersukan dan banyak peluh,tingkatkan pengambilan air.Mereka berbadan besar dan berat perlu lebih banyak mengambil air kerana lebih banyak air yg akan hilang dari badan. Selepas membaca panduan ini,fikirlah sendiri mana yg lebih menyusahkan,kerap kencing akibat minum air yg banyak atau penyakit yg datang akibat kekurangan air :)

★Thankiss sebab bace★

0 budak busyuk:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...