Views

Hadiah untuk 3February

ASSALAMMUALAIKUM

Boleh dikatakan entry ini,sambungan dari entry INI ... hamikk kau!kalau taknampak jugak,tak tahulah aku... hahaha
 Wooo..dapat hadiah .. 

Daripada siapa? *blushing* . hihihi Agak teruja, sejujurnya aku tak mengharapkan hadiah harijadi pun tahun ini daripada dia,yang aku harapkan agar dia sihat .. itu jee aku nak.Tetiba je dapat, eksited laa jugakkan. Yang sebenar pada mulanya kita tak mengharap pun. T_T
 Kotak hp? apalah yang dia letak dalam kotak nie yee.. Ehh,kejap.. betul ke nih?

Ehh,betul lah ada hp? hahaha.. motiff ?? Okayh . walaupun hp ni taklah seberapa, just basic hp je lah senang cita, tapi aku tahu motif dia kasi hadiah ni , sebab dia tahu awek dia nih kedekuttaikidungmasin*

Terus aku gapai hp aku ,,tengok? siap ikat getah lagi..dekat tepi sebelah kanan cover pun dah pecah-pecah  wuhuhu . Selekeh tol awek kau nih yopp.. hahaha .Opss inilah namanya jimat, ciri-ciri inilah harus ada kalau nak carik bini, pandai jaga duit belanja, Ceroh masa depan kau ! hehehhe
So dah dapat motiffnya kan? ekceli,kiteorang guna dua sims , 1 untuk maxis , 1 untuk celcom .. Hp yang ikat getah ni, aku guna untuk sims celcom . Now takyah la ,guna hp ikat getah dah untuk celcom.. hahaha. Hp yang ikat getah tuh pun dia yang kasi, dah lama dah masa tahun 2006 kowt taksilap ,masa 2006 hp tuh memang tiptop laa,zaman sekarang ni hp nih jd tiptapteko jee. Budak-budak zaman sekarang ni ipad, htc, galaksi note,samson samsung dieorang layan lah ....
★Thankiss sebab bace★

Views

3February yang lepas

ASSALAMMUALAIKUM

Errr....ekceli taktahu nak mulakan...ada cerita nak tulis, tapiiii.....macam mana nak susun ayat eyh?blurr..mihmihmih..

Pstttt..mybesday dah lepas,3 february .. takde nak sponser hadiah ke??

Besday tahun ni special sikit,sebab aku tak potong kek, tapi potong burger. Burger besaq habang ang ! hahaha , mana nak dapat burger besaq ni ? D pauh laa ... di mana? D pauh ... hahaha semua ini POYO

Aku celebrate bersama family tercinta,kebetulan time nih baru je lepas hujan,ingatkan hujan-hujan tak ramai orang,rupa-rupanya makk datukkk...berpusu-pusu manusia, siap kena cop cop tempat lagi,nampak je orang tu dah habis makan,kita kena cepat-cepat pergi cop tempat ,kalau tak alamat kau tidor situ la gayah ! gaya kepo ....semakin hujan mencurah,semakin ramai orang yang mencari makan..yeahh 1 hipotesis tercipta..
Ni Jus apple,macam best je dapat gelas macam ni. Adik aku ada order air halzenut ape tah,sedap beb..seyesly sedap, lupa nak snap gambar air tuh,sebab sedap sangat, sedut sampai takingat dosapahala..ehhh?
Zoom dekat sikit, ini gambar yg kat atas tadi tuh,gaya macam aku nak potong kek . Haa ni lahh dia .lupa dah nama buger nih . Besau taw !
Ini pulak , burger komtar , hah yang ini pun sedap, rasanya pun lain macam,taste burger dekat sini semua taksama,setiap burger ada taste yang tersendiri.
Okayh,mana-mana kedai yang aku masuk,kalau ada benda cucuk-cucuk ni, memang berdesuss aku order, memang taktahan nafsu aku dengan sate nih tau..

Alhamdulilah, kami pulang dengan keadaan perut yang memboyot,lagi-lagi aku,dah macam wanita mengandung 2minggu..mihmihh......Balik rumah terus naik atas penimbang manusia, naik 1 kilo..ohh Nooo !

Dan keesokkan harinya 4February itulah aku mendapat perkhabran yang kurang enak.. ADA KAT SINI

Okbai...

sambungan cerita........




★Thankiss sebab bace★

Views

Made in Makkah

ASSALAMMUALAIKUM

Hye, cikeyra dapat ole-ole from Makkah....




 Inai from boss (Kulim)
 Pensil celak from chiefcleark
 Tasbih from boss (Kulim)
 Selendang from chiefcleark
Air zam-zam

My boss (Kulim) and chiefcleark baru je balik dari Mekah, dieorang ke sana selama 2weeks buat umrah. Selama 2weeks jugak kami di Malaysia hooreyy hooreyy... ngheee~ mohon dieorang tak baca...

ehh,hooreey hooreey pun kiteorang buat kerja tahu ! ayat cover...

Seronok dengar dieorang cerita pasal Makkah . Insya Allah, cikeyra pun nak jejak kaki ke sana . Boss cikeyra kata 'susah nak cerita ,kena p sendri baru kita taw,perasaan yg susah nak digambarkan'


★Thankiss sebab bace★

Views

Jom minum KURMA MILK SHAKE

ASSALAMMUALAIKUM

Yeahhh ! Jom minum !!!! Okayh,tetiba rindu nak minum KURMA MILK SHAKE .


Tahun lepas rajin jugak buat air nih, dis year takpernah buat lagi . Rasanya kalau nak buat lagi mabe kena tengok resepi balik kowt . Yelah jarang buatkan. Mahu nak ingat, padahal cara nak buat simple je pon.

Ehh..,kalau belum pernah cuba.Kena cuba taw ! confirm tak nyesal wehy......

P/s : Jenguk dalam peti sejuk, kurma ada..TAPI susu kotak dah habis... tskk T__T. Kena tunggu besoklah !
ada sesapa nak kua tak,plss belikan susu............



★Thankiss sebab bace★

Views

Azlan Photography

ASSALAMMUALAIKUM

Selamat berhujung minggu semua. Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat photography :

Wedding
Potraiture
Event
Engagement
Family Potrait
Graduation

 terus like facebook beliau 
anda akan mendapat khidmat profesional photography by Azlan mengikut pakej yang anda inginkan.

Antara hasil kerja AZLAN PHOTOGRAPHY












terdapat banyak lagi di SINI

Kepada sesiapa yang berminat ataupun mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi AZLAN PHOTOGRAPHY ataupun ingin melalui cikeyra pun boley,Nanti cikeyra akan refer kepada beliau yee


★Thankiss sebab bace★

Views

Bukan Cinta Rupa Paras

ASSALAMMUALAIKUM

Ujian............Sekali lagi Allah kirimkan ujianNya.. Terkedu dapat berita tentang kemalanagan itu. Kali ini,perasaan lebih sebak,lebih gelisah,lebih celaru. Awan makin mendung,menandakan hujan mahu turun. Ya,benar ramalanku dalam beberapa minit saja, hujan turun dengan lebatnya, ribut petir,guruh berdentam-dentum dengan kuatnya mengambarkan perasaan ku yang sedang bergelora.. Macam mana anuar??

Nokia C3 berdering-dering,lantas aku mengapai telefon.. 'abg anuar macam mana?' ayat pertama keluar dari bibirku.. 'kami kat hospital ni,depa nak transfer dia ke hospital penang' tegas adiknya. 'Terukka?' aku membalas.. 'hm,darah keluar banyak,patah hidung,habis muka' balasnya gelisah.Aku hanya fikir tentang dia. Ya Allah,mampukah dia hadapi ujian ini. Dia baru je sembuh dari sakit apendiks, baru je lepas opearation, takkan lagi sekali?

Lepas berbuka puasa,aku bersolat Maghrib dan hujan diluar ada menunjukkan tanda-tanda ingin reda. Aku berkira-kira,mahu pergi melawatnya,sempat ke nak pergi nih,hospital Penang pulak tu' bisik hatiku . Sebaik saja selesai solat, aku dapat mesej dari adiknya 'kak,depa takbawa abg pi lagi,depa nak cek gigi dia dulu' . Pantas aku mendail nombor anuar. beberapa kali mendail,tujuan untuk tahu statusnya.Tapi hampa T__T, dia tidak menjawab. Aku terus berusaha menelefon adiknya pulak. 'Salam dayah,Confirm ke depa tak pi lagi?'.... 'hah,kak takbawa lagi,doktor nak cek gigi dulu'... Aku membalas 'awat akak call dia takjawab pun'... 'hm,macam mana nak jawab kak,muka kena bungkus' adik membalas.

Tanpa membuang masa aku terus bersiap,jarak rumah ke hospital hanya mengambil masa 5minit saja.Sebaik tiba di Hospital Daerah Sg.Bakap,aku terus menuju kearah ibunya 'Macam mana anuar makcik' .........'Ada kat dalam,takjadi bawa pi penang kot,operate kat sini ,darah keluaq banyak sangat,takut makcik tengok' Ibunya membalas. Aku faham situasi ibunya. Ibu mana tak gelisah melihat anaknya begitu,sedangkan aku sendiri pun tak tentu arah.

Sejam berlalu, pintu bilik rawatan kecemasan dibuka, tetapi doktor tak beri masuk ramai-ramai,aku memberi peluang kepada ahli keluaraganya untuk melawat terlebih dahulu,selesai mereka melawat,aku masuk bersama mama.Ayat pertama sebaik dia melihatku 'Lepas nih kena pakai topenglah'.... Aku membalas 'Buat apa, nanti elokla,jangan macam-macam'..Walupun nadaku sedikit tegas,tapi jauh disudut hati sangat tersentuh. Mungkin dia takut,aku takdapat terima dia berkeadaan seperti ini. Ya Allah, tak terlintas langsung aku. Aku sayang dia bukan sebab rupa. Cinta rupa paras takkan kekal. Cinta rupa paras Allah boleh tarik bila-bila masa saja dia mahu. Kun Fayakun kata Allah, sapa yang boleh melawan?

Sikapnya tetap tak berubah dari zaman study hingga dah bekerja,tetap fikir akan kotmimentnya,hal diri tak diutamakan. Sehinggakan aku sendiri makan hati dengan sikapnya itu. 'macam mana keja kat bank tu,dahla abg kena memangku keja akak tu,akak tu baru je bersalin,takda sapa nak buat'...aku membalas 'abg,takpayahla fikir keja,pandai-pandaila depa uruskan,fikirkan diri tu' .Dia hanya menganguk. Namun begitu, dia tak henti-henti bertanyakan soalan 'teruk tak muka', dan berkali-kali jugak aku membalas 'takk...sikit ja' ... 'Habis tu,abg dengar depa kata terukla,kena buat surgery lahh'........ 'ishh,taklaa mana ada apa-apa tu'........... Aku taktahu nak cakap apa lagi untuk redakan dia.

Hidung disebelah kanan patah,menampakkan sedikit kulit yang terkeluar lari kesebelah kiri. Tulang sebelah kanan patah,membuatkan hidungnya sedikit jatuh kebawah. Dibahagian bawah mata dan tepi mata sebelah kanan sedikit terguris . Sebaik aku melihat keadaan matanya,aku mengungucap panjang,mana takknya,hanya beberapa inci saja hampir terkena mata. Dia masih lagi bernasib baikkan??

Anggota lain hanya mengalami calar balar, yang teruk hanya dibahagian muka. Tak kisahla muka senget ke,hidung jatuh ke. Dia tetap orang yang sama,dia tetap insan yang aku cinta, takkan ada apa yang berubah.Semakin dekat dengan tarikh,semakin banyak dugaanNya. Aku hanya mahu dia sihat. Itu keutamaan,dan itu perlu difikirkan dulu,sebelum hal lain.

Bukan cinta rupa paras yang aku kejarkan, tapi hati budi. Peribadinya yang membuatkan aku terus terpaut,sifatnya yang menghormati orang tua,sifatnya yang tidak suka bercerita atau mendengar perihal keburukkan orang lain,setiap kali aku menguntuk orang,aku pulak dimarahi,yelah kekadang tujuan kita nak menggandu je,lepas dah habis cerita,dia takbagi ulang-ulang dah,setiap kali aku cerita,dia hanya mendengar. Takda nak tokok-tokok tambah dah ,sebaliknya memberi nasihat kepadaku untuk berbaik .Prinsipnya 'Kalau kita taksuka orang mengata kita macam tu,kita jangan cakap pasal orang' Haiyaa mulut perempuankan memang macam tu...Dia cukup pantang kalau aku cakap 'tengah gosip nih',tak pasal-pasal kena marah. Perasaan selamat apabila disampingnya .Itulah kasih sebenar yang tak dapat dilunturkan.

P/s : Seyesly, entry kali ni sedikit emosi...........


Taksangup tengok orang yang kita sayang jadi macam nie kan? memang rasa macam nak katok-katok je si pemandu yang bikin orang jadi macam nie..



★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...