Views

DAISO JAPAN BERHARI RAYA

Assalammualaikum..
Salam Syawal
Korang tahu tak pasal jenama Daiso Japan? sebuah kedai yang menjual barangan Japan, 
semua barang yang ada di kedai tersebut di import dari Japan tau. 
Terasa sangat membeli belah sambil berhari raya di Japan gitu..Opss, terlupa pulak nak 
nak beritahu lokasinya. Kalau untuk warga Pulau Pinang, korang mesti tahu 
Queensbay Mall kan?Hah,kedai tu terletak di tingkat 1 je, yang bestnya barangan dekat 
situ semuanya RM5 only. 
Queensbay Mall, dekat depan Mall ni ada laut ^^ angin bertiup sepoi-sepoi bahasa gitu.
Cik Eyra baru pergi 3x, hehe sebelum ni,memang tak tahu langsung pasal Daiso Japan ni, 
Cik Eyra dapat tahu dari rakan sekerja dia yang kasi information nie.

 Sibuk sangat datang ni,sebab nak beli pencuci muka Daison Japan. RM 5 jee, Sebelum ni 
beli online tapi mahal sikit lah, Cik Eyra guna pencuci ni sangat berkesan, lagi-lagi 
jenis kulit yg berjerawat & bermasalah
nie Charoal Mask dari Daiso Japan diperbuat dari arang, tapi stok belum sampai lah,so
 dapat beli pencuci muka je, takpe next time boleh pergi lagi :)
jom layan gambar Daiso Japan di Queensbay
 1*
 suasana shop Daiso Japan dari luar
 #

Macam-macam ada kat sini, memang rambang mata lah kalau pergi, sambil-sambil 
shopping, dieorang buka lagu-lagu Japan, pergi pulak dengan baju raya, Perghh..dah 
macam berhari raya dekat Japan dah..

*Selain Daiso Japan dekat Queensbay Mall,Penang dekat mana lagi yang ada Daiso Japan eyh?Kalau tahu boleh share dekat sini...

★Thankiss sebab bace★

Views

Syawal ke-5

Assalammualaikum
lepas update entri   nie
Lagi entry pasal Raya. So entry untuk bulan ni semua pasal raya je lah kan.hehehe. so tolong bagi laluan untuk entry ini.Cececehhh..Syawal ke 5?? ADA apa dengan Syawal ke 5 nie? okayh bagi korang memang takda apa-apa kan, tapi bagi aku memang tersangatlahh... arghh taktahu nak cakap macam mana. Seyes tak dapat nak bayangkan, aduhh, Okayh. aku sendiri pun tak tahu nak mulakan macam mana. Yang pasti memang jenuh jugak la Budakcomot nak pujuk aku pergi beraya kat rumah terbuka abang dia,Okayh pergi beraya je,memang simple je bunyinya kan, Tapi bayangkanlah semua sanak saudara, mak saudara,bapak saudara, tok saudara, atuk,nenek,mak,ayah dia semua ada weiii...Tak ke gila, Sebelum ni, memang dah pernah jumpa pun family dia,siap pergi bercuti kat Genting sesama tapi itu pun jenuh jugaklah kena pujuk dengan dia, tapi ini memang tak boleh blah kena jumpa the big family dia. Rasa macam nak nangis je kena paksa macam ni. Nak je aku tumbuk-tumbuk muka dia. Dalam rela keterpaksaan, lepas solat Maghrib ,dia datang jemput aku dengan adik aku dekat rumah.Tak kira memang aku paksa adik aku pergi sama, Mati kutu aku nanti sesorang. Barulah aku faham apa fungsi adik perempuan.Bersykur sangat sebab ada sorang adik perempuan. Sampai je depan rumah terbuka, dah boleh nampak penuh dengan sanak-saudara dia,lagi sekali aku rasa nak  pengsan bila dia parking kereta betul-betul depan pintu rumah. Cisss ! Sebelum kaki melangkah keluar dari kereta, sempat jugakla dia beritahu aku 'haa, yang pakai tudung biru tu mak ngah saya, yang sebelah tu pak ngah' ........ 'hah, tu mak'  .... 'nanti salam tau' ......'salam semua yg ada'......Huh, macam lah aku tak tahu, pandai-pandailah aku nanti bisikku dalam hati. Nampak sangat dia yang nervouskan.hahah. Lepas bersalam-salaman dengan semua yang ada sambil melemparkan senyuman yang cukup menawan, apa lagi makan laa weii, makan cepat, boleh balik cepat.hahah. Banyak-banyak makanan yang ada, aku ambil bihun sup je. Sumpah tengok makanan semua kenyang. Adik aku pulak, apa yang aku ambil, dia pun ambil. Time tu makan bihun sup pun tak rasa bihun sup, aku main telan je. Time tu,Budakcomot tolang ambilkan aku sate, dia memang dah tahu, sate ialah my feveret. Tapi aku tak rasa nikmat langsung makan sate.Hampeh. Sambil makan sempatlah beramah mesra dengan family dia.Alhamdulilah dari tok wan dia ke mak saudara, abah, mak dan adik-adik dia semua okayh.Aku je cuak terlebih-lebih. Tapi apa-apa pun lepas makan,aku terus mintak dia hantar balik. Yelah,nak tolong basuh pinggan pun semua pakai pinggan pakai buang je.hahah.. 

★Thankiss sebab bace★

Views

Suasana Sebelum Syawal Family Tok wan Mat

Assalammualaikum
Sana sini semua update pasal raya kan.Raya memang best, nanak lagi dapat cuti seminggu muahahaha, terasa dunia seperti ana yang punya,lagi bagus kalau dapat cuti sebulan,Syawal kan sebulan..Hahaha ketawa lagi...Cuba korang cakap gitu kat boss, confirm dia bagi korang cuti teruss.Tak caya,cubalah...
Raya for this year,no pitcure....why? sebab tak sempat nak ambil gambar la, kalau ada pun dalam kamera kazen-kazen (cousin), tak sempat nak curik gambar dari diarong lagi. Seperti biasa dah menjadi tradisi our family,sehari sebelum raya,semua akan balik kekampung rumah tok wan & tok Pah berkumpul untuk berbuka puasa bersama dan menyambut syawal pada keesokan harinya. Menu berbuka jangan cakaplah. Gilerr punya banyak, apa taknya dari tok wan sampai ke bapak saudara serta anak cucu semua hantu makan.Kalau nak senaraikan semua menu, boleh pengsan. Mungkin genetik family barangkali genetik suka atau kuat makan?? fikir sejenak....selepas berbuka puasa dan solat Maghrib, maka persiapan untuk membakar sate dijalankan, seperti tempat, arang, sate dan lain-lain. 250 cucuk sate ayam dan 50 cucuk sate perut.Setelah semua persiapan di buat. Kami ke tepikan dulu hal duniawi dengan solat Isyak berjemaah yang di imamkan oleh Abah ku dan seterusnya bergemalah Takbir Raya. So kepada semua anak lelaki termasuk cucu-cucu yang bergelar lelaki, Semua diwajibkan baca sorang sekali Takbir Raya. Test power bak kata abahku.. hahah. Tepat pukul 10.15malam aktiviti membakar sate dijalankan dan telah dijayakan oleh kami. Jumlah sate yang telah berjaya di habiskan 50 cucuk sate perut dan 150 cucuk sate ayam.Baki sate yang ada sambung bakar esok. Dalam sejarah raya tahun ini jugak, no bunga api dan jugak mercun.Tak ke hairan?Yelah cucu-cucu tokwan Mat semua dah besar lah,yang paling kecil pun dah tingkatan 1.Ermm tak meriah lah takda Mercun..Tak best, tak best... Next year pastikan ada bunga api dan Mercun yea wahai kazen-kazen yang dicintaaiiiik, jangan bagi alasan terlupa nak beli lagi!!

★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...