Hoii. Cepatnya masa berdetik rasanya baru kelmarin aku BERTUNANG . Tup tup nak kena uruskan persiapan nak kahwin. Giler tak suka. Opkos laa gumbiraa tersangat . Pening pun ada, bercampur pulak dengan kerja kat ofis yang berlambak . Nak memikir itu ini.. arghh rilekss.. tarik nafas dalam-dalam,hembuss.. Kami ada masa 3bulan je lagi nak uruskan semua ni,.Ya Allah permudahkanlah segalanya.
For the first step dah settle dengan menghadiri kursus perkahwinan,kami pergi kursus sebelum puasa hari tu lagi,sijil pun dah dapat :) . Second bertunang pada 17/08/2013 dan for the next step, after raya haji nak booking dewan,untuk belah laki dieorang kena booking khemah sebab nak buat kenduri kat rumah,katering, butik penggantin . Awal bulan 11 nak buat HIV test, prosuder perkahwinan, baju akad nikah (kuning cair/ putih) belum decide, en tunang nak sangat warna putih, tapi aku nak warna lain selain putih . Kad jemputan,banner,photographer.Nampaknya bulan 11 nih banyak kerja nak kena buat. Kepada my blog,maaf lah kerana terpaksa men-anak tirikan kamu.Mak nak kahwin nak,tak sempat nak belai kau nak.Bulan 12 nak cari barang hantaran,gift dan kena pastikan 90 % siap.
Ya Allah.. apa yang kami rancang ni harap berjalan dengan lancarlah. Ekceli tak sabar nak try baju pengantin after raya haji nih, wahai badan tolonglah jangan gemok.
Berkenanlah baju pengantin kain songket macam ni, last week pergi servey butik pengantin dekat butik tu ada baju macam ni,first time tengok dah suka, dalam dok belek-belek baju ni, mak andam gitau "hah ni lah design baju kahwin apek dan leuniey" ehh seyesly? tak tahu pulak aku. hahaha..Mak andam suggestkan kat kami kalau untuk majlis di dewan iaitu sebelah perempuan, penggantin lelaki elok pakai kort..
Manakala untuk majlis di sebelah lelaki, di suggestkan memakai pakaian tradisional macam baju apek dan leuniey tuu. Okayh kami setuju jugak dengan cadangan beliau, dan en.tunang jugak memberi lampu hijau untuk aku memilih baju kahwin untuk kedua majlis mengikut citarasaku.. Wahh bonuss untukku.... tapi boleh percaya ke??takpa kita tunggu dan lihat...hihihi
p/s : pls comment atau cadangkan apa yang patut untuk kami..betul ke kami punya perancangan ni,atau ada yang kami terlepas pandang. Harap uols dapat membantu :)