Views

DAISO JAPAN BERHARI RAYA

Assalammualaikum..
Salam Syawal
Korang tahu tak pasal jenama Daiso Japan? sebuah kedai yang menjual barangan Japan, 
semua barang yang ada di kedai tersebut di import dari Japan tau. 
Terasa sangat membeli belah sambil berhari raya di Japan gitu..Opss, terlupa pulak nak 
nak beritahu lokasinya. Kalau untuk warga Pulau Pinang, korang mesti tahu 
Queensbay Mall kan?Hah,kedai tu terletak di tingkat 1 je, yang bestnya barangan dekat 
situ semuanya RM5 only. 
Queensbay Mall, dekat depan Mall ni ada laut ^^ angin bertiup sepoi-sepoi bahasa gitu.
Cik Eyra baru pergi 3x, hehe sebelum ni,memang tak tahu langsung pasal Daiso Japan ni, 
Cik Eyra dapat tahu dari rakan sekerja dia yang kasi information nie.

 Sibuk sangat datang ni,sebab nak beli pencuci muka Daison Japan. RM 5 jee, Sebelum ni 
beli online tapi mahal sikit lah, Cik Eyra guna pencuci ni sangat berkesan, lagi-lagi 
jenis kulit yg berjerawat & bermasalah
nie Charoal Mask dari Daiso Japan diperbuat dari arang, tapi stok belum sampai lah,so
 dapat beli pencuci muka je, takpe next time boleh pergi lagi :)
jom layan gambar Daiso Japan di Queensbay
 1*
 suasana shop Daiso Japan dari luar
 #

Macam-macam ada kat sini, memang rambang mata lah kalau pergi, sambil-sambil 
shopping, dieorang buka lagu-lagu Japan, pergi pulak dengan baju raya, Perghh..dah 
macam berhari raya dekat Japan dah..

*Selain Daiso Japan dekat Queensbay Mall,Penang dekat mana lagi yang ada Daiso Japan eyh?Kalau tahu boleh share dekat sini...

★Thankiss sebab bace★

Views

Syawal ke-5

Assalammualaikum
lepas update entri   nie
Lagi entry pasal Raya. So entry untuk bulan ni semua pasal raya je lah kan.hehehe. so tolong bagi laluan untuk entry ini.Cececehhh..Syawal ke 5?? ADA apa dengan Syawal ke 5 nie? okayh bagi korang memang takda apa-apa kan, tapi bagi aku memang tersangatlahh... arghh taktahu nak cakap macam mana. Seyes tak dapat nak bayangkan, aduhh, Okayh. aku sendiri pun tak tahu nak mulakan macam mana. Yang pasti memang jenuh jugak la Budakcomot nak pujuk aku pergi beraya kat rumah terbuka abang dia,Okayh pergi beraya je,memang simple je bunyinya kan, Tapi bayangkanlah semua sanak saudara, mak saudara,bapak saudara, tok saudara, atuk,nenek,mak,ayah dia semua ada weiii...Tak ke gila, Sebelum ni, memang dah pernah jumpa pun family dia,siap pergi bercuti kat Genting sesama tapi itu pun jenuh jugaklah kena pujuk dengan dia, tapi ini memang tak boleh blah kena jumpa the big family dia. Rasa macam nak nangis je kena paksa macam ni. Nak je aku tumbuk-tumbuk muka dia. Dalam rela keterpaksaan, lepas solat Maghrib ,dia datang jemput aku dengan adik aku dekat rumah.Tak kira memang aku paksa adik aku pergi sama, Mati kutu aku nanti sesorang. Barulah aku faham apa fungsi adik perempuan.Bersykur sangat sebab ada sorang adik perempuan. Sampai je depan rumah terbuka, dah boleh nampak penuh dengan sanak-saudara dia,lagi sekali aku rasa nak  pengsan bila dia parking kereta betul-betul depan pintu rumah. Cisss ! Sebelum kaki melangkah keluar dari kereta, sempat jugakla dia beritahu aku 'haa, yang pakai tudung biru tu mak ngah saya, yang sebelah tu pak ngah' ........ 'hah, tu mak'  .... 'nanti salam tau' ......'salam semua yg ada'......Huh, macam lah aku tak tahu, pandai-pandailah aku nanti bisikku dalam hati. Nampak sangat dia yang nervouskan.hahah. Lepas bersalam-salaman dengan semua yang ada sambil melemparkan senyuman yang cukup menawan, apa lagi makan laa weii, makan cepat, boleh balik cepat.hahah. Banyak-banyak makanan yang ada, aku ambil bihun sup je. Sumpah tengok makanan semua kenyang. Adik aku pulak, apa yang aku ambil, dia pun ambil. Time tu makan bihun sup pun tak rasa bihun sup, aku main telan je. Time tu,Budakcomot tolang ambilkan aku sate, dia memang dah tahu, sate ialah my feveret. Tapi aku tak rasa nikmat langsung makan sate.Hampeh. Sambil makan sempatlah beramah mesra dengan family dia.Alhamdulilah dari tok wan dia ke mak saudara, abah, mak dan adik-adik dia semua okayh.Aku je cuak terlebih-lebih. Tapi apa-apa pun lepas makan,aku terus mintak dia hantar balik. Yelah,nak tolong basuh pinggan pun semua pakai pinggan pakai buang je.hahah.. 

★Thankiss sebab bace★

Views

Suasana Sebelum Syawal Family Tok wan Mat

Assalammualaikum
Sana sini semua update pasal raya kan.Raya memang best, nanak lagi dapat cuti seminggu muahahaha, terasa dunia seperti ana yang punya,lagi bagus kalau dapat cuti sebulan,Syawal kan sebulan..Hahaha ketawa lagi...Cuba korang cakap gitu kat boss, confirm dia bagi korang cuti teruss.Tak caya,cubalah...
Raya for this year,no pitcure....why? sebab tak sempat nak ambil gambar la, kalau ada pun dalam kamera kazen-kazen (cousin), tak sempat nak curik gambar dari diarong lagi. Seperti biasa dah menjadi tradisi our family,sehari sebelum raya,semua akan balik kekampung rumah tok wan & tok Pah berkumpul untuk berbuka puasa bersama dan menyambut syawal pada keesokan harinya. Menu berbuka jangan cakaplah. Gilerr punya banyak, apa taknya dari tok wan sampai ke bapak saudara serta anak cucu semua hantu makan.Kalau nak senaraikan semua menu, boleh pengsan. Mungkin genetik family barangkali genetik suka atau kuat makan?? fikir sejenak....selepas berbuka puasa dan solat Maghrib, maka persiapan untuk membakar sate dijalankan, seperti tempat, arang, sate dan lain-lain. 250 cucuk sate ayam dan 50 cucuk sate perut.Setelah semua persiapan di buat. Kami ke tepikan dulu hal duniawi dengan solat Isyak berjemaah yang di imamkan oleh Abah ku dan seterusnya bergemalah Takbir Raya. So kepada semua anak lelaki termasuk cucu-cucu yang bergelar lelaki, Semua diwajibkan baca sorang sekali Takbir Raya. Test power bak kata abahku.. hahah. Tepat pukul 10.15malam aktiviti membakar sate dijalankan dan telah dijayakan oleh kami. Jumlah sate yang telah berjaya di habiskan 50 cucuk sate perut dan 150 cucuk sate ayam.Baki sate yang ada sambung bakar esok. Dalam sejarah raya tahun ini jugak, no bunga api dan jugak mercun.Tak ke hairan?Yelah cucu-cucu tokwan Mat semua dah besar lah,yang paling kecil pun dah tingkatan 1.Ermm tak meriah lah takda Mercun..Tak best, tak best... Next year pastikan ada bunga api dan Mercun yea wahai kazen-kazen yang dicintaaiiiik, jangan bagi alasan terlupa nak beli lagi!!

★Thankiss sebab bace★

Views

Ucapan Raya

Assalammualaikum
Raya ..raya..raya... 
semua semangat nak raya kan kan kan. hehehe, esok sehari lagi nak puasa tau,jangan buat-buat lupa pulak, eksited sangat nak raya punya pasal...macam-macam boleh jadi, tapi bagi aku kat sini, aura nak raya tu, belum sampai lagi laa, kenapa eyh? mungkin hari ke hari,minggu ke minggu ,sibuk dengan kerja feel nak raya pun tak sampai, esok hari sabtu, aku cuti, harap-harap mood raya tu ada lah.Tahun ni dengan tahun sebelum-sebelum ni, sama jugak.Beraya dalam serba kesederhanaan saja. Kepada semua rakan-rakan blogger, dekat sini cik eyra nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN sebagai seorang insan kita sering tak terlepas dari melakukan kesilapan, jadi di sepanjang perjalanan kisah ini,jika ada tersilap apa-apa secara sedar atau pun tidak dengan tulus ikhlas saya memohon maaf...*taching


Okayh, sebelum saya mengundur diri, terima lah secebis nasihat ini..cewah.. Kepada sesiapa yang baru nak bertolak ke kampung, sama ada yg menunggang atau memandu, silalah berhati-hati di jalan raya. Ingat lah saya yang menyangi anda... heheh. Jangan bermain mercun, aku pun main..... ahaksss


★Thankiss sebab bace★

Views

Hari Paling Best

Assalammualaikum
Selamat Hari Isnin yg indah..wahh2 tetiba indah,selalu hari Isnin paling tak indah,sebab firstday keja..Nie mesti ada pape kan..muaahahaha..Okayh hari ni paling best..seyess paling best
Sebabnya......

Posto posto posto....
Nah... Kad raya yg pertama aku dapat daripada ofismate....*nanges.... 
zaman metrofuluss sekarang ni,bukan senang nak dapat kad raya walaupun sekeping weii. tak semeriah waktu persekolahan dulu.Zaman dulu sanggup simpan duit saku, semata-mata nak beli kad raya kasi kekawan, sekarang ni esok nak raya, malam tu baru text mesej raya send kat kekawan... hahah aku lah tuu..Aishh cepat betul masa berubahkan :) 

Seterusnya, hari ini paling best....
sebab~
nampak tak,apa yg aku nampak? hagak-hagak berapa?? hahaha..TQ boss kasi duit raya. Gile lahh, boss laa paling best...Macam tahu-tahu je duit gaji aku dah habis,. Boleh laa aku tambah sepasang lagi baju raya tahun nie...hehehehe
Tahun lepas ,duit raya aku beli nie...
Nokia C3
DAN......
sebab yang paling aku best Hari INI....
Picit saye


★Thankiss sebab bace★

Views

Hadiah GA JAAkechick CORNER

Sambungan dari cite Hari Paling Best
Benda yang paling Best....
aku dapat hari nieee hadiah from JAAkechik CORNER.....
hUhuu...seyes terharu gilerr... dan sangat tak duga boleh menang segmen GA yg dianjurkan oleh beliau. Walaupun saguhati, Ini lah kali pertama, aku join segmen dan menang TAU, alhamdulilah syukurr... Jom kita pakat terjah kat blog JAAkechik nih.. Aku selalu jugak lepak kat blog dia, suka baca entry yg di post oleh beliau,kalau nak tahu apa yang best dekat blog jaa, sila lah datang sendiri *ceceh promote lak aku nih
 Bungkusan dari jaakechik, time dapat ni aku jadi blur blur sekejap, budak-budak ofiss semua sibuk tanya 'apa ni, apa ni' ...... hahaha, 1 minit kemudian baru aku dapat menjawab segala pertanyaan mereka. Tak boleh blah sekali, aku punya hadiah, dieorang yg nerves bagai nak rak.. over la korang.... kikikikiki
Tak sangka dapat kad raya sekali..*nanges lagi

 Woww...cantikkkkkkkkkkkk, salah satu pasang baju raya aku, warna biru...memang secocok, suka2 :)
kad raya from JAAkechik, niat hati nak balas, tapi confirm dah tak sempat...Next raya,Cik eyra balaskan boleh? hehehe..... comeylaa duit 1sen, tQ sangat  :)


★Thankiss sebab bace★

Views

Lirik Sahabat - Najwa Latif Ft Sleeq



Kau ada di kala ku suka
di kala ku duka
setiap tangisan
dan juga ketawa

kau ada di kala ku perlu
setia menemani ku
pegang erat tangan ku
bila aku jatuh

kaulah yang selalu
selalu menemaniku
mendengar kisah
pahit manis hidupku

kaulah yang di situ
setia menungguku
kaulah yang satu
menjadi sahabatku

kau ada di kala ku jatuh
di setiap bangunku
terus menemaniku
tanpa rasa jemu
kau ada di setiap tawa
di kala bahagia
kau menjadi sahabatku selamanya

kaulah yang selalu
selalu menemaniku
mendengar kisah
pahit manis hidupku


kaulah yang di situ
setia menungguku
kaulah yang satu
menjadi sahabatku


ku tahu
ku kan selalu ada
ada dirimu
dan ku harap
kau juga rasa begitu


kaulah yang selalu
selalu menemaniku
mendengar kisah
pahit manis hidupku



kaulah yang di situ
setia menungguku
kaulah yang satu
       menjadi sahabatku........

★Thankiss sebab bace★

Views

Syukur..Alhamdulilah

Assalammualaikum
hi semua... rindu tak ? hewheww.. agak lama tak bersiarankan. Blog pun jadi tah pape jee nih,terpaksa la lap apa-apa yg patut, di sebabkan lama tak update blog nih,idea utk mengarang pun menjadi agak tepu,,huhu.. BTW , walaupun agak lama aku tak bersiaran ada jugak follower yg sudi menyinggah..THANKS AWK...hehe, lagi terharu bila tengok followers bertambah, alhamdulilah, walaupun takbanyak TAPI ada jugakkan..
errr,sebenarnya hari nih nak cita pasal majlis berbuka puasa. Majlis yang di anjurkan oleh my company, tempat yang aku tengah bekerja sekarang ni laa. Dah lama dah, hari selasa 7/8/12 hari tu, tapi baru nak updatekan. PEMALAS SIBUK sikit :).Majlis berbuka puasa berlangsung di KULIM GOLF RESORT,KEDAH. Memang best lah dapat berbuka dengan rakan-rakan sekerja terutama dengan Big Boss & Partners serta orang-orang penting dalam company. Yelah bila lagi nak dapat merasa kemesraan staff dan majiakan kan.. time nih la nak tgk rupa wife/husband mereka..opss agak kepoo di situ..hehe. Pada hari tu, aku dengan beberapa orang staff di pertanggunjwabkan untuk memastikan majlis nih berjalan dengan teratur..so tugas pun dah dibahagi-bahagikan. Masing-masing dah tahu tugas masing. Alhamdulilah,majlis berjalan sangat lancar...

 Sebelum tetamu sampai,kita posing2 lah dulu :)
 nampak tak kertas putih tu?hah kat sini lah,senarai nama tetamu yg hadir..serta meja mana yg perlu mereka tujui.....alhamdulilah, semuanya okayh
 suasana dalam dewan makan
 rakan-rakan yg dipertanggunjawabkan bersama
Siap ada pentas lagi..tapi sayanng tak da sape-sape pon nak mensumbangkan lagu kat atas nih kan...
 ini pingan saya...saya makan sikit jee kan :) bhahah
meja sapa nih?banyak gilerr makanan.makan ke apa nih?? alamak terkantoi..
 :)
#
Alhamdulilah ,majlis pun dah habis.Semua pun dah kenyang. Syukur pada Allah atas kurniaan rezeki yang engkau berikan Ya Allah... ade tak sesapa yg membazir hah? ambil banyak-banyak tapi tak makan? sape-sape?...... okayh semua tQ sudi baca sampai habiss....

*gambar takbanyak sebab tak sempat nak snap banyak-banyak :)

★Thankiss sebab bace★

Views

Malas

Ya Allah..
napa aku malas sangat nih....malas dari segala-gala perkara...tolong lah nyahhh...pergi kau jauh "Malass'' oittt.....aduhhh apa yg aku merepek ni, apa yg aku bebel kan nih, sekian lama berdiam diri,sekian lama membisu,sekian lama menghilang.tetiba muncul dgn entry yg tah hapeh2 nih....Sekarang baru pukul 9pagi...bila nak balik nih? rasa nak balik sekarang jugak ! malas nak buat apa-apa weii...malas tahap gaban dah aku ni..arghh tulun  tulun tulun..Kalau lah dapat bercuti panjaaaaaaaaaaaang, alangkah indahnya,tak nak pergi mana-mana pun,just nak duduk rumah je,nak rehat kat rumah puas-puas,nak tgk tv, main masak-masak mencuba resepi baru masakkan bersama ibu, layan cerita korea sampai pagi,malam,petang (oitt laqaa dh tu ) , borak-borak bersama jiran tetangga..bhahah tetiba jadik ramah semacam... opss okayh2, sudah-sudah, tak payah merepek sangat,tak pasal-pasal jadi cerita lain pulak. Jom sambung kerja.ayuhhh Semangat !!!! tetiba kan...

★Thankiss sebab bace★

Views

Ya Allah Murahkanlah rezeki kami

Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi keluarkanlah, apabila di laut naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah untuk mendapatkanya, juga berikanlah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yg halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain MU, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tangan ku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya amat berkuasa di atas sesuatu



1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah S.W.T
2. Perbanyakan istighfar
3. Bertawakal dan meletakkan sepenuh harapan hanya kepada Allah S.W.T
4. Berusha dan beriktiar sehabis baik
5. Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah S.W.T
6. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu
7. Bersyukur kepada Allah S.W.T
8. Selalu menunaikan solat  Dhuha
9. Selalu bangun solat malam (solat Tahajud)
10. Selalu bersedekah
11. Selalu berada dalam keadaan berwudhuk
12. Menjalin silaturrahim
13. Bangun awal pagi (jangan tidur sehingga tgh hari)
14. Buat kebajikan banyak-banyak
15. Banyakkan berselawat
16. Tunaikan hajat orang lain
17. Berbuat baik dan menolong orang lemah
18. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
19. Berzikir dan sentiasa ingat Allah S.W.T
20. Tinggalkan perbuatan dosa

~Insya-Allah~



★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...