Views

Perkahwinan. Coming soon !

ASSALAMMUALAIKUM

Hoii. Cepatnya masa berdetik rasanya baru kelmarin aku BERTUNANG . Tup tup nak kena uruskan persiapan nak kahwin. Giler tak suka. Opkos laa gumbiraa tersangat . Pening pun ada, bercampur pulak dengan kerja kat ofis yang berlambak . Nak memikir itu ini.. arghh rilekss.. tarik nafas dalam-dalam,hembuss.. Kami ada masa 3bulan je lagi nak uruskan semua ni,.Ya Allah permudahkanlah segalanya.

For the first step dah settle dengan menghadiri kursus perkahwinan,kami pergi kursus sebelum puasa hari tu lagi,sijil pun dah dapat :) . Second bertunang pada 17/08/2013 dan for the next step, after raya haji nak booking dewan,untuk belah laki dieorang kena booking khemah sebab nak buat kenduri kat rumah,katering, butik penggantin . Awal bulan 11 nak buat HIV test, prosuder perkahwinan, baju akad nikah (kuning cair/ putih) belum decide, en tunang nak sangat warna putih, tapi aku nak warna lain selain putih . Kad jemputan,banner,photographer.Nampaknya bulan 11 nih banyak kerja nak kena buat. Kepada my blog,maaf lah kerana terpaksa men-anak tirikan kamu.Mak nak kahwin nak,tak sempat nak belai kau nak.Bulan 12 nak cari barang hantaran,gift dan kena pastikan 90 % siap.

Ya Allah.. apa yang kami rancang ni harap berjalan dengan lancarlah. Ekceli tak sabar nak try baju pengantin after raya haji nih, wahai badan tolonglah jangan gemok.

Berkenanlah baju pengantin kain songket macam ni, last week pergi servey butik pengantin dekat butik tu ada baju macam ni,first time tengok dah suka, dalam dok belek-belek baju ni, mak andam gitau "hah ni lah design baju kahwin apek dan leuniey" ehh seyesly? tak tahu pulak aku. hahaha..Mak andam suggestkan kat kami kalau untuk majlis di dewan iaitu sebelah perempuan, penggantin lelaki elok pakai kort..

Manakala untuk majlis di sebelah lelaki, di suggestkan memakai pakaian tradisional macam baju apek dan leuniey tuu. Okayh kami setuju jugak dengan cadangan beliau, dan en.tunang jugak memberi lampu hijau untuk aku memilih baju kahwin untuk kedua majlis mengikut citarasaku.. Wahh bonuss untukku.... tapi boleh percaya ke??takpa kita tunggu dan lihat...hihihi

p/s : pls comment atau cadangkan apa yang patut untuk kami..betul ke kami punya perancangan ni,atau ada yang kami terlepas pandang. Harap uols dapat membantu :)



★Thankiss sebab bace★

Views

R&R RTC "Satu hentian,pelbagai perkhidmatan"

 ASSALAMMUALAIKUM

Alhamdulilah,selesailah sudah Majlis Konvokesyen My brother , Kami lajak tidur satu malam lagi dekat Putrajaya,nasib baik tumpang rumah sedara boleh la jugak mengada-ngada kejap nak balik kejap tak nak kan..Itulah kepentingan silaturahim ye adik-adik.

Disebabkan nak menghantar si Hisyam yang baru lepas konvo tu ke Gombak, memang kena keluar awal pagi lah,takut jem,kebetulan today is tuesday,my sedara memang confirm lah nak kena keluar pergi kerja,kiteorang pun tak nak susahkan dieorang,so jom lah kita bergegas keluar menghirup udara pagi di Putrajaya yahooo.... nanak lagi Hisyam ada kelas pukul 11pagi nih. Lepas je,breakfast nasi lemak dan roti tisu cicah susu manis dekat kedai mamak area Putrajaya,kami terus on da way ke Gombak.syok gak makan santai pagi-pagi sambil memandang sinis kepada mereka yang tergopoh-gapah pergi kerja.bhahah

Dah selesai segala macam,kami terus lah pulang ke Pulau Pinang, semasa dalam perjalanan pulang,kami terperasan satu R&R ni.. R&R RTC, ehh tak pernah nampak pun sebelum ni, rasanya R&R baru ni...R&R ni dekat area Gopeng, satu hentian rehat yang menghubungkan lebuhraya utara-selatan(PLUS) dengan pusat transformasi luar bandar. R&R RTC di bina bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai khsusnya pengguna lebuhraya untuk berhenti berehat dan bersantai.

RTC atau nama dalam kad pengenalannya rural transformasi central ni dibina dikawasan seluas 3.2 hektar iaitu kira-kira 500 meter dari RTC dan bersebelahan PLUS. Memang besar gila tempat ni,siap ada supermarket Mydin lagi,dalam Mydin ada First Lady,kedai emas wah chan,kedai cermin mata,kedai henset..ish3 bayangkan lah, pasar basah pun ada,rasa-rasa nak beli sotong,ikan,ayam ke hah boleh lah singgah,balik nanti boleh terus masak..Memang sesuai dengan punchlinenya "satu hentian,pelbagai perkhidmatan"


Tandas memang glamor lah cakap lu,ada label gambar dekat setiap pintu masuk tandas,so tak payah lah nak terhendap-hendap "eh,jamban duduk ke cangkung ek" tengok je dekat pintu tu sebelum nak membuang hajat. Surau yang sangat selesa memang berbeza daripada R&R yang lain.

Menu dekat sini,macam best-best jugak,tapi yang tak best bila aku nak order "maaf dik,tak ada"... ehh wakluu, kalau takda,tak payah lah letak dalam menu,ni sampai dua tiga menu takda,hangin jugak, nasib baik i bukan pregnet, kalau tak mau meleleh gak air liur anak aku..ehhh jaohnya berangan..Takpa lah,aku maafkan,hentian ni pun baru lagi,mungkin dieorang nak tengok macam mana sambutan pelanggan..think positif,think positif..


 Jom layan gambar, dah tak tahu nak membebel apa..








p/s: apa macam,best tak? lenguh kaki jugak nak ronda-ronda ni...













★Thankiss sebab bace★

Views

Tahniah Adik !!

ASSALAMMUALAIKUM

Hidup ini indah jika dapat menikmati hari-hari cuti sambil menikmati sepotong kek,minum kopi layan pulak cerita hindustan kat TV.. :) nanak lagi dialunkan dengan lagu-lagu dieorang yang best-best, *joget-joget sikit.. nikmat gila cuti macam ni..hahaha
Dikesempatan ini,nk wish congratulation to my brother sebab dah berjaya mendapatkan segulung diploma of engineering technology in electrical and electronics, di Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) last weeks..:) congratulations bro...
Majlis Konvokesyen ini berlangsung di Putrajaya International Convention Centre(PICC), dan tahniah sekali lagi untuk my brother kerana berjaya melanjutkan pelajarannya di UNIKL sekali lagi, tapi kali ini dengan course Bachelor of engineering technology(Hons.) in electronics. So lepas ni kena lebih lagi fokus dan study hard yee dik..Jangan nak poya lebih-lebih okayh..Semoga satu hari nanti ang dapat jadi engineer,jangan sesekali lupa jasa mak abah tau..dan yang paling penting jadilah pemimpin yang adil bertanggunjawab,jangan sesakali menindas orang di bawah kita,serta mencari kesalahan orang lain,tetapi cari kesalahan diri sendiri untuk dibaiki dan jangan sesakali mengaibkan orang lain.Mungkin hari ini,kita berjaya menindas mereka,mungkin kita seronok dapat mengaibkan mereka,tapi  Allah tahu setiap apa yang berlaku,kat dunia Allah tak beri balasan tapi di akhirat takda sapa pun yang akan terlepas. Berasa malulah dengan Allah,jangan hanya berasa malu dengan perkara-perkara yang remeh disekeliling kita :)

p/s : kata-kata membina untuk diri sendiri,adik-adik tersayang dan anda semua...:)


★Thankiss sebab bace★

Views

Throwback 17-08-2013

ASSALAMMUALAIKUM

Selamat Hari Malaysia yang ke 50.Apa itu hari Malaysia?? Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan perseketuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963 . Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu,Borneo Utara(kini Sabah),Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Okayh sedikit intro dan sedikit sebanyak tentang Hari Malaysia,untuk info lebih jelas silalah google sendiri atau klik je kat  SINI ... Hari Malaysia nih sama penting juga tau dengan Hari Merdeka yang disambut setiap tahun pada 31 ogos. So kepada semua calon SPM sila ingat betul-betul,mana tau kang ada soalan macam gini,tak leh jawab malu satuu kampung weiiii....

************************************************
Today dah 17-09-2013, that's mean dah sebulan aku bergelar tunangan orang..hihihi..how feel?? hmm,best kot..hahaha..Ishh,dah sebulan baru nak hupdate??teruk betoi bak hang...
Kami memilih 17-08-2013 bersamaan 10 Syawal sebagai tarikh mengikati tali pertunangan..Aicehh,ayat gila sekema.Majlis berlangsung pada pukul 11 pagi,kau tau-tau je lah,rumah aku dengan rumah bakal tunang aku just ambil masa 5minit je pun,so bila dia call gitau rombongan dah gerak,terus sejuk kaki tangan dibuatnya,tak sempat aku nak tarik nafas,rombongan anak pak razak yang datang untuk meminang anak pak rodzy dah sampai,adehhhh...Muka macam taknak senyum je kan..Aku nerves gila weii,seyess rasa macam nak nyorok bawah katil je time tu..Huh,agaknya macam ni lah feel kepada semua bakal suami yang nak salam tangan tok kadi kan,entah-entah lagi hebat macam kena pukul dengan tsunami, agaknya?? *camera 360
Pihak lelaki telah memilih tema warna Gold sebagai tema hantaran mereka,Manakala pihak perempuan memilih warna biru purple,pada diawal planning aku nak pilih biru putih sebagai tema hantaran untuk diberikan kepada pihak lelaki,tetiba jadi biru purple..*tetiba kan..hahaha Pihak lelaki menghantar sebanyak 19 dulang hantaran dan pihak perempuan juga membalas 19 dulang hantaran.
Rombongan pihak lelaki dan diselit juga kaum keluarga pihak perempuan,time ni aku kat dalam bilik jantung dok dup dap dupp dappp...*lagu dangdut .. ketika itu aku ditemani oleh 2 sahabat baikku,yang sibuk ajak aku berposing bagai...padahal jantung dah nak tercabut nih,geram pulak dengan 2 ketul manusia nih..hahahah
Inilah sahabat baik merangkap orang kuat majlis pertunanganku sebelum,semasa dan selepas majlis. Thankz dear farah...ohh terlupa farah jugak selaku makandam yang melilit tudung,memakaikan maskara Maybellin Volume Express dimataku dan secalit Lipice sher color...So simple je aku tachap,bedak pun takpakai, motif?? nak gitau muka licin lettew..bhahahaha.. *camera 360
Sahabat baik dari dulu dan sekarang,fatin pun baru je lepas bertunang 4 syawal hari tu..Tahniah atinn..hihihi,memang 2 ketul ni je kawan yang aku jemput,yang lain semua ahli keluarga dan jiran sebelah rumah,kepada kawan-kawan yang lain maafla,majlis buat kecil-kecilan je..kawen nanti wajib aku jemput ampa semua naa..*camera 360
Bersama bakal ibu mertua ku....sengih takmau mau,dalam jiwa sapa tauu,berkelana kesuma dewi ehh..lepas acara menyarung cincin,aku pun pergila bersalaman dengan semua mak-mak sedara,opss bakal mak mak sedara,over tau hihihihi..,ingat lagi time nih mak su beliau sempat lagi tegur ''aii,sejuk tangan" ...hahaha aku mampu tersengih-sengih je,kantoi sudah aku punya nerves..hahahaha,apa laa aku ni,tak reti langsung nak cover perasaan,baru bertunang,belum akad nikah lagi,gamaknya macam manalah kan..huhuhu cannot imgine lah..
Selesailah sudah perbincangan antara 2 pihak keluarga,kata sepakat telah dipersetujui.. Alhamdulilah.Majlis berlangsung dengan lancar sekali..Pagi tadi bukan main kenyang tau,nasi lemak yang sebungkus tu pun tak luak aku makan,.dah selesai semua,rombangan pun dah balik,apa lagi taruk nasi kuah atas laa,dengan laksa semangkuk,bubur gandum aku belasah,hah anak raksasa punya makan.,time ni kalau mak mentua lalu belakang pun tak perasan,hahaha...tapi kalau lalu depan aku nampakk  arr, hah baru step pertama,the next step bakal menyusul In Sha Allah...Doakan yer...
Okayh..cukup-cukup...kalau boley semua gambar aku nak upload...bawa bersabar cikeyra..sampai di sini je lahh......
p/s: Thank to all yang banyak membantu untuk menjayakan Majlis Pertunangku,terutama kepada mama,abah,anis,hisyam,ejat,mak chaq,mak teh,mak cik,mak lang,pak lang selaku wakil jurucakap pihak perempuan and to all my family members,taklupa juga kepada farah dan fatin yang sama-sama meraikan majlis ni...dan tak lupa jugak kepada rombongan pihak lelaki yang hadir...Walaupun majlis ini berlangsung secara sederhana,tapi dengan kehadiran kamu kamu semua,membuatkannya tip top sekali..Tskk T_T. terharu bak hang...
Ucapan aku ni dah macam nak buat folio sekolah dah kan...saborr jelahh...dah lama tak membebel dalam blog gini,tup tupp jadi pah bedah...
comey tak kiteorang??bhahaha..k bai


★Thankiss sebab bace★

Views

Moi Sup Lunch Today !!

ASSALAMMUALAIKUM

Salam Jumaat kepada semuaa... ekceli dah lama tak huupdate blog,so ketandusan idea untuk menulis . Terasa gian nak menghupdate sebenarnya,hahahahaaaa...kekadang on blog sekadar BW,baca entry from blogger lain, tetapi blog sendiri tak hupdate-hupdate..teruk meyh..

So, untuk permulaan. Untuk hari ini,apa menu lunch korang? cececehh...ayat bajet retiss,bajet top blogger la kunun..syok sendiri,walaupun aku tahu takda sapa pun nak respon aku punya question wehy..hahaha,tapi still nak question bagai..tak pela,meh aku sendiri yang jawab ekk...

sumber google..
Ini dia,menu daku untuk tengahari ini,Moi Sup....Beli okayhh,bukan aku masak pun..hihihi.,ofis time kenn...makan jelah..

p/s: 1) antara menu feveret aku time study dulu,.. 2) tengah gigih mengembalikan mood untuk berblog..perahh hotakk,perahh hotakk

★Thankiss sebab bace★

Views

Maafkan Kami Syria,Mesir,Palestin.

ASSALAMMUALAIKUM

Maafkan kami Syria Mesir Palestin,
disaat kami mengira letupan bunga api dilangit,
kau mengira betapa ramai tubuh yang mati syahid,
maafkan kami Syria Mesir Palestin,
disaat kami bergembira bersama keluarga kami,
kamu berduka meratapi sanak saudara yang pergi,
maafkan kami Syria Mesir Palestin,
disaat anak-anak muda kami berpesta berdansa lupa diri,
anak-anak muda mu bangkit membela agama dan pertiwi,
maafkan kami Syria Mesir Palestin,
siapalah kami dibanding dengan diri kamu yang diuji sedemikian oleh
Yang Maha Penentu yang lebih mengetahui hikmah disebalik kesemua yang berlaku
Doa kami buat kamu,
tidak akan pernah luntur,
maafkan kami Syria,
maafkan kami Mesir,
maafkan kami Palestin....






★Thankiss sebab bace★

Views

MR J

ASSALAMMUALAIKUM

Okayh,seperti biasa bila dah lama jari-jemari nih tak menari-nari atas papan kekunci nih,tersangatlah kekok,ayat tunggang terbalik dah semestinya,blurr nak tulis apa !! hahaha,so harap dimaafkan yee,hmm rasanyakan.......



Xperia J inilah yang membuatkan,aku lama tak ON Laptop,maka dengan itu xda laa Blog..Bukanlah nak salahkan Mr J, tapi disebab adanya Xperia J ni, aku prefer ON FB,INSTAGRAM melalui enset ja beb, tambah lagi sekarang tengah taksub dengan Wechat,Kako,Line & bla..blaa..blaa kennn..Blog je aku jarang buka dekat J, tak puas lah nak tengok..Mabe kena beli tab pulak??sesiapa nak tolong belikan,ohh sangat dialu-alukan..hahahah..


Opkos lah aku punya J colour pink, jambu gituuu...sweet kan..First time tgk Mr J,terus jatuh cinta, tidur tak lena,mandi tak basah,makan alhamdulilah kenyang ek,kalau makan tak kenyang tu,tak baca bismilah lah tu...aku jatuh cinta sebab bodynya, tengoklah tu,mengoda ken...body belakang yang lentik seperti Rozita..opss..J mempunyai 4 variasi warna pilihan iaitu hitam,putih,gold, dan pink..Tetapi keluaran Sony ni,susah sikit nak cari cover yang chomel-chomel, kalau nak dibandingkan dengan keluaran Samsung, giler sakit hati tengok cover chomel-chomel dieorang.Arghhh tetiba stress.. So korang,ada tak suggestion dekat mana nak cari cover untuk Xperia J yang best-best? Kalau ada, sila beritahu yee.Memang tengah cari nih..Thanks~~~~~~~~~~



★Thankiss sebab bace★

Views

Tanya Sama Itu Hud Hud

ASSALAMMUALAIKUM

Maksud tersirat tanya sama itu hud hud nyanyian M.Nasir

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecah kepada 73 golongan,dan daripada kesemua itu hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.

Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli telah berpecah kepada tujuh dua kumpulan,dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan),tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-jamaah. (lihat sunan Abu Daud no 4429)

Maknanya, yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat. Agak-agaknya la kan, kita ni mengikuti sunnah baginda tak?

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi- Musyawarah (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya,advancer burung burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup.

Oh.. Sang Algojo
Oh..nanti dulu

Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau dipenjara, beliau mungkin orang yang memegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar,yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas,boleh tak kita nak kata kat dia. '\"Ohh...nanti dulu!?"

Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Itu jelas dan terang,menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung, with an open minded dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak da? Gelap gelita lah jawabnya. Maka pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.

Dalam kalut ada peraturan
peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

"Singkap kembali sejarah Rasulullah membawa cahaya pada Zaman Jahilliah. Rasulullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah,sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI.

Semasa kekalutan jahilliyah, peraturan Islam yang di bawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah ubah ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini,di dunia yang penuh kalut ini.

Ooh...Sang Algojo
Ooh.. Nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai laii laii laii

Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang bersaksi sebenar-benar Tuhan hanya Allah. Sempat kah?

Tanya sama itu hud hud
Lang  mensilang
kui mengsikui
kerana dia yang terbangkan ku ke mari

Oleh kerana burung hud hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju,maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.

Lang mengsilang kui mengsikui maksudnya orang bukan orang hantu bukan hantu

musykil lagi?

tanya sama itu hud hud

Copy paste jee
★Thankiss sebab bace★

Views

Yuhuu June~

ASSALAMMUALAIKUM

Yuhuuu...
Hye June.. taksangka dah bulan june kan, say hi to bulan june dan kepada sesapa yang bernama June..Hoi hoi.. Rasa best tetiba masuk bulan June kan?kan? korang rasa best tak? hahahah...

Semoga apa yang di plan, berjalan dengan lancar yee, amin~~


★Thankiss sebab bace★

Views

Sahabat

ASSALAMMUALAIKUM

Bayangkan life anda tanpa teman di sisi..??err... rosak giler aku punya intro..hahahah..Di malam yang sepi nih,chantaikkkk punya aku dok layan gambar-gambar lama time study dulu. Seyess rindu giler, walaupun time tu aku rasa azab sangat, tiap-tiap hari aku dok tanya sahabat baik aku (fatin) , bilalah kita nak habis belajar ni? nah .. sekarang dah pun habis, tergedik-gedik nak flashback tengok gambar gambar lama bagai.

Bila aku dok tengok balik gambar-gambar lama ni, seakan seperti tidak percaya pulak bahawasanya ketika itu aku begitu COMEL dan LEGAM, si baju biru itulah tuan tanah.Gambar no 2 teruja snap picture dengan MAYA KARIN u olss *sila klik pada gambar untuk gambar yg lebih jelas*

HAHAHAH, nak gelak jugak, nape time nih aku boleh tak sedar diri yang aku nih COMEL dan LEGAM?*garu kepala* ke pakwe aku tu yang buta??kihkihkih....*sila klik pada gambar untuk gambar yg lebih jelas*

Motif pada awal peceritaan, aku nak story about 'Sahabat' sebenarnya, aku dah melalut tak tentu pasal ni dah kenapa pulak..adehh, macam tak kena je...
Now dah turun 7kg tau, TQ herbalife ....wahh iklan lah pulak, btw aku bukannya egent,kalau nak cuba, sila carik sendiri*ayatkejam* kulit yang legam dulu,puncanya dok berulang alik dari kolej ke hostel dengan pendedahan matahari yang melampau, Wehy aku dulu pergi kelas jalan kaki tau, mau 20minit jugak aku berjalan..bila hujan je aku naik teksi, kalau tak jangan harap lah brader, Cukup sebulan tapak kasut confirm tertanggal. Sakit hati je tengok kekawan yang naik kereta tu gila sombong, padahal menumpang kawan dia punya kereta je pun, tuan kereta pun taksombong,ini pulak kau!mana nak kawan dengan kita yang jalan kaki nih pandang pun sebelah mata je, bila tahun akhir aku dah bawa kereta, baru nak baik-baik dengan aku,sebab sahabatnya tu dah pindah kolej, so? ingat aku nak layan? akulah manusia yang berhati kering dan toya, mana kawan yang sama-sama susah dengan aku dulu, aku akan utamakan dieorang  dalam apa jua keadaan pun tau.Okayh sedikit emo #THE END#*sila klik pada gambar untuk gambar yg lebih jelas*

* Sahabat ini mempunyai bermacam sifat, ada yg hanya datang bertempek bila kita senang dan pergi bila kita susah, ada sahabat luarannya seperti boleh dipercayai tetapi sebenarnya hanyalah bermuka muka suci, Namun sahabat yang sentiasa bersama dikala susah amat susah diperolehi..

Erkk, mungkinkah jika aku ialah sorang artis popular, gosip yang menghiasi dada dada akhbar itu ialah 'SORANG ARTIS TERKENAL TELAH MEMBUAT PEMBEDAHAN PLASTIK DI KOREA??Ohhmygucci...








★Thankiss sebab bace★

Views

Family Day at Comeron Higlands II

ASSALAMMUALAIKUM..

Sambungan dari entry INI
Pagi-pagi selepas subuh, kiteorang punya aktiviti ialah MorningWalk, tujuannya untuk panaskan badan yang sedang membeku ini, kira-kira 1.5Km jugak kiteorang berjalan, dah macam lawatan sambil belajar sudah..Tapi sayang takde gambar, macam mana tah boleh lupa bawa camera.. yang aku ingat time tu adalah stokin stokin stokin.. Hahahahah, Sementara itu Kak chik and Kak long bertapa kat rumah untuk menyiapkan sarapan pagi, so balik daripada MorningWalk terus ngapp jee..

Sedikit aktiviti sukaneka diadakan, acara individu dan jugak berkumpulan, yang best group aku menang yeahh, mau tak menang dah ahli kumpulan aku terdiri oleh abah,syam(adik),ejat(adik),naqib(kazen) dan aku.Kumpulan dibahagikan melalui no 1,2,3....

Menu utama untuk tengahari ini.. Tadaaaaaa

Terima kasih yee mama dan ibu-ibu sedara ku sekalian, tanpa anda, confirm kiteorang kebuluran....:p

Melawat ke ladang stawberi, jarak homestay keladang stawberi ,tersangatlah dekat,jalan kaki pun boleh,taksempat nak berpeluh pun..Paling best ladang ini kepunyaan orang melayu..

Dah tiba masanya untuk myfamily check-out,tapi family Mak Chick,Mak Teh and Mak Chaq je masih lagi stay hingga esok, seronoklah korang kan.... itu lah kelebihan jadi cikgu,cuti sekolah yang panjang.Menyesal aku bantah cakap mama aku , kononnya takmau jadi cikgu,sebab dalam family aku ramai yang dah jadi cikgu, started from my tok wan, tok pah,mak chaq,pak chaq, mak chik,pak cik, kak chick , abg aa, naqib and nextt taktahu sape lagi lepas nih, sekarang nih aku hanya boleh pandang mereka dengan iri hati apabila tiba cuti sekolah..


Ondaway nak pulang, kami singgah ke ladang teh terlebih dahulu ladang teh di Bahrat, besar sungguh sampai terlopong aku melihatnya, macam mana dieorang kutip daun teh? tengok pun dah penat.. Ahh semput !


Opss tQ kepada bloger jaa, diatas kesudian berkongsi information sofware untuk combine kan gambar gambar di atas..hihih











★Thankiss sebab bace★

Views

Family Day at Comeron Higlands I

ASSALAMMUALAIKUM

Yahoooo ! Entry yang dah lama lagi basi , aucummm~ bau hapak

Hari tuh kita dah story percutian di Genting Higlands kan , so kali nih nak story percutian di Cameron Higlands lah pulak. Toink toink toink....


Percutian selama 2hari 1 malam di Behrang, Cameron Higlands ini telah disertai oleh family aku,family mak teh,family mak chaq dan family mak chick semuanya family sebelah abahku kecuali Pak ngah takdapat nak join,kami telah memilih Homestay sebagai tempat kami sekeluarga menginap. Homestay yang telah dipilih oleh mak chick ku tersangatlah tip top. Tersangat sesuai untuk big family macam kiteorang nih.


Bilik Pertama : Mempunyai 3 buah katil, bilik ini telah di chop oleh aku ,kak mas,liayana dan sarah memandang sebuah dari salah satu katil nih sizenya lebih besar sikit dari katil bujang, ,maka boleh sumbat lagi sorang.

 Bilik Kedua 

 Testing testing...
 Bilik ketiga

 Ruang Tamu

 Mempunyai halaman rumah yang luas, di sini lah kiteorang nak BBQ dan bersukaneka

Surau di siang hari, tapi apabila malam bertukar menjadi markas anak-anak teruna..Siapa yang bergelar lelaki kiteorang sumbat dieorang ramai-ramai kat dalam ni.. Dieorang pun happy je.


 View dari Surau tadi

Baiklah, aktiviti seterusnya Pasar Malam time. Satu-satunya Pasar Malam yang ada di Cameron Higlands ini, hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad, kalau musim cuti sekolah mereka akan beroperasi sepanjang cuti sekolah itu. 




 Stawberi Choclate





 Pulang dari Pasar , mereka menggunakan masa yang terluang dengan riadah

 Acara menyalakan api, persiapan untuk BBQ
 Terbeli cendawan nih dekat Pasar tadi
Ubi?? Pak chik aku gelak je tengok kiteorang beli ubi nih, dia kata ubi yang dia tanam belakang rumah lagi besar dari yang ini. Hahahah
Nasi Himpit? kenapa nama dia nasi himpit?? sebab nasi-nasi nih berkumpul secara berimpit-impit dalam plastik nih, paham dok??

Tomyam sayur.... Nikmat masih lagi terasa, menghirup kuah tomyam bersama sayur yang segar dikala cuaca dingin membeku, perghhhhhhhhhh...........
 Tak tahu lah apa yang aku dok kipas.. kipas lipas? mabe?
 Ignore kan si pipi kembung, masing-masing dok menunggu sate dan ayam masak,hahahah muka lapar, Gara-gara api taknak menyala, mabe cuaca sejuk menyukarkan api untuk menyala.

So, aktiviti kiteorang 1hari ini just makan-makan jee... Nampak tak homestay tuu?? okayh, aku dah nak masuk tidur. Sejuk sangat malam nih, aku terpaksa tidur pakai sarung kaki tau !


Bersambung..............................





★Thankiss sebab bace★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...